Persaraan ratu tenpin boling negara dan bekas juara dunia, Shalin Zulkifli kelmarin mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan seperjuangannya. Rata-rata menerima berita itu dengan penuh emosi kerana Shalin, 43, yang mesra disapa Kak Shalin menjadi inspirasi buat pemain generasi muda.
Bekas pemain boling negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi yang bersara pada September tahun lalu mengucapkan selamat maju jaya kepada idolanya itu. “Selamat bersara Akak -(Shalin). Terima kasih dengan apa yang telah anda lakukan buat sukan boling Malaysia, sudah tiba masa Akak berehat selepas 28 tahun menabur bakti buat negara. “Saya gembira dapat bersama Akak dalam satu pasukan ketika memenangi pingat emas dalam Kejohanan Dunia, Sukan Asia, Sukan SEA dan Kejuaraan Asia. Terima kasih dengan segal tunjuk ajar yang diberikan kepada Fah awal-awal bermain boling,” tulisnya dalam Instagram.
|
danieladam replied at 8-1-2021 12:03 AM
Shalin dalam bidang sukan bowling ni ibarat dato siti nurhaliza dalam bidang nyanyian.
Dari iols ...
ADVERTISEMENT