CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Watie Sadali Didakwa Masam Muka Dengan Elite Sejak Tak Sertai GV5

6-1-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11650| Komen: 38

Description: Pelakon dan penyanyi, Watie Sadali menafikan hubungannya bersama anggota Elite kian renggang gara-gara tidak kerap mengisi masa bersama ahli kumpulan berkenaan.
Pelakon dan penyanyi, Watie Sadali menafikan hubungannya bersama anggota Elite kian renggang gara-gara tidak kerap mengisi masa bersama ahli kumpulan berkenaan.

Watie atau nama sebenarnya, Norwati Sadali berkata, meski jarang kelihatan bersama di mana-mana majlis, namun hubungan mereka masih lagi baik dan kerap berhubung di media sosial.

“Kami masih lagi berhubung, cuma saya tidak nafikan mungkin dalam mana-mana acara atau pun projek saya tiada bersama Elite. Misalnya ketika mereka bersaing di GV5 lalu, saya belum bersedia untuk buat persembahan di atas pentas.

“Saya pun sudah lama tak menyanyi, tak mahu memalukan diri sendiri. Jadi adalah lebih baik untuk saya buat keputusan untuk tidak bertanding.

“Tambahan pula ketika itu saya juga ada beberapa komitmen dengan lakonan, keluarga dan sebagainya. Rasa macam sukar untuk fokus antara pertandingan dan lakonan nanti. Kita pun dah berumur, saya dah pun 43 tahun,” katanya.


Kredit foto: Google


Jelas Watie, persahabatan di antara mereka kekal terjalin cuma ketiadaannya di pertandingan nyanyian itu membuatkan ramai yang meneka mereka sudah tidak bertegur sapa.

“Masih lagi baik. Cuma buat masa sekarang kami jarang berjumpa, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19  selain masing-masing turut ada komitmen sendiri.

“Apa pun, kami kekalkan hubungan dengan saling berkomunikasi di grup WhatsApp. Misalnya ketika sambutan tahun baru, kami saling berbalas ucapan.

“Begitu juga bila tiba hari jadi, kami tak akan lupa untuk berikan ucapan. Biarlah jauh di mata, tetapi dekat di hati. Itu pun sudah baik dan memadai. Tiada istilah saya menjauhkan diri.

“Tetapi saya tidak nafikan ada yang buat spekulasi kami bergaduh lebih-lebih lagi ketika saya tak sertai Elite dalam GV. Ada yang terkejut. Malah, Azza yang paling awal pelawa saya, cuma waktu itu saya rasa takut.

“Ia program pertandingan dan saya ni seorang yang ada ‘darah gemuruh’. Bila konsepnya begitu, perasaan itu tiba-tiba jadi lain. Kalau buat persembahan biasa, saya tidak kisah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Watie kini sibuk di lokasi drama rantaian, Ustazah Biker yang bakal bersiaran di saluran Salam HD Februari depan.

Selain Watie, turut sama terlibat di dalam drama arahan Lizam Togil (Ujang) terbitan A Aida Production Sdn Bhd itu ialah Hazman Al-Idrus, Alif Muhaimin, Chacha Maembong dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 6-1-2021 12:33 PM
[fbv]1926243954348105[/fbv]
Quote missHaidiD 6-1-2021 12:38 PM
Saman kt hana da byr ke belum
Quote Redmyvi 6-1-2021 12:52 PM
Kes dia dh settle kaa?
Quote tikusmontok 6-1-2021 01:51 PM

hampeh tul jihan
Quote nanies 6-1-2021 02:16 PM
dia ni ada kes hutang sampai blacklist member dia kan.
Quote one_aiman 6-1-2021 02:31 PM
tapi, dalam elite suara dia ngan abby je yg best
Quote Noraniza_Iblis 6-1-2021 03:24 PM
one_aiman replied at 6-1-2021 02:31 PM
tapi, dalam elite suara dia ngan abby je yg best

plg rengsa dgr suara menguap shasha..
dgn sore jantan azza..
Quote mrsLucky 6-1-2021 04:14 PM
Dah habis bayar hutang ker? Banyak tuh...Hana dah dapat keluar negara ker skg?
Quote shida81 6-1-2021 04:17 PM
elok la kak x yah terkinja2 atas pentas dah tua2 nie
Quote one_aiman 6-1-2021 04:23 PM
Noraniza_Iblis replied at 6-1-2021 03:24 PM
plg rengsa dgr suara menguap shasha..
dgn sore jantan azza..

ahahah suara menguap eh..linda pulak suara apa?

ok xjadi la nak tanya
Quote becir 6-1-2021 04:25 PM
OT sat, my friend jumpa profile Hana kat tinder..cantik lagi la
Quote Roxy453 6-1-2021 04:26 PM
hutang oh hutang...
Quote Carlalisk 6-1-2021 04:46 PM
Roxy453 replied at 6-1-2021 04:26 PM
hutang oh hutang...

To me dia mmg cntik. Kulit sawo matang dia tu seksi
Quote salimrock 6-1-2021 04:47 PM
punca kekalahan elite ialah ketiadaan wati,

so kalo ada wati elite boleh pergi lebih jauh?
Quote rayna_raynes 6-1-2021 06:05 PM
mrsLucky replied at 6-1-2021 04:14 PM
Dah habis bayar hutang ker? Banyak tuh...Hana dah dapat keluar negara ker skg?

hana dah discharge bankrupt. Skrg watie yg bankrupt sbb hana saman dia balik

Quote beni_nikaido 6-1-2021 06:14 PM
dulu dalam Elite suara dia yg paling sedap
Quote rayriff 6-1-2021 07:28 PM

bengong la ko ni.. sakit perut aku terbahak2 gelak.
Quote irsa 6-1-2021 07:53 PM
Apa2 je la deols nie.. betul jugak dah berusia mmg x ada mood on stage kan. Lagipon sheols better belakon je nmpk x kayu pon
Quote Youareyou788 6-1-2021 07:57 PM
Dia busy jadi cikgu zumba

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.059397 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top