CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Cabar Individu Yang Menuduh Saya Berhibur Di Langkawi Untuk Bagi Bukti," -Harris Annuar

7-1-2021 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11183| Komen: 52

"Saya cabar individu yang menuduh saya berhibur di Langkawi pada malam sambutan tahun baharu lalu untuk tampil buktikannya," kata pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar mengenai fitnah yang dilemparkan terhadapnya ketika bercuti di Langkawi sehingga disahkan positif Covid-19, baru-baru ini. 


Harris berkata, dia terkilan apabila ada pihak sesuka hati melemparkan pelbagai tuduhan termasuk mendakwa dirinya berhibur di beberapa kelab malam dan hotel sekitar Langkawi.



"Saya bukan jenis kaki parti. Kalau di Kuala Lumpur pun saya tak berminat nak pergi apatah lagi di sana. Saya hanya pergi ke kelab malam jika ada majlis pelancaran sahaja dan atas urusan kerja saja. Kawan-kawan saya tahu yang saya bukan jenis begitu. Saya sedih apabila difitnah begitu teruk.

"Pada malam tahun baharu saya hanya lepak di kafe Scuba. Itupun kafe terbabit tak ramai orang jika dibandingkan dengan kafe lain berdekatannya. Ini satu fitnah yang agak berat apabila mengatakan saya seorang kaki parti," katanya.

Menurut Harris, dia kecewa apabila menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial apabila mendedahkan dirinya positif wabak berkenaan. 




"Saya tak tahu macam mana nak terangkan apabila orang menganggap saya seolah-olah pembawa sedangkan saya dijangkiti ketika berada di Langkawi. Ramai yang mengecam mengatakan saya tidak memakai pelitup muka sedangkan jika membuat carian menggunakan tanda pagar #PulauLangkawi berapa ramai yang tidak memakai penutup muka ketika bergambar?.

"Jadi samalah dengan saya apabila mahu bergambar. Namun selepas itu saya akan memakainya. Saya seorang yang mengambil berat mengenai keselamatan diri dan akan mengimbas kod My Sejahtera. Sebab itu, sebaik pulang dari Langkawi saya ambil tanggungjawab untuk terus membuat ujian saringan kerana rasa panas badan. 

"Ramai yang marah sebab saya pergi melancong, bagaimana pula dengan orang lain yang turut mengambil peluang sama untuk bercuti di sana tapi apabila pulang tidak melakukan ujian saringan atau kuarintin diri di rumah. 

"Saya bukan minta dipuji tapi sekurang-kurangnya saya ambil tanggungjawab untuk melakukan ujian saringan berbanding orang lain yang tidak melakukannya sekali gus mungkin membahayakan nyawa orang lain," katanya. 


Foto: IG

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Harris disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan yang dikendalikan sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Selangor, kelmarin. 

Menurut Harris, dua rakan baiknya, Tajuddin Bakar dan Abdul Wahiduzzaman turut didapati positif Covid-19. 

"Saya bersama mereka kini menjalani kuarantin di rumah sewa Tajuddin. Kami masih menunggu panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut. Alhamdulillah setakat ini kami bertiga berada dalam keadaan baik," katanya.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 7-1-2021 09:52 AM
kalau dia berhijab sebijik muka emaknya..
Quote Purplehag 7-1-2021 09:55 AM
Kesian kot dio
Quote bluebutter 7-1-2021 09:56 AM
dorang ni bangsa apa ya.
cam klrga lopak. muka paki habis. Kecek kelate.
Quote miracle_forever 7-1-2021 09:58 AM
sorry la dek.. chuols bukan setaraf alep satar utk netizen mendoakan kesejahteraan chuols.
Quote lasagna 7-1-2021 10:01 AM
bukan ke dia berbasikal ke lengkawi, tu yg kena kobid tu? tak silap iols lah.
Quote bolamata 7-1-2021 10:06 AM
dah kena covid tak perlu cabar2 netizen bagai... sebaiknya berdiam diri dan mohon netizen doakan semoga dia sihat semula.. itu kan lebih baik, netizen pun akan lembut hati... apa la mamat ni
Quote putericahaya999 7-1-2021 10:06 AM
Kasihan dia
Quote chinta89 7-1-2021 10:38 AM
Apebenda la statement dia ni.. .
Quote bedahdavas 7-1-2021 10:42 AM
Kau dh berbasikal dr shah alam ke langkawi, byk tempat kau singgah merata. Geng roommate kau  mcm mana? Ok ke tak tu? Geng2 basikal x ikut SOP. Kt langkawi kau lepak dgn geng lain lak. Byk connection dgn org ramai. Moga x jd kluster  basikal sudahhhhhhhh
Quote Fafaaisa 7-1-2021 10:44 AM
Ot sikit..nk tanya dia ni kazen lopa belah mana ye....
Quote sonatalady 7-1-2021 10:46 AM
puncanya..kata ada pesta lgbt di langkawi masa thn baru.
So netizen serang pukul rata semua org yg pergi  langkawi join parti tu.org dikenali..lg cepat di tuduh.
Tambah plak viral kini tambahkan panas...jadi gaduh lah.nasiblah jadi org glamor.
Quote lolipopbiru 7-1-2021 10:48 AM
seminggu jgk dia ni berbasikal konvoi dari kl sampai langkawi dan sambut tahun baru kt sna..follow rapat je ig story dia spnjg konvoi tu mmg berpuluh kedai la dia berhenti rehat mkn minum jumpa org kg semua sbb penat kan nk kayuh beratus kilo mcm tu..tapi nampak la huhahuha enjoy bergelak sana sini dgn puak dia. so xpelik la kalau terkena covid pun
Quote mieymiey 7-1-2021 10:53 AM
Siap bandingkan diri dengan orang lain, nak kata dia lagi bagus. Dendiam sudah.
Quote tikusmontok 7-1-2021 11:08 AM
bluebutter replied at 7-1-2021 09:56 AM
dorang ni bangsa apa ya.
cam klrga lopak. muka paki habis. Kecek kelate.

nanas memang anti sskjp ke? btw who are yus?
Quote cruz2 7-1-2021 11:16 AM
bluebutter replied at 7-1-2021 09:56 AM
dorang ni bangsa apa ya.
cam klrga lopak. muka paki habis. Kecek kelate.

Anak2 kak ton ni consider lots of mix sis.bukan shj ada darah paki,arab malah siam.tu yg kakak haris si nadia tu fasih bahasa thai
Quote chocobozhere 7-1-2021 11:19 AM
dia ni kakaknya lawa sungguh.. dia biasa biasa je.
Quote bluebutter 7-1-2021 11:30 AM
cruz2 replied at 7-1-2021 11:16 AM
Anak2 kak ton ni consider lots of mix sis.bukan shj ada darah paki,arab malah siam.tu yg kakak har ...

Laaa tu kak ton ke. Rupa lain. Sorrylah tya. Sebab tk ikuti sgt depa ni.
Quote ckenj 7-1-2021 11:51 AM
da kena covid tu duk la dediam.. salahkan diri sndiri ja.
Quote Themilo 7-1-2021 11:57 AM
Fafaaisa replied at 7-1-2021 02:44 AM
Ot sikit..nk tanya dia ni kazen lopa belah mana ye....

kazen lopak, kazen arwah chef adamdidam.. one big family kekdahnya

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.247021 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top