Pelakon Keith Foo kini sudah membuang lebih 10 peratus tatu di tubuhnya menggunakan rawatan laser. Keith berkata, dia ingin membuang semua tatu yang ada kerana mahukan tubuh yang lebih bersih dan pada masa sama, membuka peluang kepadanya untuk membawakan lebih banyak watak ketika berlakon.
"Saya sendiri yang nak buang sebab nak badan saya 'clean' (bersih). Nak jalani penggambaran pun senang. Jadi, kalau tak ada tatu, produksi pun tak payah susah-susah nak 'hilangkan' tatu dengan solekan atau kesan khas," katanya. Keith yang kerap membawa watak sebagai orang Islam berkata, tatu yang ada di tubuhnya mengehadkan kepelbagaian watak yang boleh dilakonkannya.
"Kadang-kadang bukan semua watak yang saya lakonkan sesuai dengan imej bertatu. Pada satu ketika, saya memakai baju lengan panjang untuk sembunyikan tatu, tapi bila terselak sikit dah nampak.
|
kucingitam: bagusnya dia ni..bukan muslim beriya nak buang tattoo.. yang muslim beriya nak cacah tattoo
helicornia replied at 6-1-2021 04:26 PM
bertatu mmg buruk ye
tk payah la nak acah2 trendy ke nampak gangster ke
klu iols non muslim pun io ...
ADVERTISEMENT