CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bront Palarae Teruja, Bangga 2 Kali Tercalon Aktor Terbaik Asia

15-1-2021 06:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6925| Komen: 42

Karier seni Bront Palarae, 43, semakin menyerlah merentasi sempadan. Bukan sahaja popular di Malaysia, aktor ini mula mengumpul peminat di Indonesia. Semuanya gara-gara impak filem Pengabdi Setan, yang ditayangkan hampir tiga tahun lalu.


Mencipta reputasi sendiri dalam penghasilan produk bermutu, tidak hairanlah Bront dilantik sebagai duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) buat kali kedua.


Kredit foto: IG Bront

Festival yang dikendalikan dalam talian ini, bermula hari ini sehingga 21 Januari depan. Tidak cukup itu, Bront bolos dalam dua kategori pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) Ke-25 yang bakal berlangsung, tidak lama lagi.

Tercalon buat kali kedua dalam liga ATA, Bront disenaraikan dalam dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik (Digital) menerusi lakonannya dalam siri The Bridge 2.

"Saya bangga dan teruja. Namun, apa yang lebih penting, adalah solidariti untuk kita sama-sama menjayakan edisi kali ini ketika seluruh dunia masih diselubungi pandemik COVID-19.


"Pastinya, saya akan berusaha mempromosikan acara ini kepada komuniti filem serantau dan antarabangsa. Ini termasuk karyawan sama ada secara individu atau menerusi filem mereka," katanya kepada BH Online.


Kredit foto: IG Bront

Tidak meletakkan harapan tinggi, Bront menyerahkan keputusan itu kepada juri dan penganjur.

"Ini kali kedua saya dicalonkan dalam ATA. Sebelum ini, saya dicalonkan untuk filem Eropah, Here I Come arahan Bernard Chauly.

"Saya tidak meletakkan harapan besar. Jika ada rezeki, Alhamdulillah. Saya tidak congak masa depan mengikut urusan pihak lain," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 15-1-2021 07:36 PM
Betullah, kalau nak kerjaya berkembang kena keluar dari malaysia.
Quote YomiuriLandMae 15-1-2021 07:52 PM
Good luck Bront! And congrats!!!
Quote KIM.K 15-1-2021 08:30 PM
Tahniah teringat lg zaman dia tempelan masa tu aku dah nampak WOW he got something in him
Quote Kancilkering 15-1-2021 08:36 PM
dia ni laki siapa anak berapa pun i x tahu...
berlakon meletop letop

Quote Perawankota 15-1-2021 09:11 PM
Kancilkering replied at 15-1-2021 08:36 PM
dia ni laki siapa anak berapa pun i x tahu...
berlakon meletop letop

Bini dia org2 production jugak, producer x silap. Mcm mix Chinese pon yer. Anak dia perempuan cute gila..
Quote xLillyx 15-1-2021 09:14 PM
Kancilkering replied at 15-1-2021 08:36 PM
dia ni laki siapa anak berapa pun i x tahu...
berlakon meletop letop

Kena follow rapat baru tau. Dia jarang tunjuk. Anak perempuan sorang.
Quote dua_chzy 15-1-2021 09:25 PM
Akak harap heols boleh tembus ke pasaran global. Juga akak doakan Bront mendunia di Asia (untuk cerah harapan pegi antarabangsa).
Quote GegarVaganja 15-1-2021 09:26 PM
dua_chzy replied at 15-1-2021 09:25 PM
Akak harap heols boleh tembus ke pasaran global. Juga akak doakan Bront mendunia di Asia (untuk cera ...

Ganja teringin tengok Bront berlakon cerita Thai.

Quote dua_chzy 15-1-2021 09:29 PM
GegarVaganja replied at 15-1-2021 09:26 PM
Ganja teringin tengok Bront berlakon cerita Thai.

Sama uols. Dan cerita thriller Bollywood bergandingan dengan aktor haibat seperti aruahnya Irfan Khan.
Quote dua_chzy 15-1-2021 09:33 PM
Akak teringin tengok Bront berlakon mental pegang watak yang hada multiple personality disorder persis perfomance James McAvoy dalam cerita Split.

Ekceli tidak la keterlaluan akak ghasa jika akak katakan Bront Palarae ni versi James McAvoy Asia.
Quote pxlbb 15-1-2021 09:53 PM
Iols sangat tak puas hati watak Bront dalam my Stupid Boss. Tenggelam habis disebabkan skrip dan lakon layar yang mcm sengaja nak buat pelakon Malaysia nampak sendu berbanding BCL dan Reza yach. Atikah Suhaimie pun nampak lembam je. Shitpoodah citer Indon suppress bakat besar Bront. Patutlah dia tak muncul lagi dlm My Stupid Boss 2. Filem kita je yg angkat martabat org luar. Filem Indon depa akan buat org Malaysia nampak bodohhhh.
Quote Aikiko 15-1-2021 11:03 PM
dua_chzy replied at 15-1-2021 09:33 PM
Akak teringin tengok Bront berlakon mental pegang watak yang hada multiple personality disorder pers ...

Kaka best tak movie split?
Klau best iols nak nonton
Quote Aikiko 15-1-2021 11:05 PM
ATA?? Yang miller menang best supporting actor tu lam award mana ye?
Bront xtercalon eh dlm award yg sama....
Quote chinta89 16-1-2021 07:16 AM
Suka tgk dia blakon dari tgk pelakon nek aida jual rupa dan bukan bakat, then retis yg x hbs2 kezzah psl cinta, nikah, kawin, buat anak mse honeymoon, cerai, tmbh anak, etc..

Bront byk bkisar psl bakat, ini yg kita mahukan dlm industri {:hooray
Quote Tinot7 16-1-2021 08:25 AM
Tahniah...
Quote She-Ra 16-1-2021 08:34 AM
Org pilem kita tak tgk bakat besar dia
Bakat tip top, rupa pn ada.. hmmm yelah sekarang ramai org pilem kejar rupa, bakat kayu takpe janji muka boleh jual.. sedih!
Quote lonely_classic 16-1-2021 08:37 AM
Bagus acting dia dalam Bunohan
Quote r_innalif 16-1-2021 10:11 AM
U deserve it Bront!!!
Quote apedehal 16-1-2021 11:06 AM
dua_chzy replied at 15-1-2021 09:33 PM
Akak teringin tengok Bront berlakon mental pegang watak yang hada multiple personality disorder pers ...

Setuju kaka.. menyesal plak iols tdk mbalas senyuman bront ketika beliau mkn di kedai asam pedas muor sewaktu weols single..cehhh..haha

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.099131 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top