CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

90% Minyak Masak Dipasaran Adalah Minyak Kitar Semula

31-10-2013 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21645| Komen: 104


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.
Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sekali gus mendesak kerajaan memandangkan serius isu terbabit kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Malah, menurut beliau, aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar.
Lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket.


“Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai makan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kebanyakan peniaga menggunakan minyak masak kitar semula.

“Minyak masak yang dipaketkan itu bukan daripada jenama terkenal dan ramai peniaga yang tidak sedar mereka menggunakan minyak masak kitar semula," katanya.
Menurut Nadzim, status halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bekerjasama membanteras aktiviti tersebut.

“Selain menipu pengguna, pengusaha terlibat turut mengeksport minyak masak itu dengan mendakwa produk tersebut adalah halal," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels Sdn. Bhd., Ja’afar Abdullah memberitahu, aktiviti kutipan dan jualan minyak masak terpakai melanggar undang-undang dan peraturan MPOB.

Katanya, lesen yang dikeluarkan MPOB dengan jelas menyatakan penggunaan minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel.
“Isu ini wajar ditangani segera kerana dari segi kesihatan minyak masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan komponen radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan hati," katanya.



Bagus
17

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minyak 31-10-2013 11:07 AM
Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai makan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kebanyakan peniaga menggunakan minyak masak kitar semula.


70 premis disoal selidik?bukan ambil sampel buat kajian kandungan minyak dalam tu?

terus claim 90% minyak masak diguna semula
Quote prettyuglybabe 31-10-2013 11:12 AM
dah lama berlaku katanya. apa tindakan yang diambil? cuba bagitau jenama apa, pengeluar siapa
Quote MelahJanda 31-10-2013 11:13 AM
jgn beli minyak dalam plastik
beli dalam botol
Quote dino 31-10-2013 11:15 AM
MelahJanda posted on 31-10-2013 11:13 AM
jgn beli minyak dalam plastik
beli dalam botol

btul sgt..... tak pernah beli dlm paket tu.... yg tu kedai2 makan selalu guna... murah

Quote Kassim_Patalon 31-10-2013 11:15 AM
seronok tengok minyak komen pasal minyak
Quote kazaraf 31-10-2013 11:16 AM
minyak posted on 31-10-2013 11:07 AM
70 premis disoal selidik?bukan ambil sampel buat kajian kandungan minyak dalam tu?

terus clai ...

sbnrnya aku mmg hangin dgn PPIM & Persatuan Pengguna Penang psl isu2 ni..
bnyk je aku tgk diorg buat statement psl benda2 cmni..
tp setakat tu jelah.. kalau ye pun buat share la dokumen lengkap psl kajian dorg tu..
mana hasil bukti ujian makmal.. buat la video ke. haha..
poyo nak mampos
Quote hzln 31-10-2013 11:18 AM
prettyuglybabe posted on 31-10-2013 11:12 AM
dah lama berlaku katanya. apa tindakan yang diambil? cuba bagitau jenama apa, pengeluar siapa {:1_55 ...

patutnya diharamkan saja penjualan minyak lam paket nih
tapi seperti biasaaaaaaa laaa
nak kena ada org mati dulu baru nak terkocoh2
tu pun takat gebang saja lah, masa kes tgh hangat
tindakan belum tentu
Quote minyak 31-10-2013 11:18 AM
Kassim_Patalon posted on 31-10-2013 11:15 AM
seronok tengok minyak komen pasal minyak

nasib baik belum naik minyak
Quote petola 31-10-2013 11:22 AM
eloklah dikitar semua
mesra alam namanya tu
bayangkan kalau ia dibuang merata..
Quote prettyuglybabe 31-10-2013 11:22 AM
hzln posted on 31-10-2013 11:18 AM
patutnya diharamkan saja penjualan minyak lam paket nih
tapi seperti biasaaaaaaa laaa
nak kena a ...

kan.. pernah gak belek-belek.
jenama yang sime darby pun ada..
Quote rospinki 31-10-2013 11:23 AM
bayangkan minyak yg recycle tu dari minyak goreng makanan dari sumber non-halal..aku rajin tgk kedai2 makan simpan minyak terpakai kaler gelap tu dlm botol minyak besar..nti ada org yg buat recycle beli minyak tu dari dia..pastu minyak yg dh ditapis tu dijual balik kt diorg dgn harga satu botol 5kg tu dlm 10 ingget gitu..pernah gak bli yg pastik time kemelesetan ku dulu..mcm sama je macam sama jew..
Quote kucengcomel 31-10-2013 11:25 AM
kalo boleh elakkan dari beli/guna minyak peket...
Quote kelana36 31-10-2013 11:28 AM
Selalu guna sun flower cooking oil kat rumah , tapi selalu juga beli pisang, ubi goreng..  entak minyak apa yg dia orang guna agaknya..
Quote addicted 31-10-2013 11:31 AM
lg best bila penah npk minah indon yg pemalas yg juai goreng pisang
kat bazar jln TAR tuh..punye pemls nk potong plastik minyak tuh
nk tuang utk tambah minyak yg sedia ada....

dia just amik n msukkn seplastik tuh dlm kuali yg ada minyak panas tu
so dgn plastik tuh cair skalik dlm minyak panas..
sedia utk menggoreng!!!
mkn la kita dgn plastik2 yg mmg dh cair dlm minyak panas tuh
Quote Irwan-Ahmad 31-10-2013 11:54 AM
kelana36 posted on 31-10-2013 11:28 AM
Selalu guna sun flower cooking oil kat rumah , tapi selalu juga beli pisang, ubi goreng..  entak min ...

sejak tahu cara goreng plastik,  dah lama aku tak berani beli pisang goreng, cucur udang dan semua mender goreng kat tepi jalan,  termasuk kepsi mekdi aku pon takan masuk,  tgk bideo yg indon buat ni

[youtube]zum6qicWwIY[/youtube]







Quote lizaliza 31-10-2013 11:58 AM
dino posted on 31-10-2013 11:15 AM
btul sgt..... tak pernah beli dlm paket tu.... yg tu kedai2 makan selalu guna... murah

orang berpendapatan rendah banyak guna minyak paket ni, sbb murah

Quote haryatie 31-10-2013 11:58 AM
addicted posted on 31-10-2013 11:31 AM
lg best bila penah npk minah indon yg pemalas yg juai goreng pisang
kat bazar jln TAR tuh..punye pe ...

waa...biar betul kejam giler buat mcam ni..
sedap2 jerk org makan..
Quote lizaliza 31-10-2013 12:01 PM
minyak bunga conela blend dgn sun flower  agak agak recycle tak
Quote geng_tx 31-10-2013 12:05 PM
Kat area kg aku ada kilang recycle minyak ni. Chap bendi..

Minyak restoran cina.india malayu abis deme kutip campur masuk 1 bekas sebelum disuling...

Minyak babi biawak.. saitan dan puaka apa semua..

Tu lah minyak yg digunakan para peniaga...
Ka ingat org restoran pakai minyak cap buruh ka?

Hahahahahaha... padan muka kita semua.

Tgk video ini...
Kat mesia akan sampai sikit hari lagi

http://www.liveleak.com/view?i=1ed_1382996617

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.154484 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top