CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Terhibur, Pesakit Covid-19 Buat ‘Fashion Show’ Dalam Pusat Kuarantin Pakai Baju Ibu Bersalin

17-1-2021 02:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3589| Komen: 18



Susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di negara kita, kerajaan telah mengaktifkan semua pusat kuarantin di seluruh negara bagi menampung pesakit sekaligus membendung penularan wabak.

Ini termasuk pembukaan pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang turut dihuni oleh pesakit dengan jumlah yang ramai.

Namun begitu, pelbagai aktiviti dilakukan oleh individu yang berada di sana untuk menghilangkan bosan selain memberi semangat kepada satu sama lain melawan Covid-19, ternyata menghiburkan hati ramai.

Macam-macam aktiviti



Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna aplikasi Tiktok dikenali sebagai Syahida, teman lelakinya melakukan aktiviti-aktiviti happening bersama ratusan lagi penghuni pusat kuarantin.

Ada di antaranya yang menari bersama frontliner, bermain kad, menyanyi termasuk melakukan fashion show. Memang sporting habis. Doktor, jururawat serta semua pasukan perubatan pun turut sama melayan!


‘Fashin show’ baju bersalin

Paling menghiburkan, fashion show yang diadakan adalah berupa baju bersalin tetapi digayakan dengan cara masing-masing. Memang lucu!




Aksi lucu itu dibanjiri dengan ratusan komen warganet yang terhibur dengan pakaian baju bersalin dan kemesraan yang ditunjukkan oleh semua rakan lelaki biarpun mereka tidak mengenali satu sama lain.

Lelaki first time jumpa dah jadi kawan baik


Selamat bersalin semua


Happening gila!





Sumber: TikTok syhdysra/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 17-1-2021 03:06 AM

kan lagi bagus kalau pakat2 mengaji  
Quote imransulaiman 17-1-2021 07:38 AM
wnwa05: kan lagi bagus kalau pakat2 mengaji

Husnudzon - lepas magrib dorang mengaji sampai masuk waktu subuh...
Quote chandrahusin 17-1-2021 08:28 AM
Entah lah.. aku tak terhibur pun
benda2 mcm ni
Quote CiliPadiSedap 17-1-2021 08:45 AM
Bodohnya tengah wabak kut. Positif banyak cara. Bersenam or tgk netflix lagi elok. Bukalah dua 10 tv channel netflix atau buat ruang bekerja. Buat sewaan .

14 hari lama tu kuarantin. Xpun buat ruang buku library mini. Akak kalau kena kuarantin wajib ada internet earphone and few  gula2 angin
Cukuplah.
Quote Belibis 17-1-2021 08:56 AM
chandrahusin: Entah lah.. aku tak terhibur punbenda2 mcm ni

Hati ko keras Roy.
Quote Artemesiaa 17-1-2021 10:53 AM
Duduk berlonggok ramai2 tampa sebarang aktiviti pasti membosankan dan semangat pun boleh turun.  Kalau ada senaman aktiviti ringan pasti menghiburkan mereka tak ler bosan sangat jadinya.
Quote farlis 17-1-2021 01:29 PM
Iols ok ja tgk diorang mcm ni.. Bosan kut terkurung dlm tu.. Ngaji pun xkan la 24 jam... Ada masa la nk hiburkan diri..
Quote eatchoco 17-1-2021 02:08 PM
CiliPadiSedap replied at 17-1-2021 08:45 AM
Bodohnya tengah wabak kut. Positif banyak cara. Bersenam or tgk netflix lagi elok. Bukalah dua 10 tv ...

x semestinya semua org kene tgk netflix kalau nk stay positif kak... dia positifkan diri ngn happy2 ngn org lain. akak mungkin positifkan diri dgn tgk netflix, org lain create activities nk hilangkan bosan & x semua org suka menghadap tgk cerita.. kalau sy jd akak, ngadap netflix tiap masa spanjang 14hari pn boring jgk dan mcm antisosial plk tkbgaul ngn org 😅 ada je video dorg bsenam, nurse pn join skali
Quote Barcamessi 17-1-2021 04:40 PM
lain org lain cara nk released stress...kalau ni yang boleh happykan diorang yg tgh berkurung kat sana let them be...keep it up untuk mereka yg #covidfighters
Quote adeqbun 18-1-2021 11:41 AM
ape la kecam cara org nak chill..kot upoad video mengaja bertaranum pon ade kecam kate riak lak..biar la diorg..tgh diuji tp masih cuba nak positifkan diri
Quote annehuda 18-1-2021 11:44 AM
diorg ni solat berjemaah ye.  Ada satu hadith nabi tu tegur sahabat nabi yang 24jam nak beribadat je. Sebab tu dalam islam ni ada konsep wasatiyyah kene seimbang dunia dan akhirat.
Quote cmf_PariS 18-1-2021 12:28 PM
biar le deme nk hiburkan hati.. ok apa.. ceria.. lg byk gelak lg cepat baik...
Quote Supersirap 18-1-2021 01:59 PM
Semoga mereka diberikan kesembuhan yang cepat dan dipermudahkan segala urusan
Quote JohnDeSouza 18-1-2021 11:12 PM
CiliPadiSedap replied at 17-1-2021 08:45 AM
Bodohnya tengah wabak kut. Positif banyak cara. Bersenam or tgk netflix lagi elok. Bukalah dua 10 tv ...

dengarnya x boleh bawa masuk apa2.so hal ini kena tanya kkm awat x sediakan tv, meja snooker,peralatan bersenam,buku ,al quran dan lain lain
Quote CiliPadiSedap 18-1-2021 11:41 PM
JohnDeSouza replied at 18-1-2021 11:12 PM
dengarnya x boleh bawa masuk apa2.so hal ini kena tanya kkm awat x sediakan tv, meja snooker,peral ...

Dekat sabah 2 baldi calrsberg boleh masuk.

Kalau xboleh bawa masuk patutlah mereka tiktok... Boring yg sgt 14 hari mcm duduk dalam dewan exam bezanya ada katil
Quote gelas_pelastik 19-1-2021 04:05 PM
mungkin ni cara diorang nak hiburkan hati
takkan la 24 jam nak ber netflix je
apoo
Quote becir 27-1-2021 01:30 PM
farlis replied at 17-1-2021 01:29 PM
Iols ok ja tgk diorang mcm ni.. Bosan kut terkurung dlm tu.. Ngaji pun xkan la 24 jam... Ada masa la ...

I Rasa Yang mengomen Tu pun ntah2 xmengaji hari2.. pfftt
Quote tikusmontok 31-1-2021 04:07 PM
wnwa05 replied at 17-1-2021 03:06 AM
kan lagi bagus kalau pakat2 mengaji

Mcm langit ngan bumi dgn kluster sri petaling dulu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.043666 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top