CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Rentas Negeri? Ini Cara Mohon Permit Pergerakan PKP, PKPB

14-1-2021 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5675| Komen: 1

Description: Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 13 hingga 26 Januari, orang ramai adalah dilarang untuk melakukan pergera ...
Susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 13 hingga 26 Januari, orang ramai adalah dilarang untuk melakukan pergerakan merentas daerah dan negeri melainkan dengan sebab tertentu.



Gambar hiasan/HMetro

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), individu yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri atau daerah perlu mengisi Borang Permit Pergerakan PKP atau Borang Permit Pergerakan PKPB sebelum mendapatkan kebenaran daripada pihak polis untuk melakukan pergerakan.



Borang kebenaran ini boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:





Berikut pula langkah-langkah bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;

2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;

3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Mana-mana individu yang tidak mempunyai kebenaran ini akan diarahkan untuk berpatah balik di sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis.


Sumber: PDRM, Era.je

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ain_h 26-1-2021 02:44 AM
Tq info!!!!!!!! Yg sgt berguna

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.038120 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top