CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Baru Lahir Dibuang, Ditemukan Dalam Ladang Kelapa Sawit

7-1-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1668| Komen: 3

Description: Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di dalam kotak di kebun kelapa sawit berhampiran Pejabat Risda Kemayan di sini, pada Rabu.
Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di dalam kotak di kebun kelapa sawit berhampiran Pejabat Risda Kemayan di sini, pada Rabu.


Difahamkan, bayi berkenaan ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu untuk memancing di sungai berhampiran kira-kira jam 1.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam dan segera menghantar anggota ke lokasi kejadian.

Foto: Awani

"Apabila polis sampai di tempat kejadian iaitu di tepi sebuah kebun sawit, kita mendapati bayi itu yang diletakkan di dalam kotak masih hidup.

"Polis memaklumkan kepada pihak Klinik Kesihatan Kemayan dan bayi berkenaan kemudian dibawa ke klinik itu untuk pemeriksaan lanjut," katanya di sini, pada Rabu.

Foto: Awani

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Katanya, polis sedang giat menyiasat lanjut kes itu untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan. -CARI

Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 7-1-2021 09:50 AM
Babi punya mak bapa yg buang bayi mcm ni.
Quote missyL 7-1-2021 09:55 AM
Kesian nye lah.

Ape la perasan nye mase buang nie.
Lega ke cmne
X dpt nk bayang kn.
Kucing pn org syg n x buang cmnie..

9 bln mengandung xrase kasih ke kat baby..
Sedih btol bace berita cmnie..

Comey baby nye montel..
Putih..

Yg lain berbelas thun try to conceive..
Yg ni buang cm buang smpah.

Quote chinta89 7-1-2021 10:43 AM
X penat ke mengandung rasa sakit bawak perut, alahan, pahtu teran beranak... {:laugh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.044780 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top