CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wany Hasrita Tak Suka Pakai Ketat, Tak Kisah Kalau Baju Selalu Kena Kutuk

16-1-2021 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9291| Komen: 53

Penampilan penyanyi Wany Hasrita sering menjadi perhatian malah pakaiannya di malam Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM35) pada 15 Disember tahun lalu juga menjadi kritikan netizen sehingga menjadi trending di media sosial.


Menerima kritikan netizen terhadap pemilihan pakaiannya, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita memberitahu dia akan lebih berhati-hati memilih pakaian yang sesuai untuk program TV.

Biarpun pemilihan fesyen akan mengikut kehendak penonton, namun penyanyi berusia 29 tahun ini tetap akan mengekalkan konsep dirinya yang tidak gemar memakai pakaian mengikut bentuk badannya.




"Kali ini, saya akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian. Bagi saya, yang paling penting saya selesa pakai dan sebenarnya saya perlu mengambil komen-komen orang juga.

"Orang nak tengok cantik dan mesra TV... jadi, kita kena cari juga pakaian yang orang pandang nampak cantik dan sesuai. Benda ini saya masuk dalam senarai pemilihan pakaian.

"Tak semestinya kita kena ikut diri kita saja kan dan pemilihan pakaian, Insya-Allah masih mengekalkan diri saya sebagai Wany Hasrita tapi akan lebih dilihat mesra penonton.

"Saya ada juga minta pendapat stylish untuk nak seimbangkan dengan konsep tapi apa yang patut saya rasa this is Wany, tak perlu diubahlah macam saya memang tak suka pakai ketat sangat dan tak nak ikut bentuk badan," katanya kepada mStar.

Foto: IG


Sebelum ini, Wany yang menggayakan gaun berwarna merah jambu oleh pereka fesyen Behati dengan gaya tudung ‘aneh’ seakan-akan pakaian mandi Muslimah iaitu burkini.

Netizen berpendapat bahawa padanan gaun merah jambu dengan tudung berwarna putih yang digayakan oleh penyanyi Menahan Rindu itu tidak ubah seperti kuih apam dan putik kapas.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-35, Wany memberitahu dia dan penyanyi Datuk Jamal Abdillah sudah berbincang mengenai konsep serta susunan lagu duet mereka, Belenggu Rindu.



Menurut Wany, dia ingin melakukan persiapan sebaik yang mungkin dan menganggap persembahan di pentas AJL kelak merupakan peluang untuk membuktikan dirinya mampu menyanyi secara langsung.

"Untuk final, kami ada melakukan perbincangan dari segi konsep persembahan dan susunan lagu. Buat masa kini, tak banyak yang kami tukar dan ikut susunan lagu asal yang sememangnya dah sedap.

"Sudah tentu, saya ada ambil kelas vokal yang berjalan seperti biasa dan bagi saya, persiapan kali ini kena lebih 200 peratus sebab dah dua tahun tak jejak kaki di pentas AJL.



"Jadi, saya anggap ia satu peluang untuk saya buktikan kepada semua orang yang saya mampu untuk menyanyi secara live," ujarnya.

AJL35 sepatutnya berlangsung pada 7 Februari depan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mawar91 16-1-2021 12:11 PM
Biasalah wany. Netizen Malaysia kan sume serba x kne...ade je bnde nak kritik..bnyk sngt mase nak kecam & komen kat IG retis2 ni lagi2 time PKP 2.0 ni..ko x kan bole puaskan hati sume org.yg penting kekalkan imej muslimah ko tu & kurangkan gedik..tpi mmg x dinafikan baju Mase sfmm ritu mmg huduh. Sory wany
P/s : x Saba nak tggu single wany ciptaan Amylea since lagu2 wany mostly best2
#bukanfanwany..haha..mcmla wany bace
Quote Tinot7 16-1-2021 12:15 PM
tak pakai baju ketat is ok.. tapi perlu ke pakai yg huduss???
Quote annadonna 16-1-2021 12:17 PM
Kena ada image consultant yg betul. Kalau ikut rupa dan badan mcm wany ni senang je masuk apa je fesyen. Tinggi pun ya, badan slim and muka pun comel jugak. Invest la sikit part imej
Quote chandrahusin 16-1-2021 12:29 PM
Takpe lah baju tak lawa
Tapi baik dgn Mak
Siapkan rumah bagai
Mcm Siti Lijah
Janji tak melacur & memondan
Ehhh
Quote little_sis 16-1-2021 12:43 PM
Baju x ketat x semestinya hodoh..
Quote ReginaGeorge 16-1-2021 12:45 PM
Tak nak pakai ketat takpa la tp cuba la jangan pakai baju pelik2
Quote TerataiMelur02 16-1-2021 01:03 PM
Tak ketat tu maksudnya bahagian lengan longgar, bahagian dada pun longgar, pinggang pun tak nampak.
Bukan bahagian atas ketat bawa kembang setaman.
Quote mijot 16-1-2021 01:12 PM
tak ketat takpe tp yg pakai baju hodoh/buruk rupanya...
kena memilih skit dek wani..
Quote airmineral 16-1-2021 01:26 PM
pakai tudung renang ke tu?
Quote Aneem 16-1-2021 01:26 PM
TerataiMelur02 replied at 16-1-2021 01:03 PM
Tak ketat tu maksudnya bahagian lengan longgar, bahagian dada pun longgar, pinggang pun tak nampak.
...

Setuju.
Ada je baju dia yg ketat..
Kbai
Quote Nenasketum 16-1-2021 01:49 PM
Oooo lavender Big Bird, ingat2
Quote hady_vit 16-1-2021 01:52 PM
Masalahnya semua baju longgar dan tak ketat tu hodoh n buruk.
Quote Kenabertaubat 16-1-2021 02:05 PM
Tengok la dahlia shazwan as reference untuk baju tak ketat, tapi masih boleh bergaya. Part tudung, iols nampak beliau slow-slow untuk labuhkan. Good for her
Quote Boomibulat 16-1-2021 02:16 PM
Semoga dik Wani istiqomah sehingga kita ke jinjang pelamin nti..
Quote shida81 16-1-2021 02:19 PM
Tinot7 replied at 16-1-2021 12:15 PM
tak pakai baju ketat is ok.. tapi perlu ke pakai yg huduss???

Betul.. Hopefully dia x jd mcm tok ti
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2021 02:34 PM
lantakkk kau lahh dikkkj
Quote Tinot7 16-1-2021 03:25 PM
shida81 replied at 16-1-2021 02:19 PM
Betul.. Hopefully dia x jd mcm tok ti

iols suka baju2 tokti masa dia mudo2 je pon..
Quote cicicumel 16-1-2021 04:02 PM
Sheols dah hajah kan
Quote jfq 16-1-2021 04:17 PM
Tp yg skirt pepel bulu ayam tu baju ketat apa

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.041164 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top