CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Sepak Cucu Umur Lima Tahun Sampai Pecah Usus

6-1-2021 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4757| Komen: 27

Rawang: Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30 Disember lalu.

Mangsa berusia 5 tahun dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin jam 7 malam sebelum menghubungi ambulans.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Katanya, bedah siasat yang dijalankan hari berikutnya mendapati mangsa maut akibat kecederaan pada ususnya yang pecah dipercayai kerana didera.

"Keluarga mangsa pada mulanya mendakwa mangsa mengalami sakit perut dan muntah sebelum ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu selain enggan membuat bedah siasat.

"Berdasarkan keputusan bedah siasat itu, polis menahan enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun termasuk suspek utama yang juga nenek saudara mangsa untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut juga menemui kesan parut lama tubuh mangsa dicucuh dengan ubat nyamuk yang dibakar," katanya dalam sidang media di Balai Polis Rawang, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sebelum membuka siasatan sebagai kes bunuh kerana terdapat unsur jenayah pada mangsa.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut tidak menolak kemungkinan suspek mendera mangsa yang tidak mampu berjalan dan berdiri kerana sering buang air besar tanpa sedar.

"Mangsa juga mempunyai rekod penyakit lebihan cecair dalam otak selain pernah menjalani pembedahan namun mampu bertutur dengan baik.

"Bapa mangsa yang tinggal bersama dipercayai tidak menyedari kejadian menimpa anaknya kerana bekerja sebagai pemandu lori dan sering tiada di rumah," katanya.

Katanya, semua suspek ditahan 1 Januari lalu kini direman selama enam hari sehingga 7 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fishflake 6-1-2021 03:32 PM
Dasar nenek bajingan...
Quote buapakperut 6-1-2021 03:37 PM
celaka nya kau nek, indon ni kat mana2 pun leh nampak die punya tiall lhoh, dere budak kecik macam tu, ko dh tua kenapa makin syial
Quote dua_chzy 6-1-2021 03:37 PM
Benci betul tino tu kat budak ni ya. Kesian ko nak. Patutnya mak pak ko yang tak guna bunuh saja ko masa dalam perut, daripada hidup terseksa 5 tahun di dunia.
Quote Artemesiaa 6-1-2021 03:39 PM
Kalau tak sangup nak jaga elok berterus terang dari jadi pendera dah tertangkap hadap ler hukuman.
Quote manehnya 6-1-2021 03:39 PM
Indon!!!!!! {:dot
Quote missbigrockstar 6-1-2021 03:40 PM
Nenek warga Indonesia. So family warga asing yg menetap di Malaysia ke mcm mana ni? Dtg negara org buat onar pula. Puas lah hati kau cucu dah meninggal. Selama ni susahkan kau kan sebab dia ada masalah kesihatan?
Kesian budak tak berdosa baru 5 tahun dunia pun belum kenal. Damailah kau di syurga anak kecil.
Quote dua_chzy 6-1-2021 03:40 PM
Mohon polis2 yang keja di balai tempat meka ditahan sepak juga perut suma suspek sampai usus pecah ya. Biar saja mereka mati didera dalam tahanan. Celaka punya orang dewasa sekor2 selfish hanat takda perikemanusiaan perangai lagi teruk dari anjing. Penipu la ngkau tak tau anak ko didera. Sah2 ko lansung tak peduli. Mentang2 budak tu cacat.
Quote EvieWanKenobi 6-1-2021 03:45 PM
nerakanya perangai..
Quote giyomi 6-1-2021 03:57 PM
sialan...hukum gantung maling sundal ni semua. anank kecik bole kau perlakukan sebegitu...gerammmm akak dgar
Quote LadyCarefree 6-1-2021 04:03 PM
Hantar balik semuanya kalau pati
Quote Scheherazade 6-1-2021 04:20 PM
Ni perikebinatangan namanya. Patut do exactly to her what she did to the little girl
Quote Kurex 6-1-2021 04:25 PM
Leluhurrrrrr tersialll
Quote Nes3in1 6-1-2021 04:30 PM
Bagi hukuman qisas baru adil.
Quote Supersirap 6-1-2021 04:49 PM
kenapa sampai begini rupa, semoga mereka semua menerima hukuman yang sepatutnya
Quote Eliadaisy83 6-1-2021 05:17 PM
Geng goblok si trisna punya kerja la ni..
Quote chinta89 6-1-2021 05:24 PM
Eh kenapa jahat dan kejiiiiii ni {:yameteh
Quote doubleA 6-1-2021 05:33 PM
Siannya dapat family tak guna. Damai la di alam sana nak, dunia ni sangat kejam. Biar yg buat tu dapat mimpi ngeri tiap2 malam, dapat dakwaan dan balasan di dunia. Kalau dah makbapak bangang tak reti syukur jaga anak rancanb family la woi
Quote Gomea 6-1-2021 05:54 PM
Kesiannya. Dahlah sakit. Dapat pulak keluarga tak guna. Dalam artikel tak sebut pon mak dia. Cerai ke?
Quote Suchi 6-1-2021 06:11 PM
Siannya budak OKU kena dera,mak bapak bercerai duk ngn nenek tp nenek plak mendera.
Selalunya nenek akan sayang cucu melebihi anak sendiri tp yg ini emmm
Kalau tanak bela hantarla umah kebajikan ckp je saya tanak bela kalau saya bela nnt saya dera dia sbb sy ni hati hitam lagi busuk kooh tak suka nak susah2 jaga oku bagai ni.
Nenek lupa kot skrg larat lagi berjalan sekali Tuhan bagi ko sakit bila2 masa je ko pun leh terlantar tak mampu nak kencing berak sendiri.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.045129 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top