CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tukar Ejaan Dan Sebutan” -Ainan Tasneem Ubah Nama Bayi Kembar Last Minute

7-1-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5311| Komen: 17

Description: Selepas lebih dua minggu melahirkan sepasang anak kembar, penyanyi Ainan Tasneem akhirnya berkongsikan nama bayinya itu di Instagram pada Rabu.
Selepas lebih dua minggu melahirkan sepasang anak kembar, penyanyi Ainan Tasneem akhirnya berkongsikan nama bayinya itu di Instagram pada Rabu.

Mengambil kira maksud yang baik, Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan, 29, memilih nama Faqeh Nael dan Faeqa Naela untuk anak kedua dan ketiganya itu.

"Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami (anak saya) Faqeh Nael dan Faeqa Naela.

"Faqeh Nael, (bermaksud) yang memahami, bijaksana, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi.

"Faeqa Naela, (bermaksud) yang paling baik, cemerlang, orang yang mencapai sesuatu dan yang suka memberi," kata Ainan.



Walau bagaimanapun, Ainan masih belum mendedahkan wajah anak-anaknya menerusi perkongsian tersebut.

Assalamualaikum aunty uncle semua! Nama kami (anak saya) Faqeh Nael dan Faeqa Naela.

Dalam pada itu, Ainan turut menjelaskan ejaan sebenar untuk nama anak kembarnya adalah Nayla dan Nayel yang akhirnya terpaksa ditukar pada saat akhir.

"Last minute saya tukar nama kembar daripada segi ejaan dan sebutan, tu yang tak sama dengan nama dekat sulaman itu," katanya.

Foto: IG

Ainan selamatkan melahirkan pasangan kembar tersebut pada 18 Disember lalu di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor.

Ainan berkahwin dengan Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari 2017.

Pasangan itu turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia tiga tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 7-1-2021 10:22 AM
Perlu ke masuk forum berita ex retis ni?
Quote chinta89 7-1-2021 10:29 AM
Dia kan dah bsara dari industri so perlu ke berita psl dia. Xde sumbangan dah sbg artis.
Quote Fafaaisa 7-1-2021 10:38 AM
Ok berita faham..roger n out
Quote mieymiey 7-1-2021 10:50 AM
Soalan wajib acik porem, retis ker ni?
Quote Kurex 7-1-2021 10:52 AM
Takat satu lagu tu je & dah jadi ex artis, tak payah la beria bukak benang
Quote EvieWanKenobi 7-1-2021 10:55 AM
ada sapa2 tanya ka?
Quote tikusmontok 7-1-2021 11:05 AM
nazzse replied at 7-1-2021 10:22 AM
Perlu ke masuk forum berita ex retis ni?

perlu la, penting kan...dah gigih buat bantal bersulam kena cabut benang pulak.
Quote AshKetchum 7-1-2021 11:55 AM
ko tak nak tukar nama jugak ke? jadik babia hanata ke? banganga abadia ke?
Quote chocobozhere 7-1-2021 12:06 PM
bekas artis.. tak yah lah letak story kat sini.. baca pun rengsa..
Quote ladyzens 7-1-2021 12:07 PM
abestu ape yg nak digosipkan ni
Quote dudaberhias 7-1-2021 12:09 PM
whooo caresss.... who are yussss je pun... walaupun dah lama jadi retiss...
tak perlu di gossipkan lagi sebab semua orang dah tak tahu kewujudan beliau di muka bumi ini...

malah  @Kurex pun lagi ramai kenal dari okg ni
Quote TabletSusu 7-1-2021 12:17 PM
so aku nak tny jgklah..

apa maksud nayla n nayel tu? ada bg maksud yg x elok ke smp kena tukar nama tu?
Quote nazzse 7-1-2021 12:53 PM
tikusmontok replied at 7-1-2021 03:05 AM
perlu la, penting kan...dah gigih buat bantal bersulam kena cabut benang pulak.

Gigih reporter cari follow tiap retis kat malaysia ni ya
Quote tikusmontok 7-1-2021 01:00 PM
nazzse replied at 7-1-2021 12:53 PM
Gigih reporter cari follow tiap retis kat malaysia ni ya

cara paling senang buat duit..takyah menapak sana sini..hanya di hujung jari
Quote ellejo 7-1-2021 02:44 PM
banyaknya masa nak pening psl nama anak.
Quote Ninjanunu 7-1-2021 05:05 PM
Bestnya dapat anak kembar
Quote Redmyvi 7-1-2021 06:16 PM
hahahaha.. nyanyi lagi ker dia nie..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048120 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top