CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Kesihatan Rayu Campur Tangan Agong Henti PRU15, Barisan Hadapan Tertekan

7-1-2021 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7248| Komen: 54

Description: KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan berharap terdapat campur tangan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengelakkan Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku d ...
Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak COVID-19 yang berada pada tahap genting ketika ini. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Pakar kesihatan berharap terdapat campur tangan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengelakkan Pilihan Raya Umum (PRU) berlaku dalam waktu terdekat.

Ini susulan suhu politik tanah air semakin panas dengan terdapat gesaan beberapa pihak yang mahu mengadakan PRU dalam masa terdekat.

Menurut Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, Al-Sultan Abdullah boleh menasihati ahli politik dan kerajaan supaya mengimbangi antara kepentingan PRU dan kemaslahatan umum.

"Kita bukan menentang PRU, tapi bukan sekaranglah. Kita harapkan sekiranya perlu campur tangan Baginda Agong atau Majlis Raja-Raja Melayu.

“Pertamanya memberi nasihat kepada ahli politik dan kerajaan supaya mengimbangi kepentingan antara mengadakan PRU dan kemaslahatan umum,” katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.

Sementara itu, pandangan sama turut dikongsi Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman yang merayu agar pemimpin politik tidak mengemukakan cadangan mengadakan PRU dalam masa terdekat.

“Sebaliknya menumpukan kepada memperkasakan komuniti masing-masing di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) agar memastikan setiap individu melaksanakan pencegahan dan kawalan bagi memabntu barisan hadapan turunkan kes-kes sedia ada,” ujarnya.

Pada Rabu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah memberi peringatan mengenai keadaan wabak COVID-19 yang berada pada ‘tahap genting’ ketika ini.

Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi pada Rabu iaitu 2,593 kes menjadikan jumlah kumuluatif sebanyak 125,438 kes.




Sumber : Astroawani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 7-1-2021 05:37 PM
Diorg peduli ape. Kalau kes makin byk, rakyat yg salah. Mna ada sebut langsung pasal golongan vvip.
Quote husie91 7-1-2021 05:40 PM
SETUJU{:good
Quote ainashiqa 7-1-2021 06:01 PM
Tolongla ahli politik yg bodoh.. Kesian la kt rakyat oii
Quote Boomibulat 7-1-2021 06:02 PM
Rakyat boleh main peranan..jgn pgi mengundi
Quote axl_bach 7-1-2021 06:07 PM
Datuk Dr Zainal Ariffin ni lah kan yg dulu x setuju PKP dilaksanakan....
Quote highcastle 7-1-2021 06:10 PM
Nampak kan? Orang politik apa ada kesah.. Contoh paling jelas masa PRN Sabah......... Yang penting kuasa, supaya dpt lepas kes..........
Quote snowflakes 7-1-2021 06:15 PM
Kesian kat geng kkm
Quote CiliPadiSedap 7-1-2021 06:30 PM
abah dh mula gerak buah catur.  
Quote paiayam 7-1-2021 06:34 PM
Selfish nyelahhhhhh. Sekarang dengan covid hari2 ribu2, katil tak cukup, frontliners tak rehat tak cuti, banjir lg..bala betoi politicians ni semua
Quote gekkou 7-1-2021 06:53 PM
masalah  nya golonga vvip ni panjang umur betul
kebal covid-19

Quote Itzy 7-1-2021 06:58 PM
Padan muka rakyat malaysia. Hari tu geng2 ph yang tak nak sangat diisytiharkan darurat. Sekarang kes makin teruk sebab berebut kuasa. Sudah2 la. Terima saja hakikat kerajaan pintu belakang dah menang. Korang boleh cuba lagi nanti. Bukannya takde masa dah. Banyak masa boleh cuba.
Quote Orix 7-1-2021 07:06 PM
Itzy replied at 7-1-2021 06:58 PM
Padan muka rakyat malaysia. Hari tu geng2 ph yang tak nak sangat diisytiharkan darurat. Sekarang kes ...

kahkahkah! delusional nya kau dekk persis ahli politik umno dan abahcow... covid xkan mencanak kalau sabah x buat PRU... kalau abahcow tu berakal tak adanya muntri2 abahcow double standard langgar SOP n dia pun gigih berkempen di sabah waktu tu.... abahcow nak darurat selepas PRU sabah... sbb nak kekal berkuasa dekkk....
Quote Miss.H 7-1-2021 07:13 PM
Ahli politik duit banyak apa dieorang kisah. Yang mati kebulur rakyat marhaen je
Quote Belibis 7-1-2021 07:20 PM
gekkou: masalah  nya golonga vvip ni panjang umur betulkebal covid-19

Bukan ke lepas prn sabah,ramai politician yang positif kobid? Pastu takde update,sembuh atau dah arwah.
Quote missus_meow 7-1-2021 07:25 PM
nk ke dgr nasihat ...
Quote AbukRokok 7-1-2021 07:26 PM
Miss.H replied at 7-1-2021 07:13 PM
Ahli politik duit banyak apa dieorang kisah. Yang mati kebulur rakyat marhaen je

bukan politican je..juga sebahagian rakyat yg xterkesan klu pkp sebulan sambil merengek minta pkp pkp pkp
Quote AbukRokok 7-1-2021 07:27 PM
negara ada jalan  yg lain
tapi ikut juga yang lain masuk lubang
Quote fedexwood 7-1-2021 08:06 PM
Orix replied at 7-1-2021 07:06 PM
kahkahkah! delusional nya kau dekk persis ahli politik umno dan abahcow... covid xkan mencanak kal ...

Nape ko ni komen sentiasa over? Relaks suda...
Quote Orix 7-1-2021 08:07 PM
fedexwood replied at 7-1-2021 08:06 PM
Nape ko ni komen sentiasa over? Relaks suda...

MN ke dek ? Over ka bitter truth gituh ?

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 02:01 AM GMT+8 , Processed in 0.129708 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top