CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buang Sampah Dari Kenderaan, Pelaku Berdepan Denda RM2,000 Atau 6 Bulan Penjara - JPJ

6-1-2021 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4796| Komen: 31



KOTA BHARU, 6 Jan -- Pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.

Merujuk kepada satu klip video yang tular semalam, jabatan itu berkata pihaknya telah mengeluarkan notis temu siasat kepada pemilik sebuah kenderaan berhubung tindakan seorang wanita melontar sampah keluar dari kenderaan tersebut yang dipercayai berlaku di Kelantan.

Perbuatan itu menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, demikian menurut kenyataan itu.

Menurut jabatan itu lagi, pelaku yang mengulangi kesalahan sama akan berdepan hukuman denda hingga RM4,000 atau penjara tidak lebih dua bulan, atau kedua-duanya.


Semalam, tular satu klip video memaparkan sebuah kenderaan berhenti di tepi jambatan sebelum seorang wanita membuang bungkusan plastik ke dalam sungai dengan melontarnya melalui tingkap kenderaan itu.

Tindakan wanita itu dikecam pengguna media sosial yang mengkritik perbuatannya sebagai tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.





Sumber - BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 6-1-2021 05:20 PM
besarnya hukuman. mabuk arak langgar mati apa hukuman lupa dah?
Quote Mina2215 6-1-2021 05:51 PM
Nak tengok apa alasan lagi pasni kat JPJ
Quote Youareyou788 6-1-2021 06:29 PM
Bayar bomoh buang saka dah berapa, ni kene bayar denda lak. Apalah nasib mokcik
Quote chinta89 6-1-2021 06:34 PM
Ape perasaan org yg viralkan psl makhencik buang saka tuh{:hooray
Quote renko 6-1-2021 06:50 PM
kang dia hantar saka kat jpj kang
hahahahahahahahaha
Quote isteri_ayil 6-1-2021 07:41 PM
bagus.. baru ada akal....
pengajaran kpd org lain.... zaman skrg ni mmg zaman tular pun... so, jaga lah sikit tingkahlaku..

at least, pihak berkuasa BUAT KERJA..

tak payah nak back up sgt lah makcik saka tu...
Quote matchstick 6-1-2021 07:47 PM
wnwa05: besarnya hukuman. mabuk arak langgar mati apa hukuman lupa dah?

Mmg patut pun hukuman tu..padan la muka org yg takde sivik camtu.
cuma yg tak patut hukuman langgar mati orang. Mmg kena beratkan lagi hukuman tu.
Quote tumpanglalu74 6-1-2021 07:52 PM
Hey, kalo takde video memang lepas ke macamane?  
Quote dudaberhias 6-1-2021 07:55 PM
if betul buang saka elok berhentikan la kenderaan tu pergi buang elok2... ni macam drive thru jah... memang orang buang sampah selalunya drive thru macamni la...

kalau betul buang saka sian makcik tu tak memasal kena 2k...
Quote awanearisu 6-1-2021 07:57 PM
RM2000 harga kelestarian sungai, untuk masa hadapan anak-anak cucu kita juga.
Quote AshKetchum 6-1-2021 08:02 PM
cash la ko kan mokcik? daripada nak buang saka dah tak pasal2 jah buang duit bayor denda 2000 hengget tu. tak malu ke orang kenal ko sebagai mokcik saka 2k cam jamal jamban (sekarang dah jamal kerang) hah mokcik?
Quote famri7 6-1-2021 08:23 PM
Tergamak nk saman uhlul mukminah berkerudung labuh suchi embun pergunungan tanah merah csytt? Heshs menjtup aooorat kot dah2 lah tu viralkan mukminah sejatti
Quote kakigebang 6-1-2021 08:30 PM
Edited by kakigebang at 6-1-2021 08:32 PM

kena denda, baru ada akai, pssni buat la lagi
Quote makneng 6-1-2021 08:45 PM
Tohok sampah dale tong sampah.. Jange tohok kokse. Natam sunggoh laaaaaaa.. Pade muko mung tino terebe pitih mung..

Sskjp mendonia!!!
Quote MissVixen 6-1-2021 08:47 PM
Padan muka mak cik saka. Selama ni entah dah berapa banyak sampah main campak je.
Jpj jangan cakap je dan kesian. Kenakan hukuman maksimum. Biar jadi pengajaran kepada beruk2 ni.
Quote Normabaru 6-1-2021 08:48 PM
Tabiat suka buang sampah di tempat tak sepatutnya jadi punca longkang tersumbat dan banjir kilat berlaku.. Mana tak banjir satu macam kali ni
Quote najib888 6-1-2021 08:53 PM
Aku ingatkan JPJ kelantan buat statement ni pasai kes pengguna jalan raya yg kotorkan lebuhraya masa cuti hari tu. Rupanya pasai makcik buang saka..

Patutnya, biaq la JPS ka JAS ka buat statement.. jangan buang hantu dalam sungai..

Tak payah habaq pasai jumlah denda dan hukuman. Rasanya ramai tau..tapi masih ramai tak sedaq.. aku rasa, undang-undang Malaysia ni dah cukup elok.. tapi bab pelaksanaan, hmmm.. kilang haram mencemar sungai pun sonyap.. tetiba jadi kilang makruh.. haram tidak, halai tidak..
Quote ChildrenOfBodom 6-1-2021 08:55 PM
Boleh mintak tolong saka tu tarik duit
Quote Supersirap 6-1-2021 11:50 PM
X pasal-pasal viral seluruh negara dan kena denda from jpj, sekarang siapa yang malu dan rugi, semoga insiden ini menjadi pengajaran buat semua

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.092078 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top