CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Sedang Mengkaji Untuk Menyekat Kembali Pergerakan Rentas Daerah Dan Negeri

6-1-2021 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24561| Komen: 274

Kerajaan belum memutuskan untuk menyekat kembali pergerakan rentas daerah dan negeri susulan peningkatan kes dan kluster baharu COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji dan membuat penilaian risiko perkara berkaitan rentas negeri yang dibuka semula pada 7 Disember lalu sama ada menjadi punca peningkatan kes.


"Walaupun rentas negeri dan daerah masih dibenarkan, kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.

"Rakyat juga boleh secara sukarela menjalani ujian calitan sekiranya mereka mahu keluar dari zon merah untuk memastikan bebas Covid-19. Begitu juga mereka yang mahu pulang ke zon hijau boleh menjalani ujian calitan sebelum pulang," katanya dalam sidang media hari ini.

Kredit foto: Berita Harian


Sejak beberapa minggu lalu, kes positif COVID-19 masih merekodkan empat angka. Malah, jumlah kes aktif di Malaysia sudah menghampiri kapasiti di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital yang diwartakan untuk merawat pesakit itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, ketika ini kes aktif mencecah 22,089 manakala kapasiti untuk rawatan pesakit adalah 23,000.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kabinet masih belum membincangkan untuk mengadakan sidang khas Parlimen susulan peningkatan kes COVID-19. Perkara itu juga belum dikemukakan dalam Mesyuarat Kabinet oleh menteri berkaitan.

"Walaupun tiada sidang khas Parlimen, saya percaya strategi kesihatan KKM dan bukan kesihatan akan tetap dilaksanakan untuk mengekang COVID-19," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 6-1-2021 09:09 AM
Kenapa tak tunggu sehingga jutaan terima vaksin C19 baru sekatan merentas daerah dan negeri dilonggarkan/dimansuhkan?
Quote Belibis 6-1-2021 09:45 AM
Tak payah sekat rentas negeri la tok.nanti industri pelancongan pulak yang sakit.biar rakyat sakit,jangan tokey hotel yang sakit.
Quote akies 6-1-2021 09:51 AM
Nak kaji pebenda lagi.
Dah berpuluh-puluh kluster baru timbul.
Adoi la.
Quote xy_daen 6-1-2021 09:56 AM
Manakala di PWTC puak2 UMNO sibuk berpolitik desak PRU15 disegerakan demi kuasa...
Quote Knowlee 6-1-2021 10:09 AM
Too late to decide... Dah spread merata-rata dah. Sampai hospital pun dah jadi tempat jangkitan.
Quote Knowlee 6-1-2021 10:09 AM
xy_daen replied at 6-1-2021 09:56 AM
Manakala di PWTC puak2 UMNO sibuk berpolitik desak PRU15 disegerakan demi kuasa...

Harap diorg kena covid beramai-ramai.
Quote kelapaparut 6-1-2021 10:11 AM
xpe, buat pru dulu ape2 pun, biarjota2mati br buat sekatan rentas daerah bagai
Quote julia5094 6-1-2021 10:12 AM
xy_daen replied at 6-1-2021 09:56 AM
Manakala di PWTC puak2 UMNO sibuk berpolitik desak PRU15 disegerakan demi kuasa...

Boleh la abah bagi alasan tak boleh buat pRU pasal kes covid tinggi...
Quote Buritan 6-1-2021 10:18 AM
xy_daen replied at 6-1-2021 09:56 AM
Manakala di PWTC puak2 UMNO sibuk berpolitik desak PRU15 disegerakan demi kuasa...

Puak ni kalo mati terbako dlm pwtc tuu pun aku tak kesian.. mmg sejenis manusia yg terlalu pelahap.. depa ni Allah saje yg mengajonyaa
Quote dua_chzy 6-1-2021 10:18 AM
Mohon sekat. Akak benci lautan manusia di daerah akak. Pedulik bisnes korang ke laut.
Quote Buritan 6-1-2021 10:19 AM
Knowlee replied at 6-1-2021 10:09 AM
Too late to decide... Dah spread merata-rata dah. Sampai hospital pun dah jadi tempat jangkitan.

Jaga sendiri jah now.. ..
Quote nisako 6-1-2021 10:44 AM
sekat je le kes x kurang2 pun
Quote badaksumbu 6-1-2021 10:47 AM
dah settle semua anak beranak vvip bercuti sakan, blh la consider semula tutup sempadan. akal kerajaan pn mmg mudah dibaca
Quote emera 6-1-2021 10:49 AM
Kat sungai buloh tu dah serupa khemah pelarian.. nnt bertambah lagi, nak sumbat mana?
Quote Scheherazade 6-1-2021 10:50 AM
Dah merebak merata br nk kaji. Kira dah terhantuk br tengadah
Quote suzycutegal 6-1-2021 10:51 AM
Sedih sangat. Kita ni punya la menjaga tak keluar gi jalan2 even balik kg pun tak... just video call dgn kerap tanya kabar org tua di kampung....tengok orang lain pergi jalan2 ke langkawi lah, cameron lah...bukan main lagi mcm tak ada covid...lagi rengsa klu tengok parents pakat bawa anak2 kecik ke mall....naik flight.... aduhhhhhh....semoga semua nya selamat lah...tu je
Quote mikasa 6-1-2021 10:51 AM
kelapaparut replied at 6-1-2021 10:11 AM
xpe, buat pru dulu ape2 pun, biarjota2mati br buat sekatan rentas daerah bagai

Abis pru baru buat pkp 3 bulan .abis cita kan
Quote suzycutegal 6-1-2021 10:52 AM
Vaksin pun takut juga bila baca ada nurse yg meninggal lepas suntik...i ollls bukan anti vaksin ya... cumanya maybe la ada side effect kat org2 tertentu yg masih belum diketahui...risau juga yg tu
Quote Artemesiaa 6-1-2021 10:54 AM
Dah habis cuti baru nak cadang tambah isu politik pun tetiba kembali hangat, meeting2 ni bahaya gak bukan takut covid19 je kan

Lihat semua komen(274)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.149677 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top