CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Pejabat KWSP Miri Dilempar Bom Petrol

9-1-2021 01:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5641| Komen: 33

Keadaan bangunan KWSP Miri yang terbakar akibat dilontar bom petrol oleh seorang lelaki. FOTO NSTP/ERIKA GEORGE




MIRI: Kira-kira 30 pelanggan sedang beratur di luar bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Melayu di sini gempar selepas bangunan itu dilempar bom petrol (molotov cocktail) oleh individu tidak dikenali pada jam 3 petang tadi.

Difahamkan ketika kejadian, beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berada di luar bangunan bagi menjaga keselamatan orang awam yang berurusan dengan KWSP.

Seorang saksi kejadian yang enggan namanya didedahkan berkata, beliau melihat seorang lelaki bertatu meletakkan motosikal beberapa meter dari bangunan KWSP sebelum melontar bom berkenaan ke arah tingkat satu bangunan.

"Kejadian berlaku dengan pantas. Usaha orang awam mengepung suspek gagal kerana suspek memecut laju motosikal selepas itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan menerima makluman berhubung kejadian.

"Polis sedang mengumpulkan maklumat serta menjalankan siasatan terperinci insiden itu yang mengancam keselamatan awam," katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, KWSP mengesahkan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Jabatan Hal Ehwal Korporatnya berkata, KWSP memandang serius insiden itu yang bukan saja satu jenayah, malah membahayakan pengunjung ke cawangan dan juga anggota.

"KWSP ingin menegaskan keganasan bukan jalan penyelesaian bagi apa juga perkara. Tindakan seumpama ini bukan sebahagian daripada nilai dan budaya kita," katanya dalam satu kenyataan.




Sumber : Berita Harian

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 9-1-2021 01:44 AM
Marah sb iSinar prob ke..
Quote CiliPadiSedap 9-1-2021 01:45 AM
tulah rakyat tengah susah xfaham bahasa politician . buatlah PRU rakyat akan boikot dan swing undi.
Quote kakikuDibibirmu 9-1-2021 01:50 AM
[youtube]CFWX0hWCbng[/youtube]
Quote Mopiko 9-1-2021 01:56 AM
rakyat betul2 stress terdesak sampai tahap macam ni protest. harap2 ceo kwsp dan kerajaan benarkan keluar tanpa syarat bagi siapa yang sangat memerlukan. ini dah kira emergency..bagi muka la dan kesianilah rakyat yg undi korang juga dulu sampai korang ada kuasa kat atas sekarang ni
Quote dudaberhias 9-1-2021 01:59 AM
kesian... awat la sampai gitu sekali....
keluaran haritu tak cukup kot... lain kali bagi la keluar lebih sikit...
lepas bayar itu ini dengan hutang upline kek mamasabariah... balance cukup2 beli botol petrol je... taktau nak buat apa.. lempar je kat situ...
Quote Itzy 9-1-2021 03:15 AM
Betul2 kes serius ni. Abis la kalau jadi ikutan orang lain
Quote jojie 9-1-2021 03:38 AM
Hopefully jgn jadi ikutan yg lain..
Quote KIM.K 9-1-2021 04:18 AM
dudaberhias replied at 9-1-2021 01:59 AM
kesian... awat la sampai gitu sekali....
keluaran haritu tak cukup kot... lain kali bagi la keluar ...

Naratif terbaik di subuh weekend
Quote jahcomel 9-1-2021 09:00 AM
Kt siakapkeli ade org viral kuarkn duit I sinar beli gelang emas utk mak...netizen ckp rakyat xde lh susah sgt pn, leh mnunjuk lg...
Quote little_sis 9-1-2021 09:03 AM
Rasa isinar dia x lulus kot.. mesti stress jdnya..
Quote Ninjanunu 9-1-2021 09:18 AM
Bahaya nya nasib baik xde kena org yg lalu
Quote sambaldurian 9-1-2021 09:22 AM
ntah cukup ke x cukup kwsp dia tu. klu tgk gaya sampai baran nk cmpak bom petrol, ntah2 keje 2 bln berhenti. ntah2 adalah 2-3 kali deposit epf tu, x sampai 10k. bkn ape klu org lama bekerja xde nk buat khianat kt org , buat nye bom petrol tu terkena org awam, naya.
Quote dizekni 9-1-2021 09:42 AM
Jangan buat main dengan kesusahan dihadapi rakyat

Kalo BN masih berkuasa, tak gini banyak songehnya Kwsp
Quote renko 9-1-2021 09:46 AM
mentaliti sakai
kau nk buat pun
jgn la time ramai org
xpasal2 orang xde kaitan jadi mangsa
sakai ni elok bunuh je
kurang sikit golongan xde guna ni
Quote Suchi 9-1-2021 09:53 AM
jahcomel replied at 9-1-2021 09:00 AM
Kt siakapkeli ade org viral kuarkn duit I sinar beli gelang emas utk mak...netizen ckp rakyat xde lh ...

Ramai komen kecam kata tak salah nak beli tp toksah la menunjuk.
Iols tgk anak2 tu pun cam org senang je gelang dia sendiri kt tgn kemain besor. Kalau betul terkesan dan terdesak jual la dulu emas kat tgn tu.
Mak dia pun penuh cincin di jari.
Gamaknya ada bisnes sendiri kot memasing so dah lama tak mencarum bleh la kuarkn i-sinar.
Quote me12345 9-1-2021 09:54 AM
Masuk penjara apa2 pun tak dspat...dapat title banduan..pikir lah
Quote Artemesiaa 9-1-2021 12:00 PM
Pemohonan tak lulus kot tu tapi buat macam tu sendiri juga yang tambah susah nanti
Quote jahcomel 9-1-2021 12:02 PM
sambaldurian replied at 9-1-2021 09:22 AM
ntah cukup ke x cukup kwsp dia tu. klu tgk gaya sampai baran nk cmpak bom petrol, ntah2 keje 2 bln b ...

Kalu duit dia xcukup kt dlm KWSP pn tetap dia marah kt gomen nape jd xcukup...hahahaaaa
Quote Scheherazade 9-1-2021 12:04 PM
Mgkn kecewa & menghrpkn duit iSinar tu kot. Tindkn yg slh & merbahaya tp mgkn si pelaku dah xleh rasionalise

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061727 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top