Pelakon Shahriza Mahmud, 55, kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Putrajaya selepas mengalami demam panas serta meracau, baru-baru ini.
Suaminya, Saddiq Raffali, 40, berkata, isterinya dikejarkan ke hospital tengah malam Ahad lalu selepas didapati meracau-racau selain suhu badannya terlalu tinggi. "Suhu badannya 39.5 darjah selsius dan dia terus ditempatkan di Zon Merah. Pemeriksaan doktor mendapati ada jangkitan kuman pada darah dan paru-paru. Itu yang buat dia demam dan meracau. Tekanan darahnya juga tak stabil dan doktor kemudian memasukkan tiub bantuan pernafasan untuk memudahkan dia bernafas," katanya. Saddiq berkata, dari Unit Rawatan Rapi (ICU), Shahriza dipindahkan ke Unit Penjagaan Kritikal (CCU) kerana bimbang sekiranya dijangkiti Covid-19.
"Kami dan beberapa penulis terbabit untuk projek telenovela terbitan Global Station. Biasanya kami bekerja secara online sahaja. Bagaimanapun enam hari lalu kami berjumpa dan berkumpul untuk mesyuarat pembahagian tugasan," katanya. Saddiq juga bimbang kerana salah seorang penulis yang terbabit disahkan positif Covid-19, kelmarin. "Shahriza boleh dikira kontak rapat kerana dia duduk di sebelah individu itu. Memang tak sangka dia dijangkiti Covid-19 sedangkan dia tiada sebarang gejala," katanya. Saddiq berkata, mereka berdua sudah menjalani ujian swab dan masih menanti keputusan. "Saya juga kena buat kerana saya kontak rapat isteri. Kami kena buat ujian swab sebanyak dua kali. Jika positif Shahriza akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan sekiranya negatif hanya akan menjalani rawatan di Hospital Putrajaya. "Saya bimbang kerana isteri sudah berusia 55 tahun dan perlu diberi lebih perhatian. Syukur keadaannya sudah stabil. Buat masa ini tiada sesiapa dibenarkan melawat isteri termasuk saya," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
TomyamPuteh replied at 6-1-2021 01:41 PM
Adik suami shahriza seopis dgn aku. Adik beradik raffali. Mmg diorg eng background. Jd kaunter ptany ...
Acikgomen replied at 6-1-2021 02:13 PM
Acik teringat hasben first heshe. Hensem pelakon spektra mcm heshe jugek. Mamat tuh terer bersilat ...
adelea replied at 6-1-2021 02:39 PM
laki tu nama afendi ..
berlakon spectra citer jaguh jaguh kann
lepas kawen , tak sampai berapa ...
prettyuglybabe replied at 6-1-2021 12:20 PM
itu la sebab orang suruh follow sop duduk 1 meter pakai mask segala..
kalau follow sop chances nak ...
bluebutter replied at 6-1-2021 02:45 PM
Ohhh motip i igt jugak. Masa tu sebesar satu muka surat urtv shariza ni nanges nanges. My friend n ...
c===8 replied at 6-1-2021 02:48 PM
shariza, komeng kirim salam
bluebutter replied at 6-1-2021 02:56 PM
Siapa komeng?. Fendy tu ke.
c===8 replied at 6-1-2021 02:59 PM
pakwe lama dia zaman 80an
bluebutter replied at 6-1-2021 03:01 PM
Komeng ni dulu masa kt berek polis muar ada anak polis tu nama komeng. Kebetulan maybe.
Acikgomen replied at 6-1-2021 02:13 PM
Acik teringat hasben first heshe. Hensem pelakon spektra mcm heshe jugek. Mamat tuh terer bersilat ...
ADVERTISEMENT