CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bogel Di Lubuk Buaya Rupanya Penjenayah Dikehendaki

7-1-2021 03:12 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2495| Komen: 2|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Bukan tarzan yang dijumpai mereka, tetapi seorang lelaki berbogel di celah-celah pokok di kawasan paya bakau ditemui dua nelayan di utara Australia.
Bukan tarzan yang dijumpai mereka, tetapi seorang lelaki berbogel di celah-celah pokok di kawasan paya bakau ditemui dua nelayan di utara Australia.

Menurut media tempatan Nine News, Kevin Joiner dan Cam Faust menemui lelaki bogel yang di-litupi lumpur dan penuh de-ngan kesan gigitan nyamuk itu meminta tolong semasa mereka keluar menangkap ikan dekat Darwin.


Foto : ninenews.com


"Kami tidak tahu bagaimana dia boleh ada di situ. Kasihan, dia alami dehidrasi, jadi kami bawanya naik bot, beri sepasang seluar pendek dan bawa ke hospital Darwin."

Bagaimanapun, sebaik sahaja lelaki itu tiba di hospital, polis menangkapnya kerana melanggar syarat ikat jamin berhubung kesalahan melakukan rompakan.


Rupa-rupanya, lelaki itu ialah buruan yang dilaporkan bersembunyi di lokasi yang dipenuhi buaya itu berhari-hari dan memakan siput untuk mengelak daripada kelaparan.


Foto : france24news.com

Kedua-dua nelayan itu terkejut apabila mengetahui orang yang mereka selamatkan adalah suspek penjenayah dan tidak jadi melawatnya.

Sementara itu, Komander Polis Wilayah Utara, Len Turner mengesahkan kepada media bahawa lelaki terbabit berada dalam tahanan polis di hospital tersebut atas beberapa kesalahan.

Mungkin itu yang terbaik buat lelaki tersebut ya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 7-1-2021 03:16 PM
Nsb baik x diapa2kan org yg selamatkan penjenayah tu
Quote farhani87 10-3-2021 11:50 PM
chinta89: Nsb baik x diapa2kan org yg selamatkan penjenayah tu

Kannn. Gila betullah.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.051700 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top