CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Batak 'Like' Agaknya, Wanita Sanggup Bergayut Di Balkoni Tingkat 11 Untuk Bergambar

7-1-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2554| Komen: 10

Description: Polis kesal dengan tindakan seorang wanita yang sanggup menggadai nyawa apabila bergayut di luar balkoni bangunan tinggi, demi sekeping gambar.
Polis kesal dengan tindakan seorang wanita yang sanggup menggadai nyawa apabila bergayut di luar balkoni bangunan tinggi, demi sekeping gambar.

Video yang dikongsi oleh saluran berita Australia, 9News menunjukkan wanita berkenaan bergayut di balkoni di tingkat 11 Seaside Resort di Mooloolaba di Pantai Sunshine di Queensland.

Seorang rakan wanita dilihat berdiri di atas kerusi untuk mengambil gambar wanita itu yang cuba melepaskan salah satu tangannya.


Foto: Daily Star

Seorang lelaki, yang mengambil gambar dari sebuah bangunan berdekatan, kedengaran berkata: "Itu bukankah satu tindakan yang bodoh?"

Bercakap kepada 9News: "Foto seterusnya mungkin dia terbaring di bawah..


"Saya hanya fikir kalau dia terlepas tangan, memang habislah (maut)," tambahnya.

Superintendan Sunshine Coast, Craig Hawkins bercakap kepada pemberita berkata, wanita yang bergayut di balkoni termasuk rakannya yang mengambil gambar boleh menghadapi tuduhan di atas tingkah laku yang tidak wajar.

"Mereka membahayakan nyawa semata-mata untuk mengambil gambar," katanya. - CARI

Sumber: mStar Online/Daily Star
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 7-1-2021 10:25 AM
Jgn kata ummah maleis je yg batak ye
Quote chinta89 7-1-2021 10:25 AM
Jgn kata ummah maleis je yg batak ye
Quote melati00 7-1-2021 11:05 AM
Manusia dah ramai yang tak waras...
Quote ~boolean 7-1-2021 11:14 AM
kagum sebab kuatnya lengan dia berpaut...
kalau aku mungkin dah menggeletar..lengan lembik dan menggelebeh...
Quote eyansss 7-1-2021 11:39 AM
bukan dah ada kes ke dok sandar2 berdiri kat rail balcony tu pastu tergelincir n mati...  semua sebab nak selfie maut sampai betul2 maut...  tak belajar langsung la orang zaman skang ni...
Quote syamzana 7-1-2021 11:40 AM
tak gayat plak dia.
tang kebodohan tu mmg terserlah
Quote dodolgemok 7-1-2021 12:20 PM
Ni nasib hidup, kalau tak dah masuk berita wanita bodoh maut ketika selfie demi like. Kahkahkah
Quote clarizsa 7-1-2021 12:22 PM
Biarlah dia
At least kalau jatuh mati pun dia dlm keadaan lakukan perkara yg buat dia happy

I percaya mak dia pun tak kisah
Quote siputpepel 7-1-2021 12:25 PM
batak like & batak view
Quote Ninjanunu 7-1-2021 05:06 PM
Erm.. likes lagi penting dari keselamatan

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.041345 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top