Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat atau Nur Suhada Jebat, 29, berkongsi rasa terharu apabila suaminya, Nabil Mahir, 33, mengimamkan solat ketika mereka berbulan madu di Pulau Langkawi. Dimuat naik menerusi InstaStory miliknya, video berdurasi lima saat yang dikongsi jelas memaparkan suaminya selesai mengimamkan solat jemaah mereka berdua. " Saya sungguh bertuah memiliki kamu dalam hidup saya, " tulis Ayda dalam Instastory. Memetik Kosmo, terdahulu majlis resepsi perkahwinan sebelah pihak lelaki yang dijadualkan berlangsung pada 9 Januari lalu di Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat saban hari. Sebelum ini, dengan hanya sekali lafaz pasangan itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan pada pukul 3.28 petang di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu. Seronok melihat kebahagiaan yang dikecapi mereka berdua. Semoga selepas ini dapat menimang cahaya mata pula hendaknya. - CARI |
MariaClara replied at 12-1-2021 02:44 PM
alaaa laki org lain pon reti jadi imam lahhhhhh
matjerk replied at 12-1-2021 02:54 PM
Org lain..kena jemput OSTAD luar dtg rumah jadi imam...
ADVERTISEMENT