CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syazuwan Hassan Tak Akan Tewas Dengan Godaan Wanita Cantik Dan Seksi

6-1-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11360| Komen: 48

Digoda dengan gadis cantik dan seksi tidak sesekali membuatkan pelakon, Syazuwan Hassan, 30, terjerumus ke lembah hina dan maksiat.

Hakikatnya, dunia selebriti begitu mudah membawa seseorang selebriti berdepan dengan pelbagai godaan.


Syazuwan berkata, dia tidak mahu tewas dengan ujian godaan yang mampu memberi kesan negatif pada kerjaya dan kehidupan peribadinya.

Katanya, dia berpegang kuat pada prinsip untuk sentiasa menjaga nama baik dan keluarga supaya tidak terpengaruh dengan godaan yang melalaikan.



"Tidak menafikan, saya sering mendapat mesej nakal dalam sosial media. Saya memang tak layan langsung kerana kebanyakan mesej yang saya dapat, pelik.

"Contohnya, ada wanita yang mengajak saya berjumpa. Saya bertanya berjumpa atas dasar kerja atau apa. Dia kata tidak, sebaliknya ada permintaan mahu mengajak melakukan perkara tidak senonoh.

"Saya tak kisah jika daripada akaun palsu. Ini kerana ramai yang wujudkan akaun palsu untuk mengacau, tetapi saya dapat mesej daripada pemilik akaun sebenar. Kemudiannya, saya membalas dengan teguran, kerana tidak mahu ia berlanjutan," katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Dia Menantu Rahsia dan Asalkan Dia Bahagia itu berkata, dia perlu bijak menepis godaan supaya namanya tidak terpalit dengan perkara tidak bermoral.

"Nama saya sudah dikenali ramai, jadi sebelum buat apa-apa, lebih baik saya berfikir dahulu. Jika boleh, saya mahu mengelakkan perkara yang tak diingini pada masa akan datang.

"Jujurnya, saya seorang yang berfikir panjang sebab saya tak mahu buat perkara yang memalukan saya dan keluarga. Saya sentiasa beringat menjaga keperibadian. Alhamdulillah hingga hari ini, saya tak tewas dan masih ada iman lagi," katanya.



Bagi Syazuwan, perkara sebegitu terpulang pada pegangan individu, sekiranya seseorang pandai menepis dan menjaga kehormatan diri pasti dapat mengawal keadaan dengan baik.

Syazuwan tidak menafikan, ada yang menggunakan populariti ke arah itu, tetapi tidak dirinya.

Dalam pada itu, pelakon drama Bidadari Salju itu berkata, dia pernah menerima cadangan beberapa pihak untuk mencipta kontroversi supaya namanya lebih dikenali.


Foto: IG

Bagaimanapun, Syazuwan berkata, dia enggan dikenali kerana kontroversi, sebaliknya menerusi hasil kerjanya, meskipun secara perlahan-lahan.

"Ada rakan dalam industri yang menyarankan mencipta kontroversi untuk menaikkan nama.

"Saya tak gemar nama saya popular disebabkan kontroversi. Saya mahu orang kenal menerusi hasil kerja. Jadi, untuk saya sengaja cipta kontroversi menaikkan nam, itu bukan saya.

"Sebab kita tahu ada kontroversi yang boleh menaikkan dan ada juga boleh menjatuhkan nama. Biarlah, saya membina nama saya dengan lakonan, meskipun ia memakan masa," katanya yang kini sedang menjalani drama Baby Tak Gila.



Syazuwan berkata, dia bersyukur meskipun tiada kontroversi yang menghangatkan namanya, tawaran lakonan yang diterima tetap ada. Malah, rezekinya tidak pernah putus selepas Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL), sekitar empat tahun lalu.

"Alhamdulillah, jadual lakonan saya padat hingga Mac tahun depan. Nak kata saya baik dengan penerbit tidak juga, sebab ada saya juga bekerjasama dengan penerbit yang tidak dikenali.

"Mungkin, ia adalah hasil kerja saya yang mereka nampak dan tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana produksi dan sentiasa menjaga disiplin," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 6-1-2021 09:32 AM
Haha ye la tu.. sekali keluar jugak gambar punai..
Quote jalfa 6-1-2021 09:34 AM
Badan sedap ya...sasa
Quote diggerr 6-1-2021 10:07 AM
Kamu siapaaaa kamu siapa
Quote prettyuglybabe 6-1-2021 10:10 AM
jangan closet sudah..
Quote EvieWanKenobi 6-1-2021 10:28 AM
dambaan @Kurex tak?
Quote mamajawie 6-1-2021 10:31 AM

tau xpe..heollss ni badan sesedap mata melihat..bahhahahha..mohoin str8 la jangan la gegayah..aku suka tgok dia ni berlakon

Quote mieymiey 6-1-2021 10:31 AM
Heols ni sesuai dengan Mimi Lana.
Quote gadis_mateen 6-1-2021 10:39 AM
heols ni da ada gf, da bercinta almost 10 years.
dekat ig heols sangat clean, tapi dkt ig gf bersepah gambar bercinta dari dulu sampai sekarang.
Quote suzycutegal 6-1-2021 11:00 AM
diggerr: Kamu siapaaaa kamu siapa

Baru nak tanya jugak.....{:run
Quote buapakperut 6-1-2021 11:16 AM
macam mana kalau macam natasha hudson yang kononnya semua cair ittew. whoayus dekk
Quote kaedahnya 6-1-2021 11:21 AM
hensem dia ni. muda lagibaru 30 rupanya.
Quote ladyzens 6-1-2021 11:54 AM
gadis_mateen replied at 6-1-2021 10:39 AM
heols ni da ada gf, da bercinta almost 10 years.
dekat ig heols sangat clean, tapi dkt ig gf bersep ...

macam dah break je
Quote ezacbee 6-1-2021 12:05 PM
Rambut berjambul dia ni teringat kat yusni [hussein abu hassan] filem doremi
Quote Kurex 6-1-2021 12:05 PM
Tapi akan tewas cuma dgn jelingan manja kurex
Quote Kurex 6-1-2021 12:05 PM
Tapi akan tewas cuma dgn jelingan manja kurex
Quote azwanaliori 6-1-2021 12:21 PM
berapa kali nk ulang artikel yg sama desperate sgt ke nk bagitau org dia kuat iman ke nk bagitau dia dah single .. sian gile ye kt awek berwajah desa nan permai dia yg rambut berkaler pelangi bercinte 11 tahun tapi nan hadooo
Quote gadis_mateen 6-1-2021 12:31 PM

goshhhh! yelah!

baru tengok igs gf, mcm baru break, sbb last month nampak still keluar sama lagi.

soooo sadddddd
Quote AbukRokok 6-1-2021 12:35 PM
yakinnya kamu...gay ke apa?
Quote ladyzens 6-1-2021 01:05 PM
gadis_mateen replied at 6-1-2021 12:31 PM
goshhhh! yelah!

baru tengok igs gf, mcm baru break, sbb last month nampak still keluar sama lag ...

tu lah..
nmpak mcm baru lagi
kesian pulak

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.142050 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top