"Aku keluar ni rasa-rasa akan accident (kemalangan)," itu kata-kata terakhir Muhammad Fakhrul Izad Mohd Shukri, sebelum dia maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Dungun-Seberang Pintasan, petang tadi.
Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Muhammad Fakrul Izad, 17, yang juga pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail (SMASED) dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar belakang motosikal lain. Rakannya, Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, 15, yang membonceng motosikal itu bersamanya parah di bahagian dan kini menerima sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu. Menurut rakan mangsa, Muhammad Izha Al Idrus Mohd Anuar, 17, dia bersama arwah serta lima rakan lain tinggal di sebuah rumah di Kampung Alur Tembesu sejak seminggu lalu.
"Kami tinggal di rumah arwah nenek seorang rakan kami untuk belajar secara kumpulan sempena persiapan peperiksaan Sijil Pelajar Malaysia SPM Februari ini. "Sebelum keluar rumah, arwah sempat melafaskan ungkapan itu. kami semua tidak menyangka kemalangan itu benar-benar terjadi ke atasnya," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini. Menurutnya, sepanjang tinggal di rumah itu dan ketika mengulangkaji pelajaran, Muhammad Fakhrul Izad tidak banyak bercakap berbanding ketika di sekolah. "Sejak beberapa hari ini arwah tidak selera makan dan asyik berdiam diri ketika kami bertanya keadaannya, dia cakap tak ada masalah. "Ketika terima berita dia kemalangan, saya dan rakan-rakan ke tempat kejadian dan tidak sangka dia meninggal dalam kemalangan itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987. -CARI Sumber: Harian Metro
|
green~tea replied at 7-1-2021 10:38 AM
15 and 17 tahun mmg dah ade license utk naik motor ke?
supernaturalee replied at 7-1-2021 10:45 AM
16 thn kan utk lesen motor
17 utk lesen kete
aderaderker replied at 7-1-2021 08:51 AM
"Rakannya, Muhammad Al Afiq Haikal Muhammad Al Bakri, 15, yang membonceng motosikal itu bersamanya p ...
ADVERTISEMENT