CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pihak Berkuasa China Dapati Ada Aiskrim Buatan Tempatan Dicemari Virus COVID-19

17-1-2021 03:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3455| Komen: 20




Tiga sampel aiskrim buatan tempatan di wilayah Tianjin di China didakwa tercemar dengan virus dalam satu ujian yang dijalankan baru-baru ini.

Menerusi laporan China Daily, ujian COVID-19 dibuat ke atas produk aiskrim tersebut dan hasil mendapati ketiga-tiga sampel itu positif.

Difahamkan, kira-kira 4,836 kotak aiskrim telah dihasilkan syarikat berkenaan sebelum itu, di mana 2,089 telah dipekkan dan 1,812 daripadanya telah diedar untuk dijual di pasaran.

Ahli virologi Universiti Leeds, Dr. Stephen Griffin berkata, ujian positif COVID-19 aiskrim tersebut didakwa berpunca daripada hubungan manusia dan bersifat ‘one-off’.

“Ia mungkin daripada masalah dengan kilang pembuatannya dan berpotensi disebabkan faktor kebersihan di kilang.


“Aiskrim yang dibuat dengan lemak, kemudian disimpan pada suhu sejuk akan memudahkan virus tersebut bertahan,” katanya kepada SkyNews, memetik laporan Mail Online.

Bagaimanapun jelasnya, orang awam tidak perlu terlalu panik dan gusar tentang kes itu.

Ekoran penemuan tersebut, pihak perbandaran mendakwa telah melakukan langkah penutupan  semua premis sejuk beku yang dipercayai mempunyai kaitan dengan jualan produk tersebut.

Ketika ini, sebanyak 65 kotak aiskrim yang telah dijual di pasaran berada di bawah pemantauan untuk dibuat ujian.

Manakala orang awam di sekitar wilayah tersebut yang telah membelinya diminta untuk melaporkan tahap kesihatan dan pergerakan mereka bagi tindakan lanjutan.



Sumber: China Daily / Mail Online/SiakapKeli 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote inaw1805 17-1-2021 07:33 AM
Why la China xhabis2 dgn virus.
Yg hang da spread virus kat manusia ni pun xsettle lg, laaa ni kat makanan pulak. Adoyai.
Pasni nak makan aiskrim pun pikir 10-20 kali la kot.
Quote sambaldurian 17-1-2021 09:10 AM
udah2 la tu menambahkan paranoid. tp ak sampai skg ak ada terbeli mknn, dgn vitamin, kosmetik keluaran negara yg high covid case, ak x mkn2 lg.  bila fikirkan membazir, tp paranoid punya psl. last2 Malaysia case quite high jgk. klu mcm tu klu paranoid sgt, xyah beli brg kilang. beli brg segar je. tp perasa semua brg kilang.
Quote makneng 17-1-2021 09:25 AM
Ice cream chillin'.. Chillin'.. Ice cream chillin' {:run
Quote domestobot 17-1-2021 09:29 AM
korang semua pernah ke jumpa aiskrim buatan China kat Malaysia ni kot ye pun. kalau takut sangat aiskrim ada Covid, panaskan jelah sebelum makan kasi bunuh virus tu
Quote dua_chzy 17-1-2021 11:58 AM
domestobot: korang semua pernah ke jumpa aiskrim buatan China kat Malaysia ni kot ye pun. kalau takut sangat aiskrim ada Covid, panaskan jelah sebelum makan kasi  ...


Ntahnya. Megi buatan China pun weols takkan beli. Inikan eskrim.
Quote vee_zara 17-1-2021 12:28 PM
dua_chzy: Ntahnya. Megi buatan China pun weols takkan beli. Inikan eskrim.

Tu kat kedai 2 hengget tu agak2 dari China ke tak eh
Quote syaz_lina 17-1-2021 01:50 PM
domestobot replied at 17-1-2021 09:29 AM
korang semua pernah ke jumpa aiskrim buatan China kat Malaysia ni kot ye pun. kalau takut sangat ais ...

Panaskan aiskrim ya..bijak2 haha
Quote dudaberhias 17-1-2021 01:52 PM
to be honest kalau termakan ais krim tu pun rasa dah tak heran walaupun risau2 lagi...
sebab covid ni dah macam demam... influenza... etc

tengok la kehidupan di sekeliling kita macam mana dah... influencer pun selamba je keluar lagi jogging2 pagi2...
Quote gigahertz 17-1-2021 02:20 PM
inaw1805 replied at 16-1-2021 11:33 PM
Why la China xhabis2 dgn virus.
Yg hang da spread virus kat manusia ni pun xsettle lg, laaa ni kat  ...

i rasa ada pihak nak menangguh di ayer yang keroh.
i suspect

a) U.S b) India c) rusia d) China

mcm www1 dulu. elok lepas habis www1 ada Spanish Flu
So pada anggapan I virus ni tujuan dia bukan utk matikan orang
tapi utk timbulkan huru hara. ( hilang keje. kilang tutup , )
Macam kes www1 dulu yang bertegang urat negara lain.
yang pencetus orang lain.

Question is . kalau www1 tu ada seorang mati pencetus perang
tahun 2021 ni siapa yang mati akan mencetuskan perang ?
Anak King Salman ?
Donald Trumph ?


Quote AniSani 17-1-2021 02:23 PM
FYI..di china skrg ni..

tong sampah ada A.I...dia tahu ko buang apa..brp bnyk , brp byk ko buang...ko makan bnda sihat ikut definisi dorang tak..

1 kamera ratio dia monitor 2 org..utk FR, validation dan tujuan security yg lain

pelaksanaannya dah 40%..dijangka 100% menjelang 2025..

sekian.terima kasih...

Quote gigahertz 17-1-2021 02:24 PM
dudaberhias replied at 17-1-2021 05:52 AM
to be honest kalau termakan ais krim tu pun rasa dah tak heran walaupun risau2 lagi...
sebab covid  ...

ini bukan influenza biasa.
Influenza ni menyebabkan mental manusia tak stabil.
Hilang kerja. Kilang tututp. Pelabur lari.

Dalam ramalan I www3 akan tercetus antara 2023 atau 2025
Quote LadyCarefree 17-1-2021 02:26 PM
AniSani replied at 17-1-2021 01:23 PM
FYI..di china skrg ni..

tong sampah ada A.I...dia tahu ko buang apa..brp bnyk , brp byk ko buang. ...

Lebih dari tu. Tp ada bagusnya juga.

China tadok pati.
Quote gigahertz 17-1-2021 02:26 PM
AniSani replied at 17-1-2021 06:23 AM
FYI..di china skrg ni..

tong sampah ada A.I...dia tahu ko buang apa..brp bnyk , brp byk ko buang. ...

AI tu yang mencipta adalah orang barat.
Tapi yang pelaksana adalah China.

Sama macam 800 tahun lepas.
Ilmu matematik di temui oleh Cendekiawan Islam .
tapi pelaksana adalah Negara barat.

so sejarah repeat again. cuma tukar pemain.
Quote AniSani 17-1-2021 02:30 PM
gigahertz replied at 17-1-2021 02:26 PM
AI tu yang mencipta adalah orang barat.
Tapi yang pelaksana adalah China.

smua teknologi jatuh ke tangan penyamun
so mmg jahanam dunia ni dorang kerjakan x lama lagi
Quote AniSani 17-1-2021 02:31 PM
LadyCarefree replied at 17-1-2021 02:26 PM
Lebih dari tu. Tp ada bagusnya juga.

China tadok pati.

nak tau bagus x bagus, jd rakyat dia lah

and soon the rest of the world akan jd camtu..scary shit u know...
Quote LadyCarefree 17-1-2021 02:45 PM
AniSani replied at 17-1-2021 01:31 PM
nak tau bagus x bagus, jd rakyat dia lah

and soon the rest of the world akan jd camtu..sca ...

I said ada bagusnya. Bukan semuanya bagus.
Quote AniSani 17-1-2021 02:52 PM
LadyCarefree replied at 17-1-2021 02:45 PM
I said ada bagusnya. Bukan semuanya bagus.

ye bos

aku pun x kata bos kata bagus atau x bagus..atau sparuh bagus atau sparuh x bagus

cuma suffering org china ni dah terlampau byk didedahkan...sian dorang
Quote namemysoul 17-1-2021 05:07 PM
Kalau pokok mkn eskrim goreng ok kot...
Mcm dolu2...hehehe
Quote anony-mous 17-1-2021 06:35 PM
Lol apa beza dgn kilang2 makanan yg x tutup dkt malaysia ni? Yg positip tp sihat pon kena kerah keje

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.050180 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top