CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar! Butiran Emas Tiba-Tiba ‘Muncul’ Di Sungai, Penduduk Berpusu-Pusu Turun Mendulang

8-1-2021 01:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6968| Komen: 30



Penduduk setempat di Sungai Alas, Aceh Tenggara, gempar dengan penemuan butiran emas yang tiba-tiba muncul di sungai tersebut.

Menerusi laporan media tempatan, Tribun News, orang ramai yang teruja berpusu-pusu bersama keluarga datang dengan membawa kuali dan dulang untuk mencari emas di sungai berkenaan dengan cara tradisional.

Hasil pencarian, mereka boleh memperolehi keuntungan kira-kira satu juta rupiah (RM288), nilai yang dianggap lumayan di tengah-tengah kesulitan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Menurut seorang penduduk di Lawe Penanggalan, Junada, berita mengenai butiran emas itu telah tersebar sejak minggu lalu.

Dia yang turut terlibat dalam pencarian emas, telah mendulang selama empat hari tetapi hasil yang diperolehi sudah cukup bagi menambah pendapatan.


“Selama empat hari ini kita boleh mendapatkan Rp 4 juta (RM1,152)” kata Junada.

Sementara itu, penduduk lain ada yang mendapat jumlah yang kurang daripada itu,bergantung kepada jumlah butir emas yang berjaya ditemui.

“Kami menjual bijih emas kepada pembuat emas di Pasar Pagi Kuta Cane,” tambah penduduk.

Anggota Suruhanjaya DPRA II, Yahdi Hasan, mengesahkan perkara itu kerana kawasan tersebut memang berpotensi memiliki kandungan emas.

Saat ini ada ratusan orang yang berpusu-pusu mencari emas di Sungai Alas, Desa Lawe Penanggalan.

”Daerah desa Lawe Penanggalan, memang memiliki kandungan emas yang berpotensi,” katanya.

Tetapi untuk memastikannya lagi, pihaknya perlu melakukan kajian atau penyelidikan dengan kerjasama Perkhidmatan Tenaga dan Sumber Mineral Aceh (ESDM).

Tambah beliau, orang ramai dibenarkan mendulang emas di kawasan berkenaan tetapi pihak berwajib harus melakukan pemantauan supaya kegiatan mencari emas tidak menjejaskan alam sekitar.



Sumber : Tribun News/SiakapKeli

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 8-1-2021 01:40 AM
Sungai Furat Tigris Euphrates dah tembus Aceh
Quote wnwa05 8-1-2021 01:46 AM
dorang tak pakai mask pun.
Quote mbhcsf 8-1-2021 01:47 AM
wow gold rush

baguslah


Quote Perawankota 8-1-2021 04:14 AM
Apakah maksudnya
Quote Tinot7 8-1-2021 05:53 AM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote gigahertz 8-1-2021 07:16 AM
Perawankota replied at 7-1-2021 08:14 PM
Apakah maksudnya

Bumi dah mengeluarkan apa yang ada di dalam perut. This is begginig of the end
Quote TravellingBear 8-1-2021 08:38 AM
Edited by TravellingBear at 8-1-2021 08:40 AM

Dulu kat mersing dan ganu pon ada macam ni.


now... bumi tanah melayu dah tak stabil. ada negeri akan banjir/tanah runtuh etc setiap tahun. bertukar ganti

ehh @blastoff , ayat pertama & kedua tkde kaitan. sbb aku bukan geologist ke apa saja2 tulis. nak tanya. ada kaitan ke tak
Quote mejaputih 8-1-2021 08:51 AM
mcm something is wrong will be happening...beware
Quote zehra2 8-1-2021 08:55 AM
nk jd tsunami lg ke. isi perut bumi dah keluar
Quote naina 8-1-2021 08:57 AM
Klu jadi kt malaysia agak2 kerajaan claim harta negara tak?
Quote rospinki 8-1-2021 08:59 AM
insyaallah takde apa2..fisrt instinct aku cuma rezeki bgitu saja.




Quote jazaa100 8-1-2021 09:05 AM
harap indon sini pi balik sana kutip emas.....

jgn dok menyemak kat sini lagi.....
Quote jalfa 8-1-2021 09:10 AM
Rejeki pak di tengah tengah pandemic...mohon sungai di selangor juga keluarkan isi...kalo kat ganu n klatan lepas banjir sungai keluarkan etak etak
Quote Ninjanunu 8-1-2021 11:37 AM
Ada la tu plat bergerak di dasar lautan. Dulu mentarang xde di sabak bernam. Lps tsunami baru ada.
Quote zuuu 8-1-2021 12:55 PM
gigahertz replied at 8-1-2021 07:16 AM
Bumi dah mengeluarkan apa yang ada di dalam perut. This is begginig of the end

Semacam mengiyakan teori konspirasi la pulak...dengan kes vaksin covid yg hangar dibincangkan,dengan bencana alam yg melanda
Quote dudaberhias 8-1-2021 12:58 PM
dah macam dekat utara dah orang mendulang emas... btw orang2 aceh tu orang2 melayu kita jugak... iols pun baru tau beberapa tahun lepas negara je lain2... patut la bahasa sana sama je macam bahasa melayu sini...
Quote mehmet 8-1-2021 03:04 PM
jazaa100 replied at 8-1-2021 09:05 AM
harap indon sini pi balik sana kutip emas.....

jgn dok menyemak kat sini lagi.....

Ya. Berambus lah Bawa sekalj Hantu Syaitan.

Boss baru kereta betrlagak pula Bibik nya. Aku Rasa Macam Bibik Itu sengaja sabotage Rumah boss nya repair itu ini nak bagi saudara dia datang Rumah Baiki.

Manalah polis Tak ronda2 ini.
Quote ikanmasin 8-1-2021 03:36 PM
rezeki terpijak lah ni utk diaorg..
Quote c===8 8-1-2021 04:34 PM
tu rezeki Allah bagi kat penduduk sana

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.239380 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top