CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Limpahan Air Empangan Tasik Kenyir, Orang Ramai Jangan Panik - TNB

8-1-2021 01:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4248| Komen: 20



PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai agar tidak panik berikutan pengeluaran air melalui alur limpah Empangan Tasik Kenyir kerana ia adalah proses operasi biasa sesebuah empangan.

Menurut Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn. Bhd., Datuk Nor Azman Mufti, apabila air empangan di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud itu melepasi paras 145 meter, ia akan melimpah melalui alur limpah tidak berpintu.

Katanya, limpahan tersebut tiada kaitan dengan pembukaan pintu empangan kerana tiada pintu di empangan tersebut.

“Empangan tersebut mampu menampung air tasik umpama tangki takungan yang sangat besar dan berfungsi sebagai tebatan banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Nor Azman berkata, air Empangan Kenyir yang keluar melalui alur limpah tidak berpintu itu bukanlah pertama kali berlaku, malah ia adalah kali ke-11 sejak Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud beroperasi pada 1985.

Jelas beliau, faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah air empangan adalah taburan hujan luar biasa tinggi, berjumlah 400 milimeter (mm) sejak 12 jam lalu.

“Kesemua empat unit penjanaan di stesen jana elektrik itu beroperasi pada kapasiti penuh 400MW bagi memastikan paras air tasik dan integriti empangan dalam keadaan terkawal,” katanya.

Tasik Kenyir yang berkeluasan 370 kilometer persegi mula dibina pada 1978. Kawasan tadahannya berkeluasan 1,260 kilometer persegi merangkumi tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. 




Sumber – UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 8-1-2021 02:47 AM
seram pulak tengok air banyak macam tu. kukuh ke benteng tu tahan beribu liter air
Quote Perawankota 8-1-2021 04:14 AM
Takut tgk
Quote ultra78 8-1-2021 07:02 AM
Saban tahun org duk sebar kisah pintu empangan dibuka sedangkan ia tiada pintu.

Hentikanlah duk sebar berita-berita palsu. Dapat whatsapp message aje terus forward
Quote domestobot 8-1-2021 07:34 AM
ultra78 replied at 8-1-2021 07:02 AM
Saban tahun org duk sebar kisah pintu empangan dibuka sedangkan ia tiada pintu.

Hentikanlah  ...

yang jenis sebar2 forwarded message camtu mesti ingat pintu empangan tu macam pintu rumah, kena buka pakai kunci dan mangga. nak buka kena tarik daun pintu ramalan Baba Yaga ada tak kali ni untuk empangan Kenyir? tau2 jelah kalau ada musibah sikit ada jelah ramalan dari nenek tua somewhere.
Quote gigahertz 8-1-2021 08:25 AM
Perawankota replied at 7-1-2021 08:14 PM
Takut tgk

Kalau hari2 hujan berterusan mau pecah empangan tu
Quote Ninjanunu 8-1-2021 11:35 AM
Kalau panik pun boleh buat apa?
Quote Perawankota 8-1-2021 06:23 PM
gigahertz replied at 8-1-2021 08:25 AM
Kalau hari2 hujan berterusan mau pecah empangan tu

Itulah.. Dorg confident je cakap x der apa2
Quote RatuDunia94 9-1-2021 12:52 AM
Dab boleh standby sesiap kamera dr pelbagai angle.. boleh masuk rancangan second to disaster
Quote clarizsa 9-1-2021 12:57 AM
Benda biasa tiap tahun
Siapa tu yg nak panik tak tentu pasal
Quote clarizsa 9-1-2021 12:57 AM
gigahertz replied at 8-1-2021 08:25 AM
Kalau hari2 hujan berterusan mau pecah empangan tu

Masa banjir besar dulu pun tak pecah pun
Quote clarizsa 9-1-2021 12:58 AM
Perawankota replied at 8-1-2021 06:23 PM
Itulah.. Dorg confident je cakap x der apa2

Memang xde apa2 pun
Kalau pecah pun , sungai yg ada cukup besar utk tampung
Quote ina_na 9-1-2021 12:59 AM
Rsnye ade bc dl.. Kalo hujan x berhenti2.. Air melimpah mmg empangan akan dibuka.. Mcm kat Thai pun x silap ade bc dia org bt mcm tu.. Ni kalo aku x salah faham la..
Quote dudaberhias 9-1-2021 01:08 AM
domestobot replied at 8-1-2021 07:34 AM
yang jenis sebar2 forwarded message camtu mesti ingat pintu empangan tu macam pintu rumah, kena bu ...

choiii tergelak iolsss
tu la... deorang mesti terbayangkan pintu empangan ala2 pintu masuk shopping mall... lalu je bukak sendiri
lepasni terbukak... ada la keluar citerr baba yanga meramalkan pintu tersebut terbukak selepas satu makhluk besar rupa elok sikit dari tapai basi lalu kat situ...
Quote dudaberhias 9-1-2021 01:09 AM
rocksteady replied at 8-1-2021 02:47 AM
seram pulak tengok air banyak macam tu. kukuh ke benteng tu tahan beribu liter air

kukuh ke tak kukuh kena tawakal je kaka.. banyak dah kes empangan pecah.. di malaysia pun pernah jadi dah pun
Quote gigahertz 9-1-2021 03:02 AM
clarizsa replied at 8-1-2021 04:57 PM
Masa banjir besar dulu pun tak pecah pun

kalau hujan berterusan sampai syawal nanti kita tengok berapa lama empangan tu boleh tahan.
Seingat i biasanya kalau kes banjir ni hujung tahun sahaja.
biasa la kawasan sebelah sana. tapi tahun 2020 ni lain benor
awal tahun dok hidang cerita banjir. bukan 1-2 negeri.

Quote najib888 9-1-2021 01:14 PM
gigahertz replied at 8-1-2021 08:25 AM
Kalau hari2 hujan berterusan mau pecah empangan tu

Rasanya tak. Sebab tu ada alur limpah. Lebihan air akan keluar bila dah capai paras yg maksimum. Mesti depa dah kira kapasiti dan tekanan yg boleh ditampung oleh empangan.
Quote najib888 9-1-2021 01:18 PM
ina_na replied at 9-1-2021 12:59 AM
Rsnye ade bc dl.. Kalo hujan x berhenti2.. Air melimpah mmg empangan akan dibuka.. Mcm kat Thai pun  ...

Ada yg punyai pintu air.. ada yg tiada.. ikut kepada design dan kegunaan empangan tu. Yg mcm dlm artikel ni, tak ada pintu. Cuma ada alur limpah..
Quote mejaputih 9-1-2021 02:53 PM
Iols dulu p3nah dgr..kalau empangan kenyir ni pecah abis satu trg banjir ...menunjukkan betapa besarnya empangan ni
Quote CikYaYaYa 10-1-2021 02:15 AM
Kalau pecah empangan kenyir ni habiss laa Tganu.. Kuala Berang laa first tempt yg akan kena dlu sbb kuala berang bwh tasik kenyir xsilap.. Mintk jauhlaa.. Moga Allah lindungi kita semua

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.042417 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top