CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Gelak, Gelaklah," -Sharifah Shahira Sumbang Bra, Seluar Dalam Untuk Mangsa Banjir

7-1-2021 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8280| Komen: 40

Description: Prihatin dengan nasib mangsa banjir di beberapa negeri, ramai selebriti mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir di beberapa negeri, ramai selebriti mengambil kesempatan menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mereka yang terkesan dengan bencana alam itu.


Salah seorang selebriti yang turut melakukan inisiatif itu ialah penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira yang mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.


Foto: IG

Selain sumbangan makanan dan minuman, Shahira atau lebih mesra disapa Shiera berkata dia juga memberikan bantuan berupa pakaian dan seluar dalam baharu untuk mereka yang memerlukan.

"Ni cakap terus terang ya seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, size nasiblah main beli ni... ke banyak size XL ke atas, L faham sangat!


"Benda dah terdesak nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu (pakaian dalam) pun penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana?

"Ini pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah... tapi ini sangat penting!" katanya menerusi laman Instagram.


Sebelum itu Shiera berkongsi rakaman dia mengumpul baju-baju terpakai untuk diserahkan pada mangsa banjir di sekitar kawasan Pahang.

"Ramai sangat DM kita nak hantar baju ke Pahang. Tapi saya kena hubungi NGO yang ke sana untuk ambil, memandangkan respon ramai sebab itu buat sendiri, suruh sepupu dan kawan kita bantu.

"Saya kena kerja, Sabtu baru turun. Yang penting kita semua doakan bagi cepat reda dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Malaysia yang sangat prihatin," ujarnya.

Pada pagi Khamis, media tempatan melaporkan keadaan banjir di Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk berikutan hujan lebat yang masih berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri terlibat terus meningkat.

Di Pahang jumlah mangsa banjir terus meningkat melibatkan 24,257 mangsa yang ditempatkan di 281 pusat pemindahan di sembilan daerah negeri ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan daerah Temerloh mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 5,764 diikuti Maran (5,275), Kuantan (3,461), Lipis (2,551), Jerantut (2,455), Raub (2,182), Rompin (986), Pekan (859) dan Bera (724). -CARI

Sumber: mStar Online
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 7-1-2021 01:30 PM
Tak.. Benda penting sebenarnya..ingat selesa ka pakai undie yg sama berhari3..geli tau dak.
Quote minahsenget 7-1-2021 01:32 PM
baguslah tu, org slalu terlps pandang pakaian dalam
Quote sikatkutu 7-1-2021 01:34 PM
bagus..pemikiran luar box! jangan lupa tuala wanita sekali
Quote cmf_shya 7-1-2021 01:34 PM
For me ok ja..keperluan sgt yg tue
Quote Pujangga22 7-1-2021 01:35 PM
pakaian dlm lagi penting...nasiblah ada yg concern hal2 ni..baju tukar2 pun tak guna kalau hari2 pkai underware sama
Quote kakigebang 7-1-2021 01:45 PM
moga dumurahkn rezki shirajoy, pakaian bersih kering  penting dlm musimm2 bsnjir ni...kalau basuhh pun tk kering2 sbb hujan
Quote azimodin 7-1-2021 01:45 PM
Bagus. Kita selalu fikir makanan & pakaian yg luar, yg dalam pon penting jugak. Kawasan banjir tempat penyebaran pelbagai penyakit. Kebersihan diri sangat penting.
Quote sarah82 7-1-2021 01:48 PM
Aku dah pi komen kat ig dia.. Kata mana boleh cari pakai dalam murah.
Quote Kurex 7-1-2021 02:10 PM
Baguslah... Takde la tergaru2 pakai spender sama
Quote Redmyvi 7-1-2021 02:25 PM
bgusla shiera alert benda2 cmni..
Quote aechae 7-1-2021 02:28 PM
Last banjir besar kt kelantan dlu pn ktorg beli underwear, sanitary pad n diapers kt aeon big je utk donate.
Main gamble je beli saiz sume tu..ke klu panties better bg yg disposable je? Tp kang buang merata plak
Quote arffa 7-1-2021 02:33 PM
setuju, hat dalam tu mana selesa pakai sehari suntuk. nanti penyakit lain datang
Quote mawar_mustika 7-1-2021 03:10 PM
btul...bila banjir brg2 dlm org selalu terlepas pandang padahal penting tau...pls pray us kt pantai timur ni...air dr pahang dh merayap ke trg
Quote Suchi 7-1-2021 03:11 PM
Menda penting tu, nampak ada derma pakej box utk mangsa banjir sorang setazah ni share kat fb  cth satu pakej tu RM70 tp brg2 yg diperlukan cuma telekong, tuala wanita dan peralatan solat lain.
Bra, spenda n baju tak perlu ke ya?
Iols rasa ni la paling penting.
Takleh bygkan kalau time musibah terjadi kita tgh tidur pastu tak pakai plak yg dlm tu emmm seksanya time nak selamatkan diri bagai tu jenuh la haih
Quote Suchi 7-1-2021 03:14 PM
sarah82 replied at 7-1-2021 01:48 PM
Aku dah pi komen kat ig dia.. Kata mana boleh cari pakai dalam murah.

Kat mana uols, online ke? Ingat nak bagi kat rumah2 pelindungan gadis2 terlanjur tu penah baca dulu syed azmi share depa tu sampai ikat ngan apatah bra nak bagi besar sbb bila dh sarat tak muat dah bra lama kena pakai bra lebih besar.

Quote kechikchomel 7-1-2021 03:16 PM
betul la tu...yg dalam2 tu lg penting. baju tu 2 hari sekali baru tukar iolss OK la lagi.
kalau yg dalam2 tu pakai separuh hari pun dah wajib tukar!
Quote sarah82 7-1-2021 03:35 PM
Suchi replied at 7-1-2021 03:14 PM
Kat mana uols, online ke? Ingat nak bagi kat rumah2 pelindungan gadis2 terlanjur tu penah baca dul ...

Iols biasa beli genie bra kat lelong.. Harga murah compare dgn lazada dan shopee.. Siap bleh direct deal kat wasap..
Quote sarah82 7-1-2021 03:36 PM
Bila tengok bnjir kali ni.. Iols nak masukkan disposable undie dan juga patient bath wipes la dlm list utk buat stok
Quote Ninjanunu 7-1-2021 04:46 PM
Ya mmg penting..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.163348 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top