CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Ingat Ibu Dengan Aku Bibik Ke?" -Anak Bengang Ayah Pengotor, 'Kuat Berlakon' Depan Anak Lain

6-1-2021 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6215| Komen: 31

Siapa yang mampu bersabar apabila melihat rumah yang penat-penat dikemas bertukar menjadi tunggang langgang sekelip mata?

Boleh dikatakan situasi berkenaan terpaksa dihadapi setiap hari oleh gadis ini sehingga membuatkan dirinya tertekan.


Menulis luahan di laman IIUM Confession, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Nana ini berkata dia begitu kecewa dengan sikap bapanya yang mempunyai tabiat buruk sehingga membebankan dirinya dan ibu.


Gmbar Hiasan via mStar Online

"Macam yang semua tahu sekarang semua student tengah Open Distance Learning, ODL di rumah. Saya agak tertekan sepanjang ODL di rumah sebab ayah saya seorang yang pengotor. Saya tak tahu nak klasifikan ayah saya pengotor atau tidak bertanggungjawab.


"Ayah saya seorang yang bila dia dah duduk di sesuatu tempat, dia tak masukkan kerusi balik ke tempat asalnya. Elok kita susun masuk dalam meja, tapi bila dia dah duduk tak reti nak masukkan balik.

"Sampai dua-tiga kerusi dia bangun tinggalkan. Kalau dah hari-hari macam ni siapa je tak marah? Bila dia dah siap makan pula, dia letak je pinggan atas meja dan pergi cuci tangan.

"Kadang-kadang dia basuh je tangan dia atas pinggan tu (tuang air dalam pinggan). Bila dia makan jajan-jajan atau kerepek, habis tumpah semua dekat lantai. Ayah saya masih kuat lagi ya, tak ada parkinson. Dia baru pencen setahun lalu," tulis gadis berusia 23 tahun ini.

Cerita Nana lagi, apa yang membuatkannya kecewa apabila bapanya langsung tidak mempunyai rasa bersalah atau sedikit rasa bertanggungjawab dek tindakan yang dilakukannya itu.

"Pernah beberapa kali saya masuk saya tengok syampu, segala peralatan mandi berselerak dekat rak dalam tandas.

"Syampu jatuh pun tak diangkat. Bila keluar toilet tak reti nak tutup lampu balik, hari-hari macam ni. Tapi bila kami yang terlupa tutup suis, teruk kami kena marah. Tiada siapa boleh marah dan dia takkan mengaku salah.

"Saya jadi marah, ingat saya dan ibu ni bibik ke? Kami dah masak dah mengemas rumah. Takkan benda-benda simple macam ni dia nak harapkan kami yang buat.

"Kadang-kadang saya terpaksa rela biarkan je sebab bila saya kemas ada je yang nak sepahkan balik sampai saya rasa nak menangis. Pernah beberapa kali saya mengemas sambil menangis. Sampai satu tahap saya tak nak keluar bilik sebab saya sakit mata tengok rumah tunggang langgang," ceritanya.

Bagaimanpun menurut Nana, sikap bapanya automatik akan berubah sepenuhnya apabila kakak-kakaknya pulang bercuti di rumah mereka.


Gmbar Hiasan via mStar Online

"Bila kakak-kakak saya nak balik, baru ayah saya kelam kabut kemas rumah. Masa itulah dia berlakon jadi bapa dan suami paling mithali.

"Barulah reti nak angkat pinggan, buat kerja, cakap baik-baik dengan isteri. Sedangkan bila mereka tiada, perwatakan dia sangat berbeza," katanya lagi.

Menurut Nana, dia dan ibunya sudah menegur sikap bapanya itu beberapa kali sebelum ini, namun ia ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri sehingga membuatkannya tertekan dan mengambil keputusan untuk meluahkannya di laman tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 6-1-2021 09:13 AM
Anak2 lain msti kja bagus dan disanjung2 hahahaha..mentaliti org tua xbleh ubah..dorang lupa nk conggok jaga dia tu sapa kannn
Quote lattehazelnut 6-1-2021 09:38 AM
Biasa sgt perangai bezakan layanan ikut gaji anak2.. tp since bapak kau yang tanggung kau makan, rumah, study, hadap je la..
Xde la teruk sgt i rasa.. takat x angkat pinggan dgn susun balik kerusi, apa lah sangat..
Quote prettyuglybabe 6-1-2021 10:32 AM
record la bapak tu buat perangai gitu gini then tunjuk kat anak-anak lain biar dorang sekolahkan bapak tu..
Quote juruterra 6-1-2021 11:06 AM
macam ni pun ada
Quote Megikari 6-1-2021 11:14 AM
Pada aku tu belum teruk sangat lagi. Tak berbaloi nak marah2 sampai jadi anak derhaka over things like that. Ni semua salah atok nenek dia sbb x ajar anak lelaki jadi suami yg brtanggungjawab
Quote Redmyvi 6-1-2021 11:35 AM
Memang pun ada spesis cmni..
Quote rosasen 6-1-2021 12:23 PM
nnt ayah dh tua mesti harap kt anak yg sorg ni kannn
Quote Artemesiaa 6-1-2021 01:05 PM
Ada je yang perangai macam tu tak dinafikan.
Quote MsKathryn 6-1-2021 01:22 PM
Mmg ada je perangai mcm tu..
Quote nanies 6-1-2021 02:10 PM
hahahah bapak aku mcm tu, tp biarlah. nnt dia dah takde, kita rindu tebiat dia.. biarlah. ms kita kecik, cer ingat balik apa yg kita buat, dia sabar...
Quote dekmieDandy 6-1-2021 02:48 PM
hurm rumah aku pun sama

kalau menantu favourite dia balik mula lar itular, inilar

dengan cucu favourite dia tu pon, itu tak boleh, ini tak boleh
Quote Supersirap 6-1-2021 03:56 PM
Rasanya perkara ini x teruk lagi, lagi pun bapak sendirikan, inilah masanya nak tambah pahala
Quote supernaturalee 6-1-2021 04:05 PM
nanies replied at 6-1-2021 02:10 PM
hahahah bapak aku mcm tu, tp biarlah. nnt dia dah takde, kita rindu tebiat dia.. biarlah. ms kita ke ...

haiyooo
tabiat x elok mcm tu nk dirindu2?

klu aku nk lupakan terus




Quote supernaturalee 6-1-2021 04:06 PM
Supersirap replied at 6-1-2021 03:56 PM
Rasanya perkara ini x teruk lagi, lagi pun bapak sendirikan, inilah masanya nak tambah pahala

ni bkn pahalani simple things as a grown up man should do



Quote ally9970 6-1-2021 04:29 PM
Alahai, bapak dia dah umur 60+, anak umur 20+
Tak tolak kerusi masuk balik...
15 tahun sebelum tu, anak tu tolak kerusi masuk balik ke lepas duduk?
Itu masih lagi hidup bawah tanggungan bapak...yuran kolej, makan minum, sebagainya...seluar dalam pun maybe beli pakai duit bapak...

Tak taulah mcm mana kalau anak tu dah bekerja, own money, mcm mana agaknya..
Quote bellaamsar 6-1-2021 05:15 PM
dekmieDandy replied at 6-1-2021 02:48 PM
hurm rumah aku pun sama

kalau menantu favourite dia balik mula lar itular, inilar

Sama la dgn fil i. Menantu dan anak fav dia yg bergaji besar. Dia cakap elok je, xde nk marah ke suruh ape2 ke. Kalau dgn yg lain, memang macam2 dia arah. Kalau x buat siap la dia perli
Quote zehra2 6-1-2021 05:43 PM
buruk pun parents kita, darah daging kita.
Quote Ninjanunu 6-1-2021 08:15 PM
Ada isu lain ni..
Quote Limao 6-1-2021 08:25 PM
Kenape aku macam sedih ngan perangai anak tu.
Tak boleh ke cakap elok elok dan doa yang baik baik kat bapak dia tu?
Setakat tolak kerusi lepas makan, basuh pinggan, sebagai anak nak kena berkira ke?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.046044 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top