CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepenatan Dan Kekejangan, Lelaki Lemas Ketika Bantu Pindah Mangsa Banjir Dari Pagi Sampai Malam

7-1-2021 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5020| Komen: 38

Description: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari perahu ketika dalam perjalanan menghantar mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kejadian di Kampung Manjor, dekat sini, malam tad ...
Seorang lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh dari perahu ketika dalam perjalanan menghantar mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) dalam kejadian di Kampung Manjor, dekat sini, malam tadi.


Mayat Mohammad Hakimin Rahim, 20, dijumpai oleh ahli keluarganya di dasar sungai di tempat dia dilaporkan terjatuh dari perahu jam 8.30 pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa tiba-tiba pengsan lalu terjatuh ke dalam sungai sewaktu mendayung perahu ketika membawa dua penumpang untuk ke PPS berdekatan.


Foto: Harian Metro
Mangsa dikatakan terlalu kepenatan dan mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak dari awal pagi sehingga malam.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.07 malam dan seramai lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dan ditamatkan pada jam 12.31 pagi tadi berikutan keadaan gelap selain hujan dan air mula menaiki beberapa kawasan rendah.

"Bagaimanapun ketika pihak kami bersiap untuk menyambung operasi SAR mangsa pada pagi ini namun dimaklumkan mangsa sudah dijumpai oleh ahli keluarganya," katanya ketika ditemui di BBP Kuala Krai, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk tindakan selanjutnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinskin 7-1-2021 01:13 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.. Nape x pakai life jacket
Quote LaLa93 7-1-2021 01:18 PM
innalillah.. kesiannya..semoga matinya, mati syahid..
Quote hatikudus 7-1-2021 01:22 PM
Org baik selalu mati awal...moga syurga tempatmu wahai anak muda yg berjasa
Quote white_musk 7-1-2021 01:26 PM
hatikudus replied at 7-1-2021 01:22 PM
Org baik selalu mati awal...moga syurga tempatmu wahai anak muda yg berjasa

Patut lah Mantan lambat mati
Quote hatikudus 7-1-2021 01:34 PM
white_musk replied at 7-1-2021 01:26 PM
Patut lah Mantan lambat mati

Hahahahah tau takpe , sama je yg lain2 tu dah mereput tak mati2, liat nau nau
Quote stania83 7-1-2021 01:35 PM
Allahuuu, siapa siapa nak mati syahidntak payah pergi syria, jadi je sukarelawan banjir.. adik nii tolonglaa masuk syurga fast lane
Quote sikatkutu 7-1-2021 01:35 PM
insyaAllah syurga buatmu dik. dah lah meninggal masa tolong orang susah..mati lemas pula salah satu syahid kecil

Quote Boomibulat 7-1-2021 01:37 PM
Innalillah..kalau tgk gambar tu moto diorang angkut naik sampan..mgkn tu sbb adik penat sbb tolong angkat motor tu sekali..
Quote syamzana 7-1-2021 01:44 PM
Innalillah...ramai betul terkorban banjir kalini. setiap hari ada berita kematian di kwsn banjir.

take care uols yg berada di kwsn banjir.
Quote talapia 7-1-2021 01:50 PM
syamzana replied at 7-1-2021 01:44 PM
Innalillah...ramai betul terkorban banjir kalini. setiap hari ada berita kematian di kwsn banjir.

...

kan.. hari2 ada baca kes kematian sebab banjir. 2 beranak lemas sampan terbalik... ni arwah ni pulak. Kesiannya.. Banjir kali ni teruk sangat . Semoga dipermudahkan urusan mereka yang terlibat... jaga keselamatan... sape2 yang tolong mengangkut tu pakaila life jacket.. kena ada org sponsor life jacket pulak la kot instead of baju2 aje

Quote lattehazelnut 7-1-2021 01:54 PM
innalillahiwainnailaihirojiun..
Quote Kurex 7-1-2021 01:54 PM
Innalillah
Quote Decaffeinated 7-1-2021 01:57 PM
Mana wartawan metro ni dapat gambar arwah pada saat2 akhir. Pandai pulak dia cari.
Quote prettyuglybabe 7-1-2021 02:02 PM
takziah..

Quote liyamariska 7-1-2021 02:03 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Quote renko 7-1-2021 02:09 PM
harap lepas ni orang ramai
fikirkan keselamatan diri sendiri sekali masa menolong tu
kalau penat rehat
Quote NazRysha 7-1-2021 02:26 PM
stania83 replied at 7-1-2021 01:35 PM
Allahuuu, siapa siapa nak mati syahidntak payah pergi syria, jadi je sukarelawan banjir.. adik nii t ...

heliza helmi patut turun bantu mangsa banjir ni
Quote LadyCarefree 7-1-2021 03:15 PM
Kesiaaaaannn tapi bagus dosa cipot
Quote zorrro_03 7-1-2021 03:20 PM
skinskin replied at 7-1-2021 01:13 PM
innalillahiwainnailaihirojiun.. Nape x pakai life jacket

banyak sungguh life jaket masa musibah ni kannnn.  

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.172065 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top