CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terlupa Ambil Lepas 'Cucuk' Di ATM, Shiela Abdul Bengang Duit Dikebas

15-1-2021 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16781| Komen: 118

Malang tidak berbau apabila penyanyi Sheila Abdul terlupa mengambil wang yang dikeluarkannya dari mesin ATM dan dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab ketika berada di sebuah pasaraya di Puncak Alam.




Mengaku insiden itu merupakan kecuaiannya sendiri, Sheila meminta individu tersebut memulangkan semula wang tersebut memandangkan pihak pengurusan pasaraya itu mempunyai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu.

Penyanyi berusia 33 tahun ini berasa terkilan dengan sikap tidak jujur individu tersebut yang berdiri dekat dengannya ketika itu.

"Saya mohon anda viralkan supaya individu yang mengambil duit saya itu sedar silapnya dan PM saya untuk minta maaf serta pulangkan duit itu. Saya faham di musim PKP ni ramai orang susah.

"Tapi itu bukan alasan untuk awak ambil kesempatan atas kecuaian orang. Asalnya saya memang berniat untuk sedekah disebabkan mungkin ni ada hikmah yang tersembunyi.


"Tapi setelah pengurusan Econsave Alam Jaya sendiri menunjukkan rakaman cctv wanita yang mengambil duit saya tu hanya berselisih dengan saya dan tidak jujur untuk pulangkan duit tu kepada saya. Saya jadi ralat.

"Saya hanya jarak beberapa tapak saja dari awak waktu awak nampak duit yang tertinggal di mesin atm itu. Apa salahnya kalau awak panggil saya dan pulangkan duit berkenaan," katanya.



Isteri kepada pemain gitar kumpulan Drama Band iaitu Ammar Habir itu turut berkongsi beberapa video memperlihatkan perbuatan individu tersebut di laman Instagram miliknya.



Menurut Sheila, dia sudah membuat laporan polis dan berharap individu tersebut tampil menghubunginya terlebih dahulu sebelum diambil tindakan seterusnya.


Kredit foto: IG Shiela

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang terhadap perbuatan individu tersebut yang mengambil kesempatan terhadap kecuaian orang lain.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 15-1-2021 06:40 PM
ibarat cuai leka cicir kan duit sndiri pastu kata org yg pergi kutip tu mencurik.. tp dlm kes ni aku pun x tau la nk kata guane semoga dpt balik la duit tu ye
Quote msel 15-1-2021 06:42 PM
Terdesak sgt ke nk amik duit orang? Ke mmg sejenis dah biasa amik duit orang? Boleh je jerit panggil. Hurmmm
Quote duricinta 15-1-2021 06:46 PM
Mmg berniat mencuri la klu dh nmpk orgnye tp ambik kesempatan sbb org tu cuai...
Quote zie_indah 15-1-2021 06:51 PM
Aduhai dik awatla p mik duit tu awak boleh je pggil atau kejar tp Tula kalo jujur la
Quote kiah_mai_pulak 15-1-2021 06:52 PM
dh kalau bukan rezeki kan... ada lah tu yg x kena dgn duit tu
Quote kiah_mai_pulak 15-1-2021 06:55 PM
halahhhhh... ingatkan mat pet mana yg kebas duit tu, rupanya muslimah bertudung... adehhhhhh.
Quote little_sis 15-1-2021 06:55 PM
boleh sgt kalo dia nak pulangkan duit org tu, bukannya jauh mana lg pun...
Quote refleCtion 15-1-2021 06:56 PM
Ibarat bagi duit kat orang laaa kalau gtu kesnya...redha je lahh kak shela ooiii..dh xdok rezeki uols
Quote babycc 15-1-2021 06:59 PM
Org tu salah sbb amik duit tu.. die pon apsal cuai sgt?? Lepas tu boleh pulak cerita duit tu mmg nak buat sedekah.. alahaiiii
Quote delia3003 15-1-2021 07:00 PM
Takde alasan kalau cakap tak tau mcm mana nak pulangkan duit, katakan masa tu dia tak pasti duit tu milik siapa.
Quote CiliPadiSedap 15-1-2021 07:03 PM
bodohnya dh ambil duit lepas tu guna atm sama. lobenak
Quote KIM.K 15-1-2021 07:20 PM
Aku pernah macamni di hometown aku dlm RM280. Org belakang aku panggil suruh ambil duit
Quote ArnabAtasBulan 15-1-2021 07:23 PM
refleCtion replied at 15-1-2021 06:56 PM
Ibarat bagi duit kat orang laaa kalau gtu kesnya...redha je lahh kak shela ooiii..dh xdok rezeki uol ...

kalau dia redha dan maafkan takpe la. untung orang yg curi tu. tapi kalau tak redha jenuh  nak menjawab kat akhirat esok. rasa2 boleh tak jawab depan Tuhan 'dah dia yg cuai, sy ambik la'. padahal kalau jujur boleh je bagi balik duit tu. susah nak cari orang yg amanah zaman ni.
Quote c===8 15-1-2021 07:28 PM
Tetap nak berlagak kaya nak sebut sedekah.hujung2 dah sendu dia yg kedepan mohon rumah pprt
Quote rosannazmia 15-1-2021 07:28 PM
Edited by rosannazmia at 15-1-2021 07:30 PM

Hmm kwn akak kuar rm500 nak byr nursery tuk anak dia bln tu, anak dah berderet, yg bongsu tu baby, beranak umur pon dah msk 40an, seme mende dia urus, keje lagi, nak mik anta anak2 yg besar g sekolah lagi, kelam kabut sgt smp kat atm org tel lak.. Aiyoooo... Pusing naik keta cabut balik urus anak2 amik anta balik umah g keje smp kat keje tanya " mana duit aku rm500 td ek?"
Quote mamajawie 15-1-2021 07:35 PM
Tapi klaka la budak yg amik duit tu ps da amik duit org bleh lak dy g guna atm yg sama..benak namati hbs la org tau data peribadi ko..bangangnyehhh
Quote lavendernovella 15-1-2021 07:39 PM
Bukan kata "niat utk sedekah" ker? Kalau cam tu halalkan jer , settle masalah.
Quote lasagnaklcc 15-1-2021 07:44 PM
Bdk tu mcm toleh nak panggil mula2 tapi syaiton lebih kuat pengaruh, maka selamatlah duit tu.
Quote doubleA 15-1-2021 07:49 PM
Nampak sangat memang nak curi. Ingat rezeki terpijak depan mata ke sis, duit orang tu slumber ambik. Padan muka viral

Lihat semua komen(118)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.073077 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top