Kuala Lumpur: Sejumlah 4,200 ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) terdiri pemilik restoran di enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkesan dengan pelaksanaan itu. Presidennya Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, hari pertama PKP 2.0 hari ini mendapati perniagaan merosot sehingga mencecah 80 peratus sekaligus menjejaskan pendapatan ahli. "Kami sedih dan kecewa kerana terdapat ramai ahli terpaksa gulung tikar akibat PKP sebelum ini. Keadaan itu memberikan sedikit kegusaran kepada peniaga apabila PKP 2.0 dilaksanakan. "Kami berharap sedikit kelonggaran diberi kepada peniaga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, beliau berkata, PRESMA mencadangkan kerajaan supaya memberi sedikit kelonggaran untuk restoran dan penyedia perkhidmatan makanan beroperasi dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti sebelum ini, termasuklah mengehadkan jumlah pelanggan kepada dua orang setiap meja. "Cadangan itu berdasarkan pengalaman ketika PKP tahun lalu yang terbukti berkesan mengekang penularan wabak Covid-19 dan membantu ekonomi pengusaha restoran," katanya. Selain itu, katanya, PRESMA juga ingin memohon waktu operasi dilanjutkan dari 6 pagi hingga 8 malam kepada 10 malam bagi membolehkan orang ramai mendapatkan makanan pada waktu malam. Beliau berpuas hati dengan pematuhan SOP dalam kalangan ahli dan ahli PRESMA di enam negeri PKP komited untuk mematuhi arahan serta SOP ditetapkan bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19. Beliau berkata, pihaknya akan terus bersama kerajaan membantu petugas barisan hadapan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan negara bebas daripada wabak berkenaan. Pendapat sama turut disuarakan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) yang berpandangan kelonggaran diberikan pada PKP kali ini perlu diteliti sebaik mungkin. Presidennya Che Hassan Che Johan berkata, ia termasuklah menggunapakai kaedah sama ketika PKP Pemulihan (PKPP). "Sudah tentu ia akan menggerakkan ekonomi menerusi aktiviti perniagaan. "Namun perlu ditegaskan, kelonggaran ini masih tertakluk kepada SOP. Sekiranya ada yang melanggar arahan, tindakan sewajarnya harus diambil," katanya. Katanya, semua pihak perlu akur dengan pelaksanaan PKP demi memutuskan rantaian Covid-19, namun pada masa sama, kerajaan juga perlu tampil dengan inisiatif untuk membantu golongan peniaga yang masih dalam proses pemulihan. Sumber : HarianMetro |
damsel_fiji replied at 13-1-2021 08:28 PM
memekak je mamak ni kan..padahal klu diperhatikan geng2 dorg ni la paling x ikut SOP..dah la pekerja ...
shark replied at 13-1-2021 08:32 PM
mamak ke? dah buat untung kaw2 baru sehari pkp dah komplen ke..lain2 acik2 pasar malam.mana la d ...
isseliparjepun replied at 13-1-2021 10:13 PM
Makanan mamak sentiasa lebih mahal dari kedai biasa kerana alasan 24jam, tapi makanan banyak isu ter ...
ADVERTISEMENT