CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Merosot 50 Peratus, Ramai Ragu Beli Daging Import

6-1-2021 08:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2377| Komen: 17

Pendedahan kegiatan kartel daging import yang diragui statusnya di negara ini mengakibatkan berlaku peningkatan terhadap jualan daging tempatan, manakala jualan daging import kurang mendapat sambutan.


Tinjauan Harian Metro di Pasar Besar Alor Setar mendapati peniaga daging import mengalami kesan paling ketara apabila jualan mereka merosot hampir 50 peratus.

Peniaga, Mohd Farhan Che Ariffin, 32, berkata, jualan daging import berkurangan daripada 300 kilogram (kg) sehari kepada hanya 200kg hingga 180kg sehari sejak bulan lalu.


Foto: Harian Metro

"Keluarga saya berniaga di pasar ini sejak 1997, ini kali pertama kami rasa kesan agak teruk tempias daripada pendedahan isu kartel daging import yang tidak bertanggungjawab.


"Selalunya semasa musim cuti sekolah dan kenduri, ramai pelanggan akan membeli daging import namun kali ini permintaan agak kurang.

"Pelanggan sebenarnya tak perlu bimbang kerana kami mendapat bekalan daging import daripada pemborong yang sah dan halal dari India," katanya.

Peniaga lain, Mohd Fadli Mohd Rodhi, 35, berkata, jualan daging tempatan di gerainya meningkat kira-kira 20 peratus selepas isu kartel daging haram didedahkan.

"Jualan (daging tempatan) di gerai saya kira-kira 100kg saja seminggu sebelum ini, tapi sekarang naik sikit kepada 120kg seminggu.

"Jualan daging import pula berkurangan daripada 60kg kini hanya 30kg sahaja seminggu, saya harap keyakinan pengguna terhadap jualan daging import di negeri ini tidaklah terlalu serius. Lagipun, rata-rata peniaga mendapat bekalan daripada pembekal daging import yang berstatus halal dan tidak mempunyai masalah seperti di Johor," katanya.

Peniaga daging di Pasar Moden Seksyen 16, Shah Alam, Meor Mohamed Hafzan Abu Bakar, 36, sejak kebelakangan itu, bukan sahaja pelanggan datang membeli daging tempatan, malah dia menerima kunjungan ramai pelanggan baharu termasuk golongan muda.

"Sejak isu (daging import haram) itu timbul, golongan muda juga beralih kepada membuat pembelian di pasar. Walaupun tiada peningkatan pembelian (daging tempatan) secara mendadak, sudah nampak pelanggan baharu, mungkin Februari atau Mac lebih ramai.

"Cuma saya amat berharap isu (status halal) daging import itu diuruskan dengan betul dari semua segi terutama penyembelihan dan pembungkusan.

"Bukan sahaja daging tempatan, malah daging import juga perlu sebab harga berbeza dua kali ganda, sebab bukan semua orang mampu beli daging tempatan," katanya.

Keadaan berbeza berlaku di Terengganu apabila jualan daging import mahupun daging tempatan didakwa terjejas teruk susulan isu daging import haram yang berlaku di negara ini.

Peniaga di Pasar Bukit Besar, Kuala Terengganu, Mohamad Faiz Badruddin, 30, berkata, dia tidak pasti sampai bila perniagaan daging yang dijalankan di pasar itu mampu bertahan.

"Sekarang nak dapat RM1,000 sehari pun sukar berbanding sebelum ini, jumlah jualan harian sebanyak RM3,000 sehari.

"Tetapi, gara-gara isu daging import yang tular dan hangat diperkatakan mengenai status halal, permintaan daging juga terjejas teruk disebabkan pelanggan berasa ragu-ragu.

"Pelanggan juga bimbang untuk beli daging import kerana ada pihak mengeluarkan dakwaan kononnya daging import itu daging haiwan lain dan bukan daging lembu," katanya.

Tinjauan di Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur pula mendapati rata-rata peniaga daging masih menjual daging import.

Bagi peniaga daging, Khairuddin Mohd Noor, 30, berkata, pelanggannya masih membeli daging import namun mereka rajin bertanya status halal terlebih dahulu sebelum memberikan penjelasan mendapatkannya daripada pembekal yang diiktiraf.

"Ada juga pelanggan meminta daging tempatan, tetapi tak sampai menjejaskan permintaan daging import.

"Harga daging tempatan dijual lebih mahal berbanding daging import. Harga daging import masih kekal sama iaitu sekitar RM20 satu kg berbanding daging tempatan sekitar RM30 ke atas bagi satu kg.

Selain itu, peniaga daging, Nazri Mohamed, 33, turut mengakui rata-rata peniaga di Pasar Chow Kit menjual daging import.

"Daging tempatan ada juga kami jual, tetapi selalunya pada Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-1-2021 10:20 AM
Sapa kat Sabah, elok la beli daging dari Sawit Kinabalu. Tq @vespa_oren sebab bagi akak enlightenment.
Quote tagas 6-1-2021 11:21 AM
dah sebulan aku tak mkn daging
Quote vespa_oren 6-1-2021 12:57 PM
dua_chzy replied at 6-1-2021 10:20 AM
Sapa kat Sabah, elok la beli daging dari Sawit Kinabalu. Tq @vespa_oren sebab bagi akak enlightenmen ...

kundasang skrg hujan k chazey, mcm mhu aku bercuti pas hbs 44hari pantang nie, mna thu ada rezeki 2021 nie he3
Quote dua_chzy 6-1-2021 01:12 PM
vespa_oren replied at 6-1-2021 12:57 PM
kundasang skrg hujan k chazey, mcm mhu aku bercuti pas hbs 44hari pantang nie, mna thu ada rezeki  ...

Sekarang agak sejuk and yes hujan hampir tiap hari bam. Disarankan bawa baju tebal2 if baru abes pantang nak gi sini. Sedap la cuaca cuma a bit sejuk apa lagi if korang nak tinggal di Mesilou.
Quote vespa_oren 6-1-2021 01:13 PM
dua_chzy replied at 6-1-2021 01:12 PM
Sekarang agak sejuk and yes hujan hampir tiap hari bam. Disarankan bawa baju tebal2 if baru abes p ...

nk duduk hotel tepi jalan jer, malas nk gie jln rosak, naik kancil jer kan
Quote dua_chzy 6-1-2021 01:14 PM
vespa_oren replied at 6-1-2021 01:13 PM
nk duduk hotel tepi jalan jer, malas nk gie jln rosak, naik kancil jer kan

Sekarang homestay tumbuh bak cendawan di tepi jalan. Datang la jenjalan.
Quote vespa_oren 6-1-2021 01:26 PM
dua_chzy replied at 6-1-2021 01:14 PM
Sekarang homestay tumbuh bak cendawan di tepi jalan. Datang la jenjalan.

oh ya, aku nk walk in jelah mcm ini, suggest satu yg ok, hri tu tengok kinabalu pine buat promo
Quote tukul 6-1-2021 01:52 PM
Skrg nak order nasi goreng usa, tomyam daging pun dah was was....
Quote dua_chzy 6-1-2021 03:33 PM
vespa_oren: oh ya, aku nk walk in jelah mcm ini, suggest satu yg ok, hri tu tengok kinabalu pine buat promo


Banyak tempat kat Kundasang ni, aku pun tatau mana yang oke. Pine Resorts antara yang okeh la kot. Btw better ko survey2 pehtu book awal2. Tiap hujung minggu penuh orang kat tempat aku ni. Sabtu lepas jumpa abang ni around 7pm masa nak gi bank, tanya mana hotel. Kesian datang jejauh tak book tempat awal2, ujung2 susah nak carik tempat stay.
Quote Supersirap 6-1-2021 04:05 PM
Buat masa ni mungkin beli daging daripada pasar tani or pasar, mungkin lepas perkara ini sudah selesai permintaan terhadap daging sejuk beku ini akan kembali pulih seperti sedia kala
Quote merrissa 6-1-2021 07:22 PM

Tak kose aku nak makan daging import... confirm la kau kata halal bagai... tah2 kene tipu juga...
Quote Ninjanunu 6-1-2021 08:13 PM
Memang tak beli dah.. nk beli produk ada daging kt familymart pun tak jadi.. ambil, teringat isu dagjng, letak balik kt rak
Quote saden 6-1-2021 10:20 PM
macamana nak tau tu daging tempatan? kot2 pekedai dah siap2 unwrap daging dan kasi thaw dulu?
Quote Youareyou788 6-1-2021 10:34 PM
Takpe yang import pas jer kat peniaga bukan islam. Lelong murah2 confirm diorang borong
Quote glump 7-1-2021 10:27 AM
Jualan jatuh 50% mungkin jugak org kurang makan daging atau mungkin jugak skala kenduri dah mengecil ..ie 250 org . Mungkin jugak sebab daging Mahal poket mampu makan ayam je. ..gitulah tahap kesedaran halal dan kepentingan nya kepada umat islam
Quote zuuu 7-1-2021 12:20 PM
Sedikit sebanyak isu kartel daging tu mmg but aq tfikir dia tiga kali nk makan daging,jadi buat masa skrg elak dulu la
Quote wikedsaikel 7-1-2021 03:17 PM
Patut la kat supermarket tadi tak pernah pernah ada booth potong daging kat tengah dunia, tiba tiba ada macam kat pasar basah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.034728 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top