CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Jadi Nak OOTD, Gadis Kelam-kabut Sorok Muka Selepas Selisih Orang Pakai Baju Sama

7-1-2021 01:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6211| Komen: 30

Description: Perempuan pantang sekiranya melawati sesuatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik, indah dan sesuai untuk dijadikan tempat OOTD dengan berpakaian biasa-biasa. Kebiasaannya golongan sebegini ...



Perempuan pantang sekiranya melawati sesuatu kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik, indah dan sesuai untuk dijadikan tempat OOTD dengan berpakaian biasa-biasa. Kebiasaannya golongan sebegini akan gigih untuk bersiap dengan pakaian atau penampilan yang cantik, kemas dan rapi.

Namun perkara yang kurang disukai apabila berselisih atau terserempak dengan individu yang juga berpakaian atau berpenampilan serupa ketika berada di tempat awam. Jika warna tudung sahaja mungkin tidak menjadi masalah bagi mereka.

Tetapi ia menjadi masalah sekiranya individu tersebut berpakaian serupa atau ‘sebijik’ dengan diri mereka. Tidak dapat disangka-sangka, gadis ini melalui suatu detik yang menghiburkan ketika sibuk mengambil gambar OOTD.


Rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya menunjukkan gadis tersebut terserempak individu yang turut mengenakan pakaian yang serupa dengan dirinya dari tudung hingga ke seluar. Tanpa segan silu, individu terbabit mengaturkan langkah bahkan mengabaikan apa yang terjadi. Gadis yang mengetahui hal itu hanya mampu menahan ketawa sambil menyorokkan diri daripada dilihat oleh individu tersebut.

Melihat ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang serupa. Malah, segelintir beranggapan ianya adalah suatu kebetulan yang menghiburkan.


VIDEO DIBAWAH :





Sumber: aisyahfitria987 (tiktok)/SiakapKeli

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-1-2021 01:43 AM
Pahal aku tak boleh tgk bideo?
Quote CARI-HBZ 7-1-2021 01:48 AM
Kurex replied at 7-1-2021 01:43 AM
Pahal aku tak boleh tgk bideo?



tekan dekat gambar bawah tu
Quote salmon-suki 7-1-2021 01:54 AM
Hihi.. malu wehhh sebijik sama style..

Ai pernah laa terkena time study dlu,baju sama,tp pakai tudung lain2..mcm mana ntah ada jgk..sejak hari tu,ai pakai jubah hitam je..kekeke~
Quote Cumikucingku 7-1-2021 02:01 AM
Nape la pakai baju kemeja masuk dlm seluar putih mcm tu?

Klu seluar kaler gelap ok lg ...

Nak ootd pun... tengok la cermin dulu...
Quote kimsa-ra 7-1-2021 02:04 AM
Kt indon ke.
Quote matjerk 7-1-2021 06:44 AM
S.T.A.G.E.D
Quote Suchi 7-1-2021 07:13 AM
Mmg kebetulan ke or tu sobat dia gak?

Dahla sama dr atas bawah, penah jumpa org pakai baju corak yg sama je. Time tu balik keje g pasar ramadhan iols pakai baju kebaya pendek kaler merah.
Terjumpa org pakai baju kurung kot sama jenis coraknya dgn baju iols tp kaler lain tak silap. Tu pun dh rasa malu gak tp wat biasa2 jela.
Quote Redmyvi 7-1-2021 07:47 AM
Buruk betul dari sudut belakang... seluar putih lak tu

Tapi mmg kelakar rasanya kalau jumpa org baju sama dgn kita.. hehe
Quote Ninjanunu 7-1-2021 08:03 AM
Nampak x nice dari belakang
Quote aznizazzadele 7-1-2021 10:54 AM
Selalu ja aku nampak org bertudung fareha sama warna sama corak naik 1 lift .
pastu tersipu-sipu ...
Quote mieymiey 7-1-2021 04:37 PM
Iols semalam tersama tema dengan sorang akak masa tengah sibuk menilik nak beli syampu. Terus tak jadi iols beli syampu
Quote hasniey 7-1-2021 06:40 PM
Erm..ai xpaham sgt apa yg malu sgt kalau bju sama pon.
Kwn ai,lelaki.sanggup beli baju lain time tu jgk kalau trserempak org pkai bju yg sama dgn dia.beli terus tkr.sanggup ye
Ai kalau bju sama pon rasa biasa je. senyum je kt org tu.
Quote Asdira 7-1-2021 10:25 PM
Cumikucingku: Nape la pakai baju kemeja masuk dlm seluar putih mcm tu?Klu seluar kaler gelap ok lg ... Nak ootd pun... tengok la cermin dulu...


Huduh gaya gitu kan..{:run
Quote butterflyz 7-1-2021 11:38 PM
hihihi ini mmg kelakar. iolls kalau nmpk org bj sama buat2 xnmpk
Quote Belibis 8-1-2021 09:38 AM
Lakonan semata..kalau dah termalu mana nak huplod lagi.delete terus ajer.
Quote bellaamsar 8-1-2021 01:20 PM
Pernah tersama baju. Dh la masa tu tengah makan kat rnr. Mula2 gelak dulu pastu cepat2 blah. Dh rupa geng marhaban
Quote Artemesiaa 8-1-2021 04:48 PM
Buruknya bertudung tapi baju tuck in seluar macam tu mana cantiknya.
Quote EvieWanKenobi 8-1-2021 04:51 PM
tak nampak natural.. macam lakonan..
Quote AyaqMeloSuam 11-1-2021 06:34 AM
Aku pnh kena.. pakai baju cameo shirt. Suaq jeans. Sama ngn 1 aka indian ni. Aku ajk dia amik pic ssama. Dia pn sporting ja

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.062172 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top