Pernah hadir sebagai tetamu MeleTOP, rupa-rupanya Sarah Hildebrand makan hati dengan pengacara rancangan hiburan terkenal itu. Tidak profesional, luahnya di Twitter dalam nada terkilan. Katanya, dia kurang senang dengan layanan diberikan dua pengacara terkenal ketika program itu bersiaran langsung kira-kira setahun lalu. Difahamkan, dia pada mulanya enggan menerima undangan berkenaan, namun mengubah fikiran selepas melihat senarai soalan bakal diajukan pengacara kepadanya dan suami, Otto Gillen. Namun, semuanya berubah bagai pentas lawak. "Malah, seorang pengacara bertanyakan 'Apa lagi eh nak tanya'? "Seorang pengacara TV yang bagus tidak akan sesekali mengungkap ayat sedemikian terutama ketika siaran langsung. "Kata dapat anugerah pengacara terbaik, tak teliti soalan yang disediakan (produksi) ke?" luahnya terkilan. Sarah turut berkongsi senarai soalan diterimanya dan meluahkan betapa kecewanya dia apabila program berkenaan 'ke laut'. "Sesungguhnya saya benci video yang dimuat naik ke YouTube mereka itu. "Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya saya. Tetapi, semua orang suka mereka, apa saja yang mereka buat semuanya nampak melucukan di mata ramai," ujarnya. Persoalannya, kenapa baru sekarang Sarah mendedahkan apa yang terbuku di hati? - CARI
|
chandrahusin replied at 17-1-2021 08:39 AM
Sebab dulu klu bgtau jadi la mcm Anzalna
Skrg dh ramai yg nmpak perangai 2 org tu
Ramai yg dh meny ...
makneng replied at 17-1-2021 09:22 AM
Kardashie klate ko??
missHaidiD replied at 17-1-2021 08:59 AM
Jah kan masih menggilai bamtah. Gituh iols speku
imransulaiman replied at 17-1-2021 08:44 AM
Otto & I = we
Otto & me = us
ADVERTISEMENT