CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sejujurnya Saya Marah Bila Tahu Natasha Hudson Pakai Baju Itu," -Rizman Ruzaini

7-1-2021 07:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24734| Komen: 140

Menjawab kontroversi busana ‘muslimah seksi’ yang digayakan pelakon, Natasha Hudson semalam, pereka fesyen popular, Rizman Ruzaini terkejut apabila mengetahui koleksi rekaannya itu dipakai selebriti bertudung.


Menurut Rizman, baju berwarna putih dengan gaya terdedah pada bahagian bahu tersebut telah dibeli seseorang yang tidak diketahui identitinya menerusi online sejak tiga bulan lalu.

“Baju tersebut adalah koleksi pakaian pengantin yang telah dibuat sejak tiga tahun lalu dan telah dilelong dengan potongan harga sebanyak 90 peratus.

“Sejujurnya, sebagai pereka baju tersebut, saya terkejut dan agak kecewa kerana si pemakainya seseorang yang berhijab.

“Sedikit sebanyak tindakan itu boleh mencalarkan imej dan reputasi jenama Rizaman Ruzaini yang telah bertapak sejak 15 tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! Online.


Foto: IG


Menurut Rizman lagi, dia telah banyak bekerjasama dengan ramai selebriti berhijab seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tahu bentuk pakaian yang bersesuaian dengan imej wanita menutup aurat.

“Sejujurnya saya marah juga apabila mendapat tahu dia (Natasha Hudson) yang memakai baju itu kerana dia berhijab.

“Rekaan baju tersebut direka untuk wanita free hair (tidak berhijab) dan pernah digayakan oleh aktres Fasha Sandha,” katanya.

Dalam pada itu, Rizman turut menegur penatarias yang menggayakan Natasha semalam supaya lebih peka dengan imej seorang wanita muslim yang berhijab supaya menjaga sensitiviti masyarakat.

Semalam, tindakan Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, apabila menggayakan busana yang seolah-olah menampakkan bahagian bahu ketika majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White heboh diperkatakan.

Bahkan, pakaian yang dipakainya juga mempunyai belahan pada bahagian belakang sehingga menampakkan betisnya. -CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanyreena 7-1-2021 07:28 AM
Gila dh gamaknya
Quote Redmyvi 7-1-2021 07:32 AM
Ptutnya natasha pkaila inner putih bru la tak nampk ketara sangat bahu tu..

Dasyat betul baju tu jual smpai diskaun 90%.. clearance stock ka
Quote Ninjanunu 7-1-2021 07:58 AM
Ya mmg designer pun kena tempias
Quote matbad 7-1-2021 07:59 AM
Snlm ni elok ja bepurdah bagai. Rasa minah ni krisis identiti kot. Ada la tu msalah dalaman dia tu. Ke salah menuntut. Ehhh kisah plak aku dgn dia
Quote BoongaKertas 7-1-2021 08:04 AM
make sense jer RR marah. iols kalau jadi depa pun mrh. dah mcm kita as designer taktau agama plak kekdahnya.
Quote sugarlovebutter 7-1-2021 08:09 AM
Haa..natasha nk jwb yg sama gak ke dgn pereka fesyen nye..silalah jwb...
Quote makneng 7-1-2021 08:12 AM
Stylist pun boleh tahan benak..
Retis pun mcm tingtong apa disua semua ok
Betul2 memualkan n memalukan
Quote alieyrina 7-1-2021 08:14 AM
Siyeslaa..aku ingat tu inner dia
Quote shida81 7-1-2021 08:18 AM
Hadap Sgt nk pakai gaun.... Last2 pakai gaun 90% less
Quote jijioaynna 7-1-2021 08:18 AM
Memang harus RR marah..sbb isu mcm ni mencalarkan reputasi dorg.nasib la netizen pandai menilai...
Quote Zazama 7-1-2021 08:19 AM
Inner berlambak jual kt pasaran. Tak kan tak perasan..
Quote MadameOnion 7-1-2021 08:20 AM
rizman marah pasal natasha mention baju tu from RR..seolah olah mcm mmg RR design utk dia..padahal dia beli masa stock clearance je
Quote bambimbom 7-1-2021 08:21 AM
ntah2 mmg dah lama teringin pakai baju designer tersohor.. dah org sua dgn baju diskaun 90% nampak bahu pun sarungkan aje...
Quote zanaariss 7-1-2021 08:24 AM
Redmyvi replied at 7-1-2021 07:32 AM
Ptutnya natasha pkaila inner putih bru la tak nampk ketara sangat bahu tu..

Dasyat betul baju tu ...

Katanya baju 2-3 thn lps natasha pnya lah sekolahkan nitizen.. Tgk2 designer sndri sekolah kan dia
Quote lattehazelnut 7-1-2021 08:35 AM
Edited by lattehazelnut at 7-1-2021 08:45 AM

Mcm over je kalau jd masalah negara kalau bab aurat ni

Hidung dia mmg tindik ek?
[ig]https://www.instagram.com/p/CJqP39NhhEBTf_rih1ULWUCoUXoD3E13GvO7j00/?hl=en[/ig]
Quote depresio 7-1-2021 08:36 AM
Pakai inner hitam pon cantik n tak jadi kontroversi plus nampak elegan
Quote depresio 7-1-2021 08:39 AM
Tp apo nak kata
Orang cantik
Lepas ni dia pon tutup2 balik korg jugak yg suka
Quote salmon-suki 7-1-2021 08:39 AM
90%..wahhhhhh..kekeke~

Rugi laaa xmelaram tnjuk segala bagai,beli baju RR..{:smile
Quote ladyzens 7-1-2021 08:46 AM
kalau pakai inner matching dgn tudung nanti takde plak kontroversi,
org tak sebut plak nama eh

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.211932 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top