CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Refleksologi Tawar Mandi Buih Berahi RM190 Bertemankan "Ayam" Vietnam Dan Thai

6-1-2021 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7886| Komen: 42



Kuala Lumpur: Bukan sekadar pusat urut biasa sebaliknya premis di Jalan Kepong di sini, turut menawarkan khidmat mandi buih bertemankan pelacur Vietnam dan Thailand.

Pakej mandi istimewa terbabit ditawarkan pusat maksiat itu yang berselindung di sebalik pusat refleksologi kaki.

Kegiatan itu terbongkar yang membawa kepada serbuan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 11 malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, hasil serbuan pihaknya menahan enam wanita warga asing yang bekerja di pusat urut berkenaan.

"Siasatan mendapati premis berkenaan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan pada RM190.


"Pelanggan juga boleh memilih wanita Thailand dan Vietnam di ruang menunggu yang disediakan pemilik premis," katanya yang ditemui selepas tamat operasi itu.

Saiful Annuar berkata, dalam serbuan berasingan pihaknya turut menahan dua wanita yang turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Menurutnya semua individu yang ditahan dibawa IPK Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63.



Sumber : HarianMetro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-1-2021 01:54 PM
Patutlah ayam hilang.. tak dapat payment dari pee esh, kau biat kerja tak senonoh plak
Quote nanies 6-1-2021 02:08 PM
cadar corak kartun gitu, hilang nafsu hakak
Quote Redmyvi 6-1-2021 02:37 PM
nanies replied at 6-1-2021 02:08 PM
cadar corak kartun gitu, hilang nafsu hakak

hahahaha gelak besar baca komen akak.. tapi mmg pun apa la buh cadar kartun.. tak romantik lgsung
Quote epal21 6-1-2021 02:47 PM
nanies: cadar corak kartun gitu, hilang nafsu hakak

betul sungguh. apa benda lah pakai cadar kartun p.malam? pakailah cadar plain.
Quote harkktuih 6-1-2021 02:49 PM
Mandi buih hapoo takat pakai sabun shokubutsu dgn air dlm tong
Quote matchstick 6-1-2021 02:52 PM
nanies: cadar corak kartun gitu, hilang nafsu hakak

Lelaki sangap mana sempat diorg nk pikir corak cadar dh kak..buh katil saje takde tilam pun jadik
Quote sharlenetexas 6-1-2021 02:53 PM
Kurang2 pun buih bath & body work. The body shop pun makin mahal
Quote matchstick 6-1-2021 02:54 PM
Listerine saje sampai 2 botol kt situ..lepas kasi service ayam2 tu kumur sesungguh hati kut
Quote sharlenetexas 6-1-2021 02:55 PM
harkktuih replied at 6-1-2021 02:49 PM
Mandi buih hapoo takat pakai sabun shokubutsu dgn air dlm tong

Kurang2 shower head macam kat spa mahal. Bath tub pun takde

Quote Nnasda53 6-1-2021 03:33 PM
Hahahahaha...tergelak baca komen
Quote TOPwind 6-1-2021 03:36 PM
Bagus untuk keslhatan
Quote pxlbb 6-1-2021 03:37 PM
aduuh tengok bilik pun aku dah terbau ketiak abangla   apo nak stim tengok cadar lilo and stitch
Quote pxlbb 6-1-2021 03:39 PM
709df00385230899f0b1f57ad9b5186b.jpg

kusangka begini
Quote buapakperut 6-1-2021 03:39 PM
kesian cadar lilo n stitch itu menyaksikan adegan tak bermoral
Quote supernaturalee 6-1-2021 03:40 PM
nanies replied at 6-1-2021 02:08 PM
cadar corak kartun gitu, hilang nafsu hakak

stitch









Quote supernaturalee 6-1-2021 03:41 PM

klu ni padan lah nk berahi


Quote buapakperut 6-1-2021 03:43 PM
harkktuih: Mandi buih hapoo takat pakai sabun shokubutsu dgn air dlm tong

hahahak lifebouy la tu, mungkin untuk virus covid punya shower gel, tapi tak taula kot botol ja lifebouy tapi isi jenama zen
Quote dua_chzy 6-1-2021 03:44 PM
Akak boleh imagine bau tengik dan kepam bilik tu.
Quote dua_chzy 6-1-2021 03:45 PM
pxlbb replied at 6-1-2021 03:39 PM
kusangka begini

Kalau tahap gini sah2 atas 500 hengget sejam sis.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.202365 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top