CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dakwaan Polis Tendang Motosikal Dua Remaja Hingga Kemalangan Masih Disiasat

18-1-2021 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4158| Komen: 26

Description: Georgetown: Polis masih menyiasat kes kemalangan membabitkan dua remaja bermotosikal di Jalan Tanjong Tokong, di sini, hari ini.



Georgetown: Polis masih menyiasat kes kemalangan membabitkan dua remaja bermotosikal di Jalan Tanjong Tokong, di sini, hari ini.

"Kejadian itu masih dalam siasatan polis," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi, malam ini.

Dalam kejadian itu, dua remaja terbabit dikatakan parah akibat terjatuh daripada motosikal itu.

Gambar dan video kejadian itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Menerusi video berkenaan, ada penduduk tidak berpuas hati dan mendakwa anggota polis menendang motosikal ditunggang dua remaja terbabit.

Beberapa penduduk lain cuba menenangkan dua mangsa yang dirawat pasukan perubatan.


Pada masa sama, tular laporan polis dibuat anggota polis yang mendakwa remaja itu memecut laju dan melanggar lampu isyarat merah sebaik diarahkan berhenti, sebelum berlanggar dengan kereta.

Anggota polis terbabit dikatakan membuat laporan kerana bimbang apabila dikerumuni orang ramai termasuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mereka.

Kehadiran ramai anggota unit kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) membantu menenangkan keadaan.


Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-1-2021 12:40 AM
Nyawa anak orang kena anak sendiri baru menyesal.

Mat motor pun satu polis tahan berhenti je.
Quote angelofish 18-1-2021 01:11 AM
kejam nye.tak berperi kemanusiaan
Quote KIM.K 18-1-2021 07:02 AM
Popcorn time *tepuk tangan
Quote Tinot7 18-1-2021 07:44 AM
ada cctv ka, org rakam ka? voley tau kebenaran cenggitu...

Pada masa sama, tular laporan polis dibuat anggota polis yang mendakwa remaja itu memecut laju dan melanggar lampu isyarat merah sebaik diarahkan berhenti, sebelum berlanggar dengan kereta.
Quote Simunggu 18-1-2021 08:28 AM
ada manusia memang tiada hati perut ..sifat ini tiada kena mengena dgn polis atau apa apa kerja...ini sifat peribadi dari kecil...sepatutnya pemilihan pekerja utk jawatan beruniform yg ada kuasa kena ada sifat human touch juga..
Quote renko 18-1-2021 09:58 AM
buat ape tendang
tembak je
Quote kelapaparut 18-1-2021 09:59 AM
mane bidio..
Quote c===8 18-1-2021 10:07 AM
semua org ada henpon, ramai ku suka rakam bideo terutama bila boleh rakam salah laku pihak berkuasa.jadi pihak berkuasa berhati2 lah ketika jalankan tugas
buat road block dlm kebun getah pun ada yg merakam
Quote vee_zara 18-1-2021 10:25 AM
Polis oh polis. Jangan buat aniaya anak orang. Sok lusa anak hg la yang buat problem kat sekolah nanti
Quote Artemesiaa 18-1-2021 10:36 AM
Dua2 salah tapi sampai menendang dan mengakibatkan kecederaan kan dah susah.  Motosikal kan ada nombor pendaftaran kalau terlepas pun bukan susah sangat nak cari.  Yang penting ada rakaman cctv atau kamera sebagai bukti pendakwaan.
Quote FOTHER-MUCKER 18-1-2021 10:39 AM
Mungkin Polis tu bekas mat rempit!
Quote Nuyak 18-1-2021 11:48 AM
diaorg ni pun, bila kena tahan lari..mau tak hangin polis tu..sama kes macam kena sepak haritu, padahal dia nak lari kan...cuba ko benti elok2  tak ada la kena kan...
Quote alahai 18-1-2021 11:00 PM
Dah keluar video, ada dashcam yg record, motor ni yg lari lawan arus pastu provok polis terus accident..pastu tuduh polis tendang..mendapat la.
Quote clarizsa 19-1-2021 12:38 AM
I heran kepris poyo terketaq ketaq share no akaun kunun kakak bebudak tu minta derma apahal ntah

Pastu bercita cita nk jd PM thn 2040 pulak

Pegi mamp la kepris
Meluat
Quote FOTHER-MUCKER 19-1-2021 01:25 AM
Polis tahan 7 lelaki kepung dan maki anggota URB

Januari 18, 2021 @ 2:48pm




Georgetown: Polis Pulau Pinang hari ini menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian sekumpulan individu mengepung dan menghalang tugas polis, semalam.
Kejadian itu berlaku dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki, di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, kumpulan lelaki itu dikatakan turut membuat provokasi dan memaki hamun tiga anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang didakwa kononnya menendang motosikal dinaiki dua lelaki terbabit.
Tindakan semua suspek turut menjadi tular di media sosial, malah menerima kecaman warganet kerana bertindak sedemikian terhadap penjawat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra'ais ketika dihubungi Bernama malam ini, mengesahkan penahanan tujuh lelaki berusia antara 20 dan 40 tahun itu di sekitar daerah Timur Laut, sejak jam 8 pagi hingga 6 petang tadi.

"Semua suspek akan direman esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 506 Kanun kerana melakukan ugutan jenayah dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong menafikan tiga anggota URB bertindak menendang motosikal dinaiki dua lelaki terbabit sehingga menyebabkan mereka terbabit dalam kemalangan.

Katanya, anggota URB yang sedang membuat rondaan terserempak dengan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki tanpa memakai topi keledar lalu mengarahkan mereka berhenti bagi membuat pemeriksaan.

Namun, penunggang motosikal itu terus memecut laju melarikan diri sebelum berlanggar dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan berkenaan. - BERNAMA







Quote underground 19-1-2021 01:47 AM
ada video dashcam polis kejar budak motor tu,

budak tu langgar lampu merah, terus kena langgar dengan keta putih.

liat nyawa ek..
Quote jalfa 19-1-2021 02:15 AM
Polis pon...setakat budak tak pakai helmet ko beria ria sgt kenapa..x paham aku..nak pau ke apa...gigih sangat...kalau confirm penjenayah lain cite...kurang akal
Quote pyropura 19-1-2021 02:19 AM
Bab PR kita memang out. Pihak berkuasa yg.terkait cepat2 lar buat press statement ke sebelum bende ni diviralkan public. Kalau betul bukan salah polis adoiii kesian.
Quote prettyuglybabe 19-1-2021 03:18 AM
jalfa replied at 19-1-2021 02:15 AM
Polis pon...setakat budak tak pakai helmet ko beria ria sgt kenapa..x paham aku..nak pau ke apa...gi ...

maknanya u ok dengan mereka yang melanggar undang-undang jalanraya?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.124646 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top