CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sebak! Dayah Bakar Ke Australia Bawa Anak Jumpa Suami Buat Pertama Kali Sejak Dilahirkan

7-1-2021 01:21 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 20839| Komen: 78




Hati mana tak rindu dan sedih bila terpaksa berjauhan dengan suami dek kerana tuntutan kerja.

Lebih memilukan apabila terpaksa berjauhan ketika awal kehamilan anak pertama sehingga anak telah lahir pun tetapi suami masih tiada disisi. Itulah yang dialami oleh personaliti TV yang juga pengacara Borak Kopitiam TV3 iaitu Dayah Bakar atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar apabila terpaksa berpisah dengan suaminya, Kapten Hanif Hamidi yang ditugaskan berkhidmat di Australia.


Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram milik Dayahlova, Dayah bersama anak lelakinya, Achbar Muhammad Fahri telah berlepas ke Australia untuk menetap disana bersama suaminya.


Jadi ini merupakan kali pertama buat suaminya menatap wajah cahaya mata mereka selepas mereka  langsung tidak berjumpa sejak Dayah mula hamil sehingga anaknya itu sudah berusia empat bulan.


Terdahulu, Dayah dan Kapten Hanif telah melansungkan perkahwinan pada 2018 dan dikurniakan anak pertama mereka beberapa bulan lepas.


Gembira sangat melihat mereka bertemu kembali setelah sekian lama berjauhan. Hanya yang berjauhan dengan pasangan saja faham bagaimana perasaannya dan bertapa terubatnya kerinduan yang membuak-buak bila dapat bertemu kembali dengan orang tersayang. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sikatkutu 7-1-2021 01:33 PM
dayah ni jenis petah bercakap..suka tengok video2 dia dan husby kat Ig
Quote mohabbatein 7-1-2021 02:00 PM
aik dah boleh fly keluar negara ya sekarang ni
Quote bendera 7-1-2021 03:04 PM
penantian sememangnya satu penyeksaan, lama ooo tinggal,akhirnya family reunite again.
Quote pxlbb 7-1-2021 03:05 PM
mohabbatein: aik dah boleh fly keluar negara ya sekarang ni


Kena check chuols golongan miskin tegar ke kayangan untoucheable termasuk mereka yg instafemes. Kalau geng2 berduit dan femes ni jgn risau yach {:hero
Quote lifeline 7-1-2021 03:06 PM
x minat dan x pernah suka kt dayah ni sbb try hard sgt

tp tppp bab ni aku kesian la

lamaa ooo x jumpa laki dah la pregnant
sampai dh beranak la anak dah berbulan bru dpt jumpa
sedih nooooooooooooooo
Quote hyunniesSS501 7-1-2021 03:14 PM
pxlbb replied at 7-1-2021 03:05 PM
Kena check chuols golongan miskin tegar ke kayangan untoucheable termasuk mereka yg instafemes.  ...



ahahaha baru nak tanya jgak
Quote doubleA 7-1-2021 03:15 PM
Bagus la reunite balik dengan suami. Sedih juga tengok masa hanif azankan anak dengan video call. Tak tertanggung rindu.
Quote Suchi 7-1-2021 03:17 PM
So dah selamat sampai ke? Gitula kalau kawen ngn asekor weh kawan iols laki dia baru balik dr Lubnan, setahun duk sana.
Udah balik lepas kuarantin baru dapat jumpa bini, pastu berkepit la dedua tak lepas hihihi
Quote diss69 7-1-2021 03:18 PM
Sebak jugak nengok dia bersalam peluk cium dngn mak ayhnya..
Quote EvieWanKenobi 7-1-2021 03:26 PM
kenapa husband dia bertugas sampai ke Australia?
Quote imanjannah 7-1-2021 03:34 PM
tak kenal langsung si dayah bakar ni, tapi masa dia kahwin tiba2 suami iols ajak pegi, rupanya abg nya si dayah kwan suami iols.. hihi, semoga dpermudahkan untuk dayah, faham sgt perasaan pjj ngn suami ni.. huhu
Quote sonatalady 7-1-2021 03:37 PM
dia tinggal sekali.kan kat sana.ada dia inform dlm ig ke dalam tv.selama setahun kot.
Dia tgh kuarantin skg...dh sampai.
X lah minat dia..tp yelah...org berjauhan dgn suami.masing2 ada dugaan tersendiri.
Bercuti suka2 gomen memang x bg kot...kecuali reason munasabah.
Quote Olleo 7-1-2021 03:51 PM
pxlbb replied at 7-1-2021 03:05 PM
Kena check chuols golongan miskin tegar ke kayangan untoucheable termasuk mereka yg instafemes.  ...

Aku rasa reason dia PJJ, itu yg lepas.Bukan sbb kayangan ke tidak ni.

Sbb masa pkp tuari pun lepas je utk family yg PJJ ni jumpa anak isteri/suami kan.
Xkisah kayangan or marhaen.
Quote royaldanish 7-1-2021 03:55 PM
EvieWanKenobi replied at 7-1-2021 07:26 AM
kenapa husband dia bertugas sampai ke Australia?

askar2 memang ada ditugaska ke overseas cuols...
kawan iols dari sejak dari baby sampai nak masuk darjah satu duduk amerika.. bapa sheols askar
Quote Joysparta 7-1-2021 03:58 PM
Sejenis eyra hazali..
Quote mamajawie 7-1-2021 04:00 PM
mohabbatein replied at 7-1-2021 02:00 PM
aik dah boleh fly keluar negara ya sekarang ni

dia geng kayangan..apak dia datuk klu xsilap..pnah baca komen kat benang mana tah ckap sheollss ni anak datuk

Quote nanasno 7-1-2021 04:01 PM
apa apa pun orang cakap kat dia ni tapi iols paham perhubungan jarak jauh ngn suami ni lagi pulak dia setahun tak jumpa. iols 3 bulan kena tinggal laki iols kerja leut pun dah meroyan hari hari kat laki iols.ada anak lagiii la sume mende hadap sendiri. semoga berbahagia la sheols bersama suami dan anak.
Quote EvieWanKenobi 7-1-2021 04:03 PM
royaldanish replied at 7-1-2021 03:55 PM
askar2 memang ada ditugaska ke overseas cuols...
kawan iols dari sejak dari baby sampai nak masuk ...

oo macam tu.. ingatkan tentera Malaysia berkhidmat
untuk ibu pertiwi je..
Quote pxlbb 7-1-2021 04:11 PM
mamajawie replied at 7-1-2021 04:00 PM
dia geng kayangan..apak dia datuk klu xsilap..pnah baca komen kat benang mana tah ckap sheollss ni ...

Syhhh jgn sebut kayangan dekkk nanti kena sembur mcm kaka juga

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.046565 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top