CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali XPDC Alami Masalah Jantung

6-1-2021 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5067| Komen: 21

Penyanyi kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail atau Ali, 53, dikejarkan ke Hospital Shah Alam malam tadi selepas mengalami kesukaran bernafas dan masalah jantung.

Penyanyi, Datuk Nash yang menziarahinya hari ini berkata, keadaan Ali kini stabil dan dia ditempatkan di Zon Kuning.

"Sebaik sampai malam tadi, Ali yang dibawa isterinya terus ditempatkan di Zon Merah untuk pemeriksaan segera doktor. Mereka beritahu saya tekanan darahnya terlalu tinggi.

"Dalam masa sama, dia masih perlu menjalani ujian swab untuk Covid-19 dan kena tunggu keputusan yang dikeluarkan," katanya.

Sementara itu, Ali meminta rakan-rakan dan peminat mendoakannya agar segera sembuh.


Foto: Harian Metro


"Saya mohon doakan saya sekarang yang dimasukkan ke Hospital Shah Alam. Ada sedikit ujian dari Allah SWT. Moga doa kalian dimakbulkan dan Insya-Allah saya akan kembali pulih seperti sediakala. Doakan," katanya menerusi rakaman video.

Terdahulu, Ali pernah melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika sedang membakar sampah di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Klang pada 26 Mac tahun lalu.

Penderitaannya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan bebannya. 

Tidak terkecuali, Konsortium Irama (Irama) dan Muzikal Malaysia turut bergabung membantu Ali apabila mewujudkan Tabung Kecemasan Kemalangan Penggiat Seni Muzik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaban_spacecop 6-1-2021 12:19 PM
Banyak betul dugaan Ali lately...semoga dipermudahkan urusan.. Insyallah
Quote mamajawie 6-1-2021 12:32 PM
kurusnya ali..nampak lain lak..smoga dipermudahkan
Quote otai_g 6-1-2021 12:42 PM
Ali xpdc dgn ali tera rossa lain ke sama ek?
Quote She-Ra 6-1-2021 01:04 PM
otai_g replied at 6-1-2021 12:42 PM
Ali xpdc dgn ali tera rossa lain ke sama ek?

samaaaa
asalnya ali terarosa lepastu join xpdc jd la ali xpdc

apapun moga sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin..
Quote supernaturalee 6-1-2021 01:50 PM
next year msk gv8
heols blh nyanyi lagi

hr tu jd guest artist jah
Quote amyainsamad 6-1-2021 03:03 PM
sedap lg suara ali ni weh
Quote otai_g 6-1-2021 06:36 PM
She-Ra replied at 6-1-2021 01:04 PM
samaaaa
asalnya ali terarosa lepastu join xpdc jd la ali xpdc


Oo kisahnya. Ali tera roaa yg nyanyi time konsert xpdc brutal. Time tu mael x nak nyanyi.

Pd aku ali ni kira penyelamat xpdc lah.
Quote Ninjanunu 6-1-2021 08:20 PM
Semoga pulih semula..
Quote little_sis 6-1-2021 08:22 PM
Muka dia mmg lebam ke atau sunburn tu..
Quote LemakPetai 6-1-2021 08:46 PM
Sunburn teruk muka. Semoga cpt sembuh
Quote LadyCarefree 6-1-2021 11:09 PM
Kesian. Semoga cepat sembuh.
Quote Managerara 6-1-2021 11:10 PM
Ali ni dulu rambut panjang rebonding pakai spek ke?
Jauh beza muka die kan..
Quote kuku^panjang 6-1-2021 11:15 PM
semoga dipermudahkan..

Quote jerukkedondong 6-1-2021 11:22 PM
Teruk jugak kesan melecur muka Ali tu..btw cantik baju pesakit hospital shah alam..
Mcm baju kedah mak I coraknya..
Quote pavlovachoc 6-1-2021 11:32 PM
Semoga cepat sembuh
Quote She-Ra 7-1-2021 08:01 AM
otai_g replied at 6-1-2021 06:36 PM
Oo kisahnya. Ali tera roaa yg nyanyi time konsert xpdc brutal. Time tu mael x nak nyanyi.

Pd ak ...

Gituuuu

Tp mael masih ada je dgn zuar rasanya.. guna nama band Real X.. tetap ramai pengikut walaupun suara mael yg 'unik' tu.. lagu dorg ada rohhhhhhh.. ini salah satu sb org tetap ikut real x dgn penyanyi asal Mael
Quote EvieWanKenobi 7-1-2021 11:22 PM
awat dulu rasa Ali Terra Rosa macam hensem je..
Quote diss69 7-1-2021 11:42 PM
Moga ali cpt sembuh.. Dulu2 layan jugak lagu xpdc.. Lelagi jiran dpn umh bujang.. Sket punya kuat dia psng lagu2 xpdc ni.. Smpaikan ada lirik2 lagu akk boleh hafal...
Quote awenda507 7-1-2021 11:45 PM
Get well soon. Suara ali masih power masa jd guest artis gv lps.thorbaek!

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.056292 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top