CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bising Bunyi Kereta Dan Motor," -Lelaki Bina 11 Bonggol Atas Jalan Mohon Maaf

14-1-2021 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6923| Komen: 55

Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lalu, memohon maaf atas perbuatannya.


Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

"Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

"Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ," katanya kepada Bernama.

Foto: Facebook

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata, dia membina bonggol tersebut kerana terganggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

"Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengganggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

"Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda," katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 14-1-2021 12:06 PM
nayaaa pak karim...
sampai 13 bonggol ko....
Quote rogayahtop 14-1-2021 12:10 PM
Hamboii kayanya duit i sinar buat bonggol.
Quote Nana_Man 14-1-2021 12:14 PM
Terbuang duit tu... haha
Quote LostStar 14-1-2021 12:17 PM
tak p jmp doc lagi dah claim gangguan mental..  apo la org skrg ni..
Quote Manjahati 14-1-2021 12:17 PM
13 bonggol sekali dibuatnya
Quote kluangman 14-1-2021 12:18 PM
tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (gangguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.


Bahaya juga ni. Boleh minta ustaz ebit liew hantar dia ke hospital untuk check
Quote c===8 14-1-2021 12:22 PM
keluar isinar buat bayar kos bonggol lepas tu kena bayar lagi nak ratakan bonggol
berapa je la tinggal baki
Quote MarryPottet 14-1-2021 12:28 PM
Ummah darul kepelikkang lagik

Ramai pencarum tak habis lagi merempan kat fb iSinar sebab pemohon kategori 2 kena submit memacam dokumen
Dia dah dapat duit iSinar buat benda sia2
Baikkah duit tu dia guna untuk pindahkan bilik tidur dia ke belah jauh dari jalan atau bina tembok penghadang bunyi ke
Quote edoraixora 14-1-2021 12:29 PM
Hadoiiii.....x pasal2. Tapi dekat sangat rumahnya pun. Dah tau situ jalanraya, kenapalah x fikir dulu
Quote harisbee 14-1-2021 12:31 PM
kalu letak bonggol x bising ke?lagi org tekan minyak nak panjat bonggol
Quote mbhcsf 14-1-2021 12:34 PM
u see? sebab tu bila nak keluarkan duit kwsp ke i snar ke , ada laa , segelintir satu dua yg guna buat benda tak ada faedah macam ni...


u see?
Quote mbhcsf 14-1-2021 12:36 PM
MarryPottet replied at 14-1-2021 12:28 PM
Ummah darul kepelikkang lagik

Ramai pencarum tak habis lagi merempan kat fb iSinar se ...

yes, agreed sangat sangat  dengan awak

dia tak nampak yg flat atau kondo KL tepi jalan DUKE ke ape ke yg memang sebelah tingkap ade jalan raya terus fly over macam tu ada penghadang jalan

buatlah penyerap bunyi dengan tanam lebih banyak tumbhan renek sederhana ke binaan yg serap bunyi

sebab tu gunalah  ilmu

fizik nak serap bunyi...
Quote mbhcsf 14-1-2021 12:37 PM
bonggol bebanyak pun kat jln malaysia accident bertambah macam tu jugak...

i tak suka tau jln malaysia yg banyak bonggol...
Quote sukacactus 14-1-2021 12:41 PM
Dari ko buang duit i sinar tu buat bump, lps tu keluar duit upah lg utk buang bump tu, lg bagus ko beli ear plugs
Mesti tido ko xterganggu lg
Quote Cyempaka 14-1-2021 12:46 PM
Mcm tu je kau bazirkan duit disaat orang2 lain sangat memerlukan..
Sekarang duit habis, nama pun busuk. Semua org tau kau akal pendek xbrapa cerdik. Sedeh sangat
Quote syamzana 14-1-2021 12:46 PM
bazir ke duit isinar tu. lagi satu kot ye pun, xyah la inform org guna duit isinar lagi kene kecam ada la
Quote spankee_fili 14-1-2021 12:52 PM
Boleh je buat bilik sound proof tapi tak syokla kan sebab takleh pedajal orang lain..
Quote doubleA 14-1-2021 12:54 PM
Amboi 11 bonggol terus. Ko ingat jalan tu ko yg punya
Quote renko 14-1-2021 12:56 PM
katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.


ahahahahahahahahahhaha
terciduk rm1080

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.052186 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top