CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib jumpa Soros dua tahun lepas. Soros sebenarnya kawan karib krjn Msia.

11-10-2012 03:32 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7199| Komen: 24

PM Najib met Soros in New York

  • Steven Gan
  • 7:42AM Oct 11, 2012

Prime Minister Najib Razak had a private meeting with billionaire financier George Soros - the man seen by Umno faithful as enemy no 1 - in New York two years ago.

The hush-hush meeting, which was first revealed last week by Subang parliamentarian R Sivarasa during his debate with Perkasa information chief Ruslan Kassim, was held at the luxury Plaza Hotel in Manhattan.

Malaysiakini has confirmed the Najib-Soros meeting with a source who has direct knowledge of the event.

The prime minister's meeting with Soros, who is accused of funding Malaysian NGOs to push for regime change, took place on Sept 27, 2010.

It is believed that at least one other top Umno leader was present at the get-together.

Najib, who became prime minister in 2009, made his maiden speech at the UN General Assembly in New York on the same day he met with the billionaire financier.

In his UN speech, Najib mooted a 'global movement of the moderates' to reclaim the agenda for peace and pragmatism.

On the sidelines of the general assembly, Najib also met with UN secretary-general Ban Ki-moon and held talks with several heads of government.

Among those who accompanied Najib on that trip were his wife Rosmah Mansor, Foreign Minister Anifah Aman and Malaysian ambassador to the United States Jamaluddin Jarjis.

Umno's whipping boy


The man whom Najib met has been one of Umno's favourite whipping boys.

Soros, a controversial currency trader and philanthropist, was blamed for bringing financial ruin to Malaysia during the 1997-98 economic meltdown, and more recently, for seeking to oust BN by allegedly funding anti-government NGOs.

Over the past few weeks, a gaggle of pro-government bloggers and Umno-ownedUtusan Malaysiahave blasted NGOs, including human rights group Suaram and polls reform movement Bersih, for receiving funding from Soros' Open Society Foundations.
Malaysiakini, too, came into the line of fire over its links with MDLF, an investment fund that owns a 29 percent stake in the independent news website. MDLF raises capital from banks, governments and funding agencies, which included Soros' foundation.

On Sunday, former prime minister Dr Mahathir Mohamad joined the chorus by accusing Malaysiakini of working with Soros to engineer a regime change so as to "put his nominees as prime minister and ministers in the Malaysian government".

"My view of Soros is that he is still a rogue currency trader and he compounds this evil by using the money to put his kind of people to rule the countries targeted by him. And Malaysia obviously is one of his targets," Mahathir wrote in New Straits Times.

Connecting two disparate dots, he came to a wild conclusion: "A vote for the opposition is a vote for Soros."

Rogue central bank

Ironically, when Mahathir was prime minister, Malaysia's Bank Negara was known as a rogue central bank for dabbling in high-risk currency speculation - it lost a whopping RM5.7 billion to the likes of Soros in the early 1990s.

Last month,Malaysiakinirevealed that Mahathir, despite his animosity with Soros, had written to the billionaire for his support to lend his name to the former premier's Global Peace Forum project to outlaw war as a means to solve human conflicts.

According to international weekly Economist, politics in Malaysia has increasingly turned toxic in the run-up to the crucial 13th general election, with Umno and Umno-friendly media attacking any organisation deemed sympathetic to the opposition.

"All the old canards about these sorts of groups being in the pay of Zionists, America or George Soros, a foreign financier, have been trotted out," it said in an article that was published earlier this week.

"It is not clear whether such slanders still impress Malaysia's voters, especially its Muslims. They are certainly a sign of desperation."



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluberi 11-10-2012 08:13 AM
tajuknye...tak paham aku
akan ~ maksudnya belum buat pun
tp 2 tahun lepas??
bm failed
Quote noor2 11-10-2012 08:15 AM
baru nak tanya...najib akan tp last2 dua tahun lepas...akan tu patutnya akan datangla masanya gogo wei
Quote Anakpencen 11-10-2012 08:17 AM
bangang jugak cina bukit TT ni bahasa Melayu pun tak betul.. Najib Akan Jumpa ...

apa bodohnya Bahasa failed patut pung Tajuk pung dah failed isi terus Failed

dok Malaysia ID Malaysia Bahasa Malaysia Gagal...

amik Malaysiakini failed terus

oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Malu oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii balik Mainland lah bangang
Quote katokcun 11-10-2012 08:22 AM
aku pn keliru dgn tajuk....akan berjumpa...tp dah 2 taun lepas.....ermmm...dah jumpe ke belum.....ke ura2 nk jumpe....ke gosip semata2...
Quote johnazizul 11-10-2012 08:29 AM
Please la... Kalau nak jadi hero yg buka thread hari2, sila lah lebih berkualiti dr segi bahasa.
Quote gogo2 11-10-2012 08:35 AM
Sori lah. Sebelum I baca berita tuh, I terus letak tajuk Najib akan jumpa Soros. Lepas baca betul2, rupanya jumpa 2 tahun lepas. Tapi lupa delete "akan". Failednya aku.
Quote gogo2 11-10-2012 08:39 AM
Tapi ramai gak pak umngok ari nih...
Quote katokcun 11-10-2012 08:42 AM
gogo2 posted on 11-10-2012 08:39 AM
Tapi ramai gak pak umngok ari nih...

ooo...kirenye ko nk surevy org2 umngok yg masuk cni ke....
Quote gogo2 11-10-2012 08:47 AM
katokcun posted on 11-10-2012 08:42 AM
ooo...kirenye ko nk surevy org2 umngok yg masuk cni ke....

takyah nak survey2 lagi. Kbykan umgok adalah pak rasis.
Quote petola 11-10-2012 08:53 AM
laaa... najib pun jumpa pakcik soros?
apa yg dia mintak ya?

apapun baca surat ini.. hehe

Surat kakanda kepada adinda
       
Hishamuddin Rais
3:50PM Okt 8 2012
 
George Soros
Open Society Foundation/Open Society Institute/ Open Society Initiatives
6547-BCT - 12965 Penslavania Avenue
New York City - United States of Amerika
20 September 2012

Adindaku George,
Adalah kakanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kakanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adindaku seorang.

Kakanda di sini sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andindaku berlebih-lebihan lagi. Amin.

Kakanda sekeluarga di Kuala Lumpur ini baru sahaja selesai menyambut hari ulang tahun keluarga. Setiap tahun isteri kakanda mengadakan sambutan ini. Jemputan untuk acara ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri telah beberapa kali kakanda jemput. Sayangnya adindaku tidak ada masa terluang.

Kakanda sekeluarga amat gembira hanya agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.

Adindaku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kakanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kakanda sampai di New York pada tahun 2002 dahulu. Kakanda masih teringat lagi bagaimana salju begitu tebal ketika pesawat kakanda mendarat di lapangan terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kakanda hampir-hampir tercabut.

Apakah adindaku teringat lagi bagaimana adinda telah memberi nasihat apabila kakanda merancang untuk bertemu dengan presiden George Bush pada tahun 2002 dahulu. Kakanda ingat lagi bagaimana adindaku telah memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi yang bernama Jack Abramoff.

Adindaku, kakanda amat sedar bahawa Abramoff ini ialah seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kakanda juga tahu bahawa Abramoff ini adalah pelobi Yahudi yang amat penting di Washington DC. Kakanda juga tahu peguam Yahudi ini bekerja melobi ahli kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Israel.

Adindaku George,
Kakanda tidak ada pilihan. Macai dan ghurka kakanda seperti Datuk Raba Raba telah berusaha kuat. dengan hati terbuka kakanda telah bersetuju membenarkan Datuk Raba Raba untuk melanggan si Yahudi Abramoff dari syarikat Preston Gates & Ellis. Ini bertujuan untuk memperbaiki imej kakanda yang telah dicemarkan oleh gerakan reformasi.

Adindaku jangan risau, memang hampir AS$2 juta atau RM6 juta duit Malaysia yang diminta oleh si Yahudi pelobi itu. Harga ini amat mahal. Si Yahudi itu sengaja memberi tekanan harga kerana si Yahudi ini tahu kakanda amat-amat desperate untuk bergambar dengan George Bush.

Jangan adindaku risau wang RM6 juta ini bukan datang dari duit poket kakanda sendiri. Ini adalah wang judi yang diberikan oleh tauke judi. Tauke judi ini memang kakanda pilih sebagai orang yang akan mengumpulkan dana untuk kepentingan politik kakanda.

Adinda wajib sedar bahawa bukan George Bush yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim tetapi si Anwar ini banyak kawan dan kenalan di kalangan ahli kongres dan senator. Kawan-kawan Anwar inilah yang sedang membuat dasar 'regime change' terhadap kakanda.

Pada ketika itu kakanda terpaksa melanggan seorang pelobi Yahudi penyokong Israel kerana kakanda amat-amat terdesak hinggakan rambut kakanda gugur.

Adindaku George yang dimuliakan,
Tujuan kakanda menulis surat ini ialah untuk mengulangi sekali lagi permintaan kakanda yang dahulu. Kakanda merasakan bahawa Yayasan Perdana ini dapat bekerja sama dengan Open Society Institute. Seperti yang telah kakanda terangkan dahulu bahawa Yayasan Perdana ini mahu bergerak di medan antarabangsa.

Yayasan Perdana yang kakanda tubuhkan ini bertujuan untuk menjadi satu NGO di mana suara kakanda dapat didengar. Kakanda mahu Yayasan Perdana ini menjadi payung di mana idea, pandangan dan pendapat baru disuarakan. Kakanda melihat Yayasan Perdana ini bukan seperti Yayasan Endon yang hanya berniaga kain batik. Yayasan Perdana ini akan menjadi NGO internasional. Bermain di persada dunia bukan hanya berkain batik.

Ada pun bantuan yang kakanda perlukan ialah OSI dan Yayasan Perdana dapat mengikat kerja sama untuk menjalankan beberapa projek. Kerjasama ini amat penting untuk Yayasan Perdana. OSI sebagai sebuah yayasan yang amat berpengaruh dan telah lama berbakti pasti akan dapat membantu melonjakkan nama Yayasan Perdana dan nama Mahathir Mohamad ke persada dunia.

Kakanda selalu bermimpi dan termimpi-mimpi bahawa satu hari nanti Yayasan Perdana ini akan diiktiraf sama seperti Amnesty International, sama seperti Green Peace - bergerak di media antarabangsa sebagai sebuah NGO dari negara Dunia Ketiga.

Dalam surat ini kakanda tidak malu menuliskan bahawa kakanda pernah termimpi-mimpi datang ke istana raja Sweden untuk menerima Hadiah Nobel bagi pihak Yayasan Perdana.

Adindaku George,
Yayasan Perdana ini mula bergerak cergas apabila kerajaan Abdullah Badawi atas nasihat menantunya telah menutup semua ruang media untuk kakanda. Pada ketika Abdulah menjadi perdana menteri kakanda telah menjadi kucing kurap. Di luar negara kakanda dianggap pembawa penyakit kusta.

Biar kakanda terangkan di sini bagaimana kakanda telah dimalukan. Ini berlaku apabila nama kakanda telah tidak dicalonkan sebagai perwakilan ke persidangan tahunan parti yang kakanda sendiri tubuhkan pada tahun 1988. Bayangkan kad keahlian NO1 ialah kakanda sendiri, manakala NO2 ialah isteri kakanda sendri.

Abdullah Badawi bersama menantunya telah berjaya menghalang kakanda dari dapat hadir ke Perhimpunan Agung United Malays National Organisation. Ketika inilah Perdana Foundation. menjadi sabun Breeze membersihkan muka kakanda.

Adindaku yang disayangi,
Ketika nama kakanda diketepikan kakanda merasa seolah-olah hidup ini tak ada maknanya. Bayangkan kakanda telah menjadi Ketua Bahagian selama hampir 40 tahun. Kakanda telah menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut lebih dari 30 tahun. Dan kakanda adalah perdana menteri selama 22 tahun. Tetapi hendak datang ke persidangan tahunan parti yang kakanda tubuhkan sendiri nama kakanda telah diketepikan.

My dear George,
A pile of shit hits my face.
Kakanda sedar memang ada rancangan jahat dari Amerika untuk menukar kakanda. Kakanda sedar di Amerika dan di Eropah ramai yang cemburu kerana kakanda telah berjaya mengumpul harta kekayaan. Tetapi nama kakanda tidak dapat disamakan dengan si Jebeng Suharto. Tidak dapat disamakan dengan Marcos. Kakanda tidak disiasat oleh pegawai Bank Swiss seperti yang mungkin bakal dihadapi oleh Taib Mahmud. Atau seperti kebodohan Najib Razak yang akan dipanggil oleh mahkamah Perancis.

Kakanda - kita berdua adalah sama serupa. Kita berdua adalah sosok yang amat licik dan licin dalam hal dolar dan dinar. Adinda jaguh dalam hal jual beli dolar seantero alam. Kakanda adalah jaguh dalam hal putar alam.

Adindaku George,
Adinda pernah bertanya bagaimana dengan sensitiviti orang Melayu terhadap dana dari seorang Yahudi seperti George.

Dalam hal ini adinda-ku jangan risau. Memang betul Orang Melayu ini sensitif terhadap dana Yahudi. Tetapi Orang Melayu ini juga bodoh dan senang diputar. Mereka terlupa, selain Nabi Muhammad dan Saleh, nabi-nabi yang wajib diketahui menggunakan nama Yahudi.

Di sini adindaku jangan ketawa apabila kakanda memberi tahu bahawa selama kini orang Melayu ini pun tidak sedar bahawa kakanda ini sebenarnya bukan Orang Melayu. Inilah kebangangan orang Melayu. Mereka kurang arif tidak dapat membezakan sosok India dengan sosok Melayu.

Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan risau tak ketentuan. Semuanya telah kakanda susun. Kakanda telah membuka beberapa buah NGO sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu bahawa Malaysia Peace Foundation itu adalah anak syarikat kakanda. Yayasan George boleh menyalurkan dana kepada Malaysian For Peace.

Adinda George, Projek Naik Kapal ke Gaza yang sedang dirancang ini bertujuan agar NGO baru ini dilihat Islamik. Mundar mandir ke Gaza bertujuan untuk mengaburi mata Orang Melayu. Orang Melayu akan ‘naik stim' jika kita buka kisah Palestin dan Yahudi. Tanpa hujung pangkal Orang Melayu akan hilang akal.

Kalau selama ini kakanda sendiri berjaya menyamar sebagai Melayu, kakanda tidak hairan jika satu masa nanti George boleh umum akan menganut agama Islam. Orang Melayu akan gembira melangit. Malah kes kakanda bekerja sama dengan Abramoff itu pun mati begitu sahaja walau pun ada ‘puak-puak' yang cuba membuat bising. Kakanda berjaya memutar berita mengatakan bahawa kakanda tidak tahu menahu siapa itu Abramoff.

Adindaku,
Ingin kakanda akhiri surat ini dengan pertanyaan sudahkah surat dari Malaysia Aids Council sampai ke meja adinda?
Quote batmana 11-10-2012 09:20 AM
najib ejen soros...
Quote kenarikelabu 11-10-2012 09:42 AM
poning aku baca
Quote slippergombak 11-10-2012 10:53 AM
PM Najib bertemu Soros di New York
  • Steven Gan
  • 8:48AM Okt 11 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan secara rahsia itu -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebatdengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO anti-kerajaan.

Sejak beberapa minggu lalu, sekumpulan blogger pro-kerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia,mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamadturut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

Bulan lepas,Malaysiakinimendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ianya tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia,  terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."


Quote budaktua 11-10-2012 11:02 AM
isu soros ni patut nya dah ditiadakan...

dua2 pihak terlibat..
cuma skrg isu yg cuba ditimbulkan ialah..bontot siapa kah yg lebih hitam..? bontot kuali atau bontot cerek..?
Quote underground 11-10-2012 11:17 AM
tangan mana lagi sejuk dan gebu?

tangan soros atau tangan saipul?

Quote slippergombak 11-10-2012 11:18 AM

Quote cmf_kunyit 11-10-2012 11:33 AM
ala..itu gamba fotosop la...yg sebenarnya anwart ejen yahudi dan amarika...
Quote hzln 11-10-2012 11:48 AM
petola posted on 11-10-2012 08:53 AM
laaa... najib pun jumpa pakcik soros?
apa yg dia mintak ya?

Kakanda mahu Yayasan Perdana ini menjadi payung di mana idea, pandangan dan pendapat baru disuarakan. Kakanda melihat Yayasan Perdana ini bukan seperti Yayasan Endon yang hanya berniaga kain batik.


Quote Jejaka88 23-12-2013 12:12 PM
apakah ada benda yg menaikkan negara atau menjatuh kan negara

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050279 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top