CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Teman Kawan Nak Ambil Baju, Lelaki Maut Ketika Redah Banjir

7-1-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4165| Komen: 21

Description: Seorang pemuda maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengharung banjir dalam kejadian di simpang empat dekat sebuah stesen minyak di sini pada malam Rabu.
Seorang pemuda maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengharung banjir dalam kejadian di simpang empat dekat sebuah stesen minyak di sini pada malam Rabu.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, Muhammad Azuwan Amran, 19, dikatakan memegang tiang lampu di kawasan tersebut dan kemudian mengerang kesakitan sebelum rebah ke dalam air.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang ketika menemani seorang rakannya dikenali sebagai Muhamad Zarul Aiman Arsueming untuk mengambil pakaian di rumahnya yang terletak hampir dua kilometer (km) dari PPS berkenaan, kira-kira jam 7.50 malam.

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal ketika tiba di lokasi kejadian pada jam 8 malam, mangsa yang ketika itu berada di hadapan berpegang pada tiang lampu.


"Secara tiba-tiba mangsa mengerang kesakitan dan terus rebah ke dalam air. Rakan mangsa cuba menghampirinya tetapi merasakan terdapat arus elektrik.

"Rakannya kemudian mengambil kayu dan menarik mangsa ke tempat selamat," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurutnya, hasil bantuan orang ramai mangsa dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang untuk tindakan lanjut, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba untuk melakukan pemeriksaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah 'Cardiac Arrythmia' iaitu degupan jantung berhenti secara tiba-tiba. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 7-1-2021 09:58 AM
Innallilihiwaroujioun.


Al Fatihah. Siannya. Muda lagi. Lelaki pulak tu.
Quote mejaputih 7-1-2021 09:59 AM
Allahu...mcm2 risiko banjir ni huhu...
Quote jalfa 7-1-2021 10:04 AM
Allahu..kesian nyaa..member pon..x reti reti nak buat emergency bag ke..dah magrib ko ajak member malam balik rumah harung air smata mata nak ambik baju...
Quote mejaputih 7-1-2021 10:09 AM
jalfa replied at 7-1-2021 10:04 AM
Allahu..kesian nyaa..member pon..x reti reti nak buat emergency bag ke..dah magrib ko ajak member ma ...

rasanya kena ada viral msg or iklan kat TV supaya semua org yg duk kat flood prone area ni bersiap sedia dgn emergency bag...apa DO's and DON'Ts..ni iols tgk kat tv asyik2 iklan jual barang, covid 19...sdgkan bahaya risiko banjir ni is real dpn mata.
JKKK pun mainkan peranan bila dah dkt2 nk monsoon tu buat sesi penerangan kat penduduk dan buat ala2 fire drill sket....
Quote imanda 7-1-2021 10:21 AM
Edited by imanda at 7-1-2021 10:23 AM
mejaputih replied at 7-1-2021 10:09 AM
rasanya kena ada viral msg or iklan kat TV supaya semua org yg duk kat flood prone area ni bersiap ...


betul2.
kena buat iklan2 yg bguna sebegitu.
keep ulang2 dlm youtube fb mcm iklan khidmat masyarakat yg lain tu. papan2 iklan pon kalo blh buat juga.
Quote chinta89 7-1-2021 10:33 AM
mejaputih: rasanya kena ada viral msg or iklan kat TV supaya semua org yg duk kat flood prone area ni bersiap sedia dgn emergency bag...apa DO's and DON'Ts..ni i ...



Setuju

{:give
Quote tikusmontok 7-1-2021 10:33 AM
mejaputih replied at 7-1-2021 10:09 AM
rasanya kena ada viral msg or iklan kat TV supaya semua org yg duk kat flood prone area ni bersiap ...
iols tgk kat tv asyik2 iklan jual barang,

tu iklan tv komersial sis, nak ada iklan ajar masarakat ni kena guna rtm....satu hari iklan apeks apeks berpuluh kali sampai muntah
Quote mejaputih 7-1-2021 10:46 AM
tikusmontok replied at 7-1-2021 10:33 AM

tu iklan tv komersial sis, nak ada iklan ajar masarakat ni kena guna rtm....satu har ...

hihi...iye la kan..peranan local JKKK la kan sbgi last resort utk bg awareness dan action check setiap rumah dah ada emergency bag ke tidak, or gunakan part of bajet JKKK ni utk sediakan utk family yg tak mampu...(tp risau dapat family matpet dia jual pulak beg tu huhu)
Quote EvieWanKenobi 7-1-2021 10:56 AM
please la duduk di tempat yang selamat
musim hujan ni.. elakkan tempat2 berisiko..
Quote Atata 7-1-2021 10:59 AM
Tiang letrik ni, jgn kan time hujan, time panas kering pun kita tamau pegang. Ntah knp, mcm mmg dah dari kecik2 kita tau tiang letrik jgn disentuh, pegang, sandar atau even dekat2 pun taknak.
Quote enchantedlurve 7-1-2021 11:00 AM
ingat masa kecik2 rumah banjir, bila air naik.. mmg x ingat ape dh nk selamatkan ape pun.. sbb panik.. pack2 baju mmg xsmpt..

so kebarangkalian bila dh sehelai sepinggang ni mula la nk blk amik bj seme..

tp tu lah.. time bnjir yg bahaya ni electricity & binatang berbisa la pn..  
Quote ~boolean 7-1-2021 11:13 AM
kelantan setiap tahun banjir pada bulan yang sama, penduduk2 kat sana memang tak buat persiapan awal2 ke....
Quote rosmahisham 7-1-2021 11:19 AM
Sedih baca citer2 mcm ni..semoga arwah ditempatkn dikalangan org2 yg beriman.salam takziah.hrp kwn yg nk sgt ambik baju tu nyesal x berkesudahan lah..
Quote zuuu 7-1-2021 11:19 AM
Takziah pada family mangsa...all fatihah untuk arwah
Quote any42 7-1-2021 11:24 AM
xtrjangka nk blaku mcm tu. kwn pun msti tkilan. takziah.
Quote prettyuglybabe 7-1-2021 11:33 AM
takziah..
rasanya pusat banjir kena start sediakan pakaian juga untuk mangsa banjir ni..
tak perlu yang mahal-mahal pun..
setakat seluar, tshirt, kain pakaian harian dah memadai..
Quote Boomibulat 7-1-2021 12:18 PM
Edited by Boomibulat at 7-1-2021 12:19 PM

Hati2 musim banjir ni..kes yg hampir sama

TEMERLOH - Seorang kakitangan bank maut selepas terkena renjatan elektrik di garaj kereta hadapan rumahnya di Kampung Paya Kechik di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Isyraf Muhammad, 41, disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, hasil temubual awal dengan keluarga, kejadian berlaku semasa mangsa sedang memerhatikan keadaan air hujan dan banjir di halaman rumahnya.

"Ketika kejadian mangsa telah memegang tiang besi hadapan rumah terbabit.

"Secara tiba-tiba ibunya ternampak anaknya telah terkena renjatan arus elektrik dan cuba membantu tetapi dalam masa sama, ibunya terpelanting ke belakang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa seterusnya dibawa ke klinik untuk rawatan dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas. "Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat manakala ibunya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan dan keadaannya tidak membimbangkan.

"Hasil pemeriksaan luaran tubuh si mati telah dibuat bersama petugas bahagian forensik mendapati tiada terdapat sebarang kecederaan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah," katanya.

Menurutnya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dihubungi untuk menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca arus elektrik berkenaan.
"Kes terbabit diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut diteruskan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-renjatan-elektrik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Quote cap_ayam 7-1-2021 12:22 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun. Jaga diri semua..
Quote awanearisu 7-1-2021 02:20 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.. salam takziah kepada keluarga mangsa.

Baru sahaja di televisyen tadi dipaparkan klip video percubaan rakan-rakan arwah untuk menjauhkan jasad beliau dari kawasan renjatan.
agak sukar kerana terdapat lopak air di kaki mereka.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-7-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.214592 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top