CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Hubungi Polis Terjumpa ‘Jari Kaki Manusia’ Tertanam, Ternyata Rupanya Hanyalah Kentang

9-1-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2943| Komen: 11

Description: Siapa tak cuak kalau sedang bersiar-siar dengan gembira dan secara kebetulan terlihat anggota badan manusia yang seakan terpisah dari tubuh di depan mata sendiri?



Siapa tak cuak kalau sedang bersiar-siar dengan gembira dan secara kebetulan terlihat anggota badan manusia yang seakan terpisah dari tubuh di depan mata sendiri?

Itulah yang terjadi pada seorang wanita bernama Katie Wilkinsn berusia 26 tahun dari daerah Winlaton, Gateshead yang menemukan sesuatu seakan ‘jari kaki manusia’ di atas tanah berlumpur ketika dia sedang bersiar bersama anjing peliharaannya.

Katie dikatakan melalui jalan berbeza dan memerhatikan lumpur yang dilalui supaya tidak tergelincir sebelum menemui ‘jari kaki’ manusia. Dia memutuskan untuk melihat lebih dekat dan mengambil gambar untuk menunjukkan pada orang lain dan meyakinkan mereka dengan apa yang dilihatnya itu.

Semua orang yang telah melihat gambar itu bersetuju bahawa gambar yang diambil Katie itu adalah sesuatu benda yang misteri . Katie yang ketakutan terus menelefon pihak polis untuk melaporkan perkara itu.


Dalam beberapa minit, pihak polis tiba di hadapan rumahnya, Katie membawa polis ke lokasi di mana dia menemukan ‘jari kaki’ dan pihak polis mula melakukan siasatan. 

Seorang detektif bersetuju bahawa ianya terlihat seperti jari kaki, tetapi setelah berjam-jam mencari dan tidak ada hasil, 2 anjing pengesan juga dibawa masuk untuk membantu siasatan, dan mereka segera mengetahui bahawa itu sama sekali bukan bahagian tubuh manusia tetapi itu hanyalah kentang.



“Saya betul-betul minta maaf, saya sangat menyesal kerana membuang masa mereka. Saya berasa sangat buruk. Mereka meyakinkan saya bahawa saya telah membuat perkara yang betul.”

Menyesal selepas menyedari perkara sebenar, wanita itu meminta maaf kerana telah membuang masa anggota polis. Walau bagaimanapun, polis terus menyakinkan wanita itu bahawa dia melakukan perkara yang betul.

“Kami berpuas hati bahawa laporan itu dibuat dengan baik yang akan selalu mendorong orang yang melihat sesuatu yang mencurigakan untuk melaporkannya”.



Sumber :  Mirror/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 9-1-2021 12:41 PM

tapi tengak memang macam jari pun
Quote Scheherazade 9-1-2021 12:58 PM
Okla sbb dia bkn saja2 buat report. Dia dah buat due diligence sblm dia report tu.
Quote Belibis 9-1-2021 02:22 PM
Patut masuk bod lawak ni..
Quote Levespa 9-1-2021 03:11 PM
[quote]Levespa: Wow mcm ni pun jadi berita ke.. kuis2 la dengan kayu dulu sebelum nak kecoh..
Quote Supersirap 9-1-2021 03:18 PM
Nasib baik tumbuh-tumbuhan, kalau betul dah jadi crime scene
Quote zarulnazmi 10-1-2021 09:11 AM
Levespa replied at 9-1-2021 03:11 PM
[quote]Levespa: Wow mcm ni pun jadi berita ke.. kuis2 la dengan kayu dulu sebelum nak kecoh..

Dia tak boleh buat macam tu. Kalau betul-betul mayat nanti apa-apa kesan yang tertinggal akan dikira sebagai bukti. Tak pasal-pasal yang report kena tahan.

Quote zarulnazmi 10-1-2021 09:12 AM
Plot twist dia nanti ada orang tanam mayat betul-betul kat situ. Kalau ada jari yang terkeluar orang lain akan sangka kentang.
Quote najib888 11-1-2021 10:42 AM
Nasib baik dia tak jumpa cendawan shiitake.. mesti dia ingat ada org jantan mati kena tanam dalam selut
Quote najib888 11-1-2021 10:44 AM
zarulnazmi replied at 10-1-2021 09:11 AM
Dia tak boleh buat macam tu. Kalau betul-betul mayat nanti apa-apa kesan yang tertinggal akan diki ...

Apa masalah kena tahan kalau dapat membantu siasatan? Bukannya prime suspect pun kan
Quote Artemesiaa 11-1-2021 04:01 PM
Cepat sangat fobia tak hairan kalau itu tindakannya
Quote nanies 12-1-2021 03:35 PM
hahahha ini lawak. tp mmg mcm ibu jari pun rupa dia

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057248 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top