PETALING JAYA – Tindakan jujur seorang lelaki yang memulangkan wang sebuah keluarga yang tercicir di tepi jalan mendapat pujian netizen. Seorang pengguna Facebook dengan nama Karya Azman berkongsikan pengalamannya berjumpa dengan ‘rezeki terpijak’ dalam bentuk wang tunai yang diletakkan dalam sebuah beg plastik. Ujarnya, kejadian berlaku ketika dia selesai mengisi minyak motor sebelum hendak masuk ke ladang.
“Walaupun duit kertas,terasa beratnya. Aku yakin, banyak ribu duit dalam plastik ni. “Hujan turun makin lebat, mahu atau tidak, aku tetap menunggu tepi jalan ini menanti jika ada orang singgah bertanyakan hal kehilangan duit,” tulisnya di laman Facebook. Katanya, dia menunggu selama lebih setengah jam sebelum melihat sebuah kereta Avanza berwarna merah berhenti di sekitar tempat dia menunggu. Dia kemudian menegur seorang lelaki berusia yang datang mencari wang tersebut. Azman memulangkan wang itu kepada lelaki tersebut setelah bertegur sapa dan mendapatkan kepastian daripada lelaki itu. Dia kemudian memberitahu, wang dalam plastik itu berjumlah kira-kira RM5,000. Pemilik itu kemudian memberikannya sebanyak RM150 sebagai menghargai kejujurannya. “Aku memang tiada hati hendak ambil, sebabnya aku takut bila ambil, saham akhirat aku berkurangan. Rasa macam pertolongan berbayar pula. “Setelah didesak banyak kali, aku pun ambil juga, tak ambil semua yang dia bagi, ambil beberapa keping sahaja sebagai tanda tidak menolak pemberian orang,” katanya. Sehingga pukul 7.15 petang tadi, hantaran itu mendapat 1,200 tanda suka dan 500 perkongsian. Sumber – K! ONLINE |
lattehazelnut replied at 8-1-2021 03:20 AM
Aku memang tiada hati hendak ambil, sebabnya aku takut bila ambil, saham akhirat aku berkurangan. Ra ...
ADVERTISEMENT