CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima Anuar Positif Covid-19, Mengaku Bukan Kontak Rapat Pesakit

12-1-2021 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5713| Komen: 18

Pelakon Shima Anuar meluahkan rasa sedih apabila disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada Sabtu lalu.

Menurut Shima, dia tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana pesakit Covid-19 namun mengambil langkah untuk melakukan ujian saringan tersebut selepas mengalami masalah pernafasan dan sakit kepala.



Foto: IG

"This really breaks my heart. Saya tak ada kontak rapat dengan sesiapa yang kena Covid. Buat swab test sebab hari Jumaat lalu tiba-tiba rasa susah nak nafas dan sakit kepala.

"Beritahu suami, dia kata mungkin sebab saya tak makan lagi atau mungkin sebab perut masuk angin. Jadi selepas dah makan semua dah okay la. Tapi saya cakap dengan suami nak buat juga swab test just for precaution.


"Sebab kes makin hari makin banyak. It can be anywhere," tulis Shima menerusi Instagram miliknya pada Isnin.

Pelakon filem Highland Tower tersebut turut memuat naik paparan skrin keputusan ujian saringan Covid-19 yang diterima pada Ahad.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti antaranya Mia Ahmad, Sherry Alhadad, Feeya Iskandar serta Eyka Farhana mendoakan agar aktres yang juga usahawan makanan itu cepat sembuh.



Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini memberitahu suaminya iaitu Mohd Solih Toha sudah melakukan ujian saringan Covid-19 pada Ahad dan keputusannya negatif.

Bagaimanapun Shima bimbang dengan keadaan dua orang anaknya iaitu Marian Sophia serta Mikhael Imaan yang masih menantikan keputusan ujian saringan dan berharap mereka bebas daripada wabak tersebut.

Shima yang masih menunggu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghubunginya bagi tindakan selanjutnya meminta sesiapa yang bertemu dengannya pada minggu lalu untuk turut membuat ujian saringan.

"Jadi hari Sabtu pergi test dan Ahad dapat result ini. Suami saya pula pergi test semalam (Ahad). Pagi ini keputusan dia negatif. Hanya saya seorang positif. Tak tahu nak gambarkan perasaan ini macam mana.


"Dalam kepala fikir anak-anak saja sekarang ini. Mereka semua dah pergi test pagi tadi. Harap anak-anak saya selamat daripada Covid. Doakan kami. Siapa yang ada jumpa saya minggu lalu, minta sama-sama buat swab test juga ok?

"Sekarang saya tengah tunggu KKM hubungi saya tapi daripada semalam lagi memang dah kuarantin duduk bilik bawah dan tak keluar pun," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kikuri 12-1-2021 09:16 AM
semoga cepat sembuh
Quote sweetgirl 12-1-2021 09:19 AM
Allahuakbar... moga cepat sembuh... mungkin datang dari agen2 yg keluar masuk ambil laksam dari dia kot...
Quote Miss.H 12-1-2021 09:21 AM
Yang kes macam ni takut. Xtau datang dari mana tiba-tiba covid. Huhuhuhu. Semoga semuanya selamat
Quote Scheherazade 12-1-2021 09:28 AM
Adala kot yg dia jumpa tu asymptomatic. Apapun, semoga cepat sembuh & dipermudahkan segala urusan
Quote nanies 12-1-2021 09:54 AM
jaga2 musim covid ni. takde keperluan, stay at home aje ok
Quote imanjannah 12-1-2021 09:59 AM
baca pagi ni DGkesihatan cakap uk punya varian covid tu dah dijumpai di malaysia..
Quote mamajawie 12-1-2021 10:47 AM
dia kan ada jumpa ejen2 laksam dia so ade la tu kontak ngan org..so biz laksam xleh buat la sbab positif covid
Quote per706 12-1-2021 11:24 AM
Betul....it can b anywhere..da x selamt da skang...ko jga beria...org laen belom tentu..ko sungguh2 usaha,tpi dikeliling tu,mungkin ade segelintir yg mlas amek tau..
Quote supermum 12-1-2021 03:59 PM
Nasib rumah besar boleh kuarantin jauh sikit tapi still in the comfort of own home. Semoga cepat sembuh
Quote LadyCarefree 12-1-2021 04:10 PM
Positip kobid pon still nak berniaga laksam?
Quote applecomel 14-1-2021 07:53 AM
Edited by applecomel at 14-1-2021 07:58 AM

Dia tak keluar beli brg basah ka..utk laksam dia.....mungkin di situ dia kena......moga cepat sembuh....suka tgk anak pompuan dia
Quote Annaquinn009 14-1-2021 07:57 PM
cantik la dia ni...tp x minat dia berlakon...takutla musim sekarang...benda yg x nampak
Quote Manjahati 14-1-2021 10:18 PM
Moga cepat sembuh n dipermudahkan semua urusan
Quote noninah 14-1-2021 10:57 PM
Tgk tak emma maembong ngn laki dia buat test kt rumah positif.. mesti ada kontak rapat buat test.. kesian ank dia pn kena buat
Quote adeqbun 14-1-2021 11:08 PM
Kes2 gini jadi sbb sentiasa jmpe org sana sni dan keluar merata..kalau jenis pegi ofis balik rumah je mesti dpt ingat agak2 dpt positif dr sape dan dimana..dh meragamerayap dan berderet org yg jumpe sehari..mmg la ko x tau dpt dr mana dan siapa
Quote mrsamz 15-1-2021 12:15 AM
Definitely dpt dari org yg positif takde gejala..dia mention pegi meeting kan? Ada laa tu sapa2 dalam meeting tu yg positif sebenarnya..

Dah setahun hidup dgn covid..patut dah paham cara covid menjangkiti...direct human contact/interaction ..jarak dekat dan lebih 10-15minit...
Quote mrsamz 15-1-2021 12:25 AM
noninah replied at 14-1-2021 10:57 PM
Tgk tak emma maembong ngn laki dia buat test kt rumah positif.. mesti ada kontak rapat buat test.. k ...

Tengok ig dia last 1 week ada shooting drama dgn fiz fairuz..habis laa satu set krew semua kene swab kontak rapat dah tu
Quote kiah_mai_pulak 16-1-2021 05:29 PM
sapa pulakkkk dia ni??? berlakon tak, menyanyi takk, tetiba kena covid

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.109323 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top