CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dilapor Hampir Maut Akibat ‘Jangkitan Teruk’ Selepas Picit Jerawat Bawah Bibir

13-1-2021 11:38 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3272| Komen: 14



Seorang lelaki di China hampir menempah maut akibat jangkitan teruk selepas memicit jerawat yang terdapat di bawah bibirnya, lapor Daily Mail.

Sejurus selepas memicit jerawatnya, lelaki yang berasal daripada Jiangsu, China itu mula mengalami demam, bengkak di bahagian mulut dan jangkitan yang kemudiannya merebak ke paru-larunya, lapor media tempatan.

Pesakit yang kritikal itu turut didiagnos dengan pneumonia berganda, dan terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan sebelum keadaannya akhirnya stabil, kata doktor yang merawatnya.

Insiden tersebut telah mendapat perhatian selepas ianya disiarkan di stesen television tempatan pada Selasa.

Lelaki tersebut dilaporkan mula mengalami gejala demam dan kesukaran bernafas selepas dia memicit jerawatnya pada awal Disember lalu.


Mulutnya juga menjadi bengkak dan kemerahan sebelum isterinya membawanya ke First People Hospital di Changzhou untuk mendapatkan rawatan.

“Terdapat jerawat di bahagian dagunya,” kata isterinya kepada wartawan. “Saya telah memberitahunya untuk tidak memicitnya kerana dia pernah melakukannya sebelum ini.

“Siapa sangka ianya akan menjadi begitu serius kali ini,” tambah wanita itu.



Setelah diperiksa, para doktor mendapati bahawa lelaki itu mengalami pneumonia berganda, jangkitan yang menyerang kedua-dua paru-parunya sehingga terpaksa dirawat di wad ICU.

Dr Zhu, yang merawat lelaki itu, menyatakan kepada media: “Dia mengalami jangkitan pada bahagian mulut yang pada awalnya telah mencetuskan pneumonia dan jangkitan pada paru-parunya. Keadaannya sangat kritikal.”

Doktor tersebut menambah bahawa jangkitan yang dialami lelaki itu terjadi selepas dia memicit jerawat di dagunya, bahagian yang terletak di kawasan yang dikenali sebagai ‘Triangle of Death’.

Juga turut dikenali sebagai Danger triangle, ‘Triangle of Death’ ini berada di hujung hidung hingga ke hujung kiri dan kanan bibir.

Memicit kulit yang terletak di dalam zon bahaya ini boleh memberi implikasi yang serius terhadap keseluruhan kesihatan anda, kata Dr Zhu.



“Perkara pertamanya adalah elakkan memicit dengan tangan anda,” kata doktor. “Lebih penting lagi, jika kulit di sekitarnya menjadi merah, bengkak atau sakit, atau pesakit mengalami demam, disarankan untuk segera mendapatkan rawatan.”

Selepas dirawat di ICU selama sebulan, keadaan lelaki itu akhirnya stabil. Namun, dia dikatakan akan berada di ICU untuk rawatan selanjutnya.




Sumber: Daily Mail/SiakapKeli
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 13-1-2021 11:54 PM
Abesla.... bentuk segitiga.... teori konspirasi lol
Quote Kurex 14-1-2021 12:01 AM
Ritu ada forumer kata jgn sebarangan picit jerawat...
Quote sharlenetexas 14-1-2021 12:06 AM
Tak silap kawasan segi tiga tu salur darah direct ke otak.
Quote inspiro92 14-1-2021 12:29 AM
Ah lega jerawat bawah bibir haritu dah surut.dok geram nk picit bg klr isi tp x tahan sakit akhirnya giveup sbb yakin mesti surut jugak nanti
Quote rogayahtop 14-1-2021 12:58 AM
Patutla kalau tumbuh jerawat kat hujung hidung tu tak pun kelcer kat bibir rasa nak meninggal.
Quote pxlbb 14-1-2021 06:02 AM
Pakai mask ni memang selalu keluar jerawat kat kawasan segitiga tu. Dah PKP ni kulit muka iols boleh hidup tenang-tenang...
Quote sukacactus 14-1-2021 06:29 AM
Kawasan situ kalau naik jerawat sakitnya ya ampun
Kalau picit pun boleh keluar airmata la
Quote ipes2 14-1-2021 06:50 AM
ha ha, apehal tak rawat awal2.. ini adalah classic case yg libatkan Danger Triangle.
for some reasons yg kita tak tahu utk apa gunanya, area2 dekat bibir dan hidung ni blood vessels nya bersambung pulak dengan satu ''lopak'' besar kat dalam kepala. kenapa perlu ada persambungan ini kita tak berapa sure.. tetapi ada hubungan kerana vein dari mata memang akan drain darah dia kedalam lopak tadi (Cavernous sinus). boleh mati woo.

jika kita fikir2.. tak elok ada hubungan ini kerana mulutlah tempat byk sgt benda2 masuk kedalam badan kita.. setiap suapan nasi tu bermillion kot virus, bacteria, particles dari udara yg ada. (dan hampir kesemuanya body kita handle dgn baik.). dalam lubang2 hidung pon sama.
jika tempat tu mmg berbahaya maka sangat tidak sesuai utk bersambung dgn himpunan blood yg berada betul2 bawah otak.
Quote Jorja 14-1-2021 07:10 AM
Makan macam2 Kt sana kn so tak heran la sakit mulut
Quote Redmyvi 14-1-2021 08:01 AM
Baru2 ni pn ada jd kt malaysia kes cmni.

Budak perempuan tu picit jerawat kt hidung kena jangkitan kt otak.

Dulu serius weh tak tahu bahaya.. tobat la lepas ni tak picit jerawat sebarangan..
Quote Noraniza_Iblis 14-1-2021 11:58 AM
jerawat kalau tumbuh kt hidung..
dgn bibir..mmg iols giveup..sakit nak mati..
bile picit..nak2 kalau dlm hidung..perhh...nk nangis rase
Quote Scheherazade 14-1-2021 12:17 PM
Serius rupanya kesan picit jerawat ni kat danger triangle ni
Quote kakikuDibibirmu 14-1-2021 10:58 PM
Kalu dekat labia Majora tak apa kan?
Quote mbhcsf 14-1-2021 11:09 PM
ade banyak kes macam ni kan yg dibincangkan kan dalam CI , kan?

wow , kena ambil iktibar

JANGAN SENTUH JERAWAT
anything to do with the face jgn korek jgn garu jgn ape ape punnnn, even scalp pun...

read on emissary veins on the scalp.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.204532 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top