CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Juruteknik Mengaku Ugut Bunuh Pelajar, Rogol Ibunya

14-1-2021 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2705| Komen: 7

Seorang juruteknik penyaman udara mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengugut hendak merogol ibu kenalannya dan membunuh pelajar itu, pada Oktober tahun lalu.

M Satis Naidu, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.


Gambar hiasan

Tertuduh didakwa mengugut akan merogol ibu pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dan mengugut untuk membunuh mangsa (pelajar) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, di sini pada 3 pagi, 30 Oktober tahun lalu, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Zafirah Syed Mustapa menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara menunggu tarikh jatuh hukum.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menetapkan jaminan yang rendah atas alasan dia adalah penanggung utama keluarga.


Zhafran membenarkan Satis Naidu dibebaskan dengan jaminan RM1,800 serta seorang penjamin selain menetapkan 1 Mac depan untuk pendengaran fakta kes dan menjatuhkan hukuman. 




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 14-1-2021 09:58 AM
dasar K
puihhh
Quote jalfa 14-1-2021 10:02 AM
Mesti mabuk todi kan....boleh jamin plak tu..kang gi rogol betul betul camne...
Quote syidasaleh 14-1-2021 10:44 AM
Projek Perumahan Rakyat la. Wartawan ni asal boleh je menulis
Quote bondeh 14-1-2021 12:27 PM
Aiyooooo thambiiiii mabokkkkk kaaaa
Quote Manjahati 14-1-2021 02:10 PM
Mabuk ke apa ni
Quote bangcak 14-1-2021 02:14 PM
kalu nak selamat heol kene cepat2 join PN.
skang perogol amah dgn perogol haziq pon dah bebas.

pengutuk dan pengeji deyol suma dah diam tak berkutik.

Quote ReginaGeorge 21-3-2021 12:32 PM
Boleh pula dia rayu jaminan lebih rendah nak ketawa jap

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.051100 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top