CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Bangladesh Fail Saman Bekas Majikan Sebanyak RM653 Ribu Kerana 'Dipenjara'

6-1-2021 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2080| Komen: 3


Pekerja asing di asrama pekerja S11 Dormitory di Punggol, Singapura. - Foto AFP



SINGAPURA: Seorang pekerja migran Bangladesh memfailkan saman terhadap bekas majikannya dan pengendali asrama pekerja di republik ini, menuduh mereka 'memenjarakannya secara palsu' selepas dikurung di dalam bilik ketika pandemik COVID-19.

Pekerja pembinaan, Rahman Mohammad Hasibur memfailkan tuntutan SG$215,000 (RM653,000) minggu lalu, berdasarkan dokumen yang diserahkan ke mahkamah.

Kakitangan di asrama berkenaan, yang dikendalikan Joylicious Management telah mengurung Hasibur dan sehingga 20 pekerja migran lain dalam bilik, selepas seorang daripada rakan sebilik mereka disyaki dijangkiti COVID-19 dan dipindahkan ke fasiliti perubatan.


Pada waktu itu, mereka hanya dibenarkan menggunakan tandas dengan memanggil pengawal untuk mengiringi mereka.

Sebahagian daripada mereka mengalami demam dan bilik berkenaan terlalu panas serta tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik, kata dokumen itu.

Selepas Hasibur menghubungi TWC2, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong migran, pekerja berkenaan kemudiannya dipindahkan ke bilik baru dengan kemudahan tandas, tetapi masih dikunci dari luar.

Secara keseluruhan, mereka dikurung selama 43 jam.

"Plaintif dan rakan-rakan berasakan maruah mereka dan hak sebagai manusia dinafikan ketika 'pengurungan' ini," katanya.

Pihak berkuasa mendapati pengendali asrama mengurung pekerja berkenaan dengan kebenaran daripada majikan mereka, V Spec Engineering & Supplies, serta mengenakan pembekuan pengambilan tenaga kerja baru terhadap syarikat itu.

Hasibur, yang sudah kembali ke Bangladesh, menuduh tindakan majikannya dan pengendali asrama sebagai meletakkan risiko dia dan rakan-rakannya dijangkiti virus berkenaan serta menyebabkan mereka berdepan tekanan perasaan. 



Sumber - AFP/BeritaHarian




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rastaf 7-1-2021 12:23 AM
the rise of bangla...

hari tu bangla jatuh langgar lobang menang saman..sekarang saman bekas majikan pulak
Quote JohnDeSouza 7-1-2021 01:01 AM
rastaf replied at 7-1-2021 12:23 AM
the rise of bangla...

hari tu bangla jatuh langgar lobang menang saman..sekarang saman bekas maji ...

bukan bangla tapi pakistan
Quote rastaf 7-1-2021 01:49 PM
JohnDeSouza replied at 7-1-2021 01:01 AM
bukan bangla tapi pakistan



ooh pakis.. silap

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.503433 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top