CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Tutup Seluruh Kampung Bendung Penularan Covid-19

11-1-2021 10:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1840| Komen: 5

Description: BEIJING – China menguatkuasakan perintah berkurung melibatkan seluruh kampung di sebuah daerah di Beijing bagi mengekang penularan koronavirus yang disifatkan paling buruk sejak enam bulan lalu, l ...
Penduduk di Beijing, China beratur menunggu giliran untuk mengambil ujian Covid-19, hari ini. - AFP



BEIJING – China menguatkuasakan  perintah berkurung melibatkan seluruh kampung di sebuah daerah di Beijing bagi mengekang penularan koronavirus yang disifatkan paling buruk sejak   enam bulan lalu, lapor akhbar Daily Mail hari ini.

Semua kampung di daerah Shunyi, timur laut Beijing yang mempunyai lebih 1.2 juta penduduk menjalani prosedur kuarantin sementara pegawai kesihatan memulakan saringan  Covid-19 secara besar-besaran, kata pemerintah dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Wangkui yang merupakan sebuah daerah didiami 440,000 penduduk di wilayah Heilongjiang, timur laut  China turut berdepan perintah berkurung hari ini setelah melaporkan 20 kes koronavirus tanpa gejala.


China kini berdepan peningkatan kes Covid-19 terbesar  dalam tempoh enam bulan selepas melaporkan kes harian  tertinggi sejak Julai tahun lalu.

Bermula minggu lalu, China telah menutup dua bandar di selatan Beijing, memutuskan hubungan pengangkutan dan melarang berjuta-juta penduduk keluar bagi membendung krisis terbaharu koronavirus di negara berkenaan. 



Sumber – Agensi/Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azwanaliori 11-1-2021 11:12 PM
agenda utk push vaksin sudah bermula gamaknya mesti seluruh dunia tiba2 istihar darurat pasni tgok jele
Quote kakikuDibibirmu 11-1-2021 11:15 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 11-1-2021 11:31 PM

Memang sunyi lah daerah shunyi tu
Quote Lengkong 11-1-2021 11:27 PM
kakikuDibibirmu replied at 11-1-2021 11:15 PM
Meman sunyi lah daerah shunyi tu

Sesuai dgn namanya

Quote me12345 11-1-2021 11:32 PM
Tak berkesan kah vaksin china????
Quote kakikuDibibirmu 11-1-2021 11:35 PM
Lengkong replied at 11-1-2021 11:27 PM
Sesuai dgn namanya

Nasib baik Suneo dekat Jepun, tapi dalam komik tulis Sinyu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.084614 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top