CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aksi Wanita Buang Sampah Dalam Sungai Dikecam Teruk, Rupanya Ada Kisah Disebaliknya?

6-1-2021 01:55 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 24703| Komen: 225



KELANTAN - Tular satu video berdurasi 20 saat memaparkan tindakan seorang wanita sedang membuang bungkusan plastik di sebuah jambatan.

Video yang dikongsi dilaman sosial Facebook itu mendapat kecaman warganet yang menanggap perbuatan tersebut sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan langsung tiada sivik.

Loading FB Post...


Tak kurang juga yang menyifatkan tindakan pelaku itu hanya memalukan rakyat negeri Kelantan apabila si pelaku didakwa menaiki kenderaan yang menggunakan nombor plat 'D'.

Selain itu, ramai yang marah kerana tindakan itu boleh menyebabkan berlakunya pencemaran sungai dan merosakkan pemandangan serta ekosistem sungai.

Rata-rata warganet ingin pemilik kenderaan tersebut diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa agar menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga alam sekitar dan tidak membuang sampah sesuka hati.

Walau bagaimanapun, difahamkan tular pula satu status dikongsikan di sebuah halaman Facebook menyatakan pihak keluarga wanita itu memohon maaf atas tindakannya dan mendakwa hanya membuang barang "saka" ke dalam arus sungai yang mengalir seperti diarahkan oleh perawat tradisional kerana mereka ketika itu baru pulang dari "berubat". - CARI






Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 6-1-2021 01:59 AM
Bodolah alasan buang saka
Full of Bsht laaaaaa
Saka palahotak dia
Otak takde ke tak fikir bnda cm plastik tu buat sampah
Bukan cmnila cara buang saka la bongok nyaa aduhaiii

Patut buang je lah diri sndri dalam sungai tu wahai sampah masyarakat
Quote rastaf 6-1-2021 02:06 AM

mak datok sampai 2 plastik besar barang saka..agaknya sungai klang tu semua bukan sampah tapi barang saka





Quote FOTHER-MUCKER 6-1-2021 02:09 AM
Senang sahaja nak tipu melayu seperti dizek tu kan?
Quote cruz2 6-1-2021 02:12 AM
Saka ke sisa?
Quote wnwa05 6-1-2021 02:18 AM

kot ya pun kalau betul buang saka apa jadah campak dari kereta camtu.. ada baca2 dia dan cara buang.. tak kan lah tok moh suruh campak sambil2 buka tingkap





Quote chinta89 6-1-2021 02:27 AM
Nk tipu budak tadika pun x lepas ... {:hypnotize
Quote irish_ieka 6-1-2021 02:39 AM
apekebodo la alasan buang saka pakai plastik gitu. kalau ad sejuta rakyat malaysia cmni eh abeslah tercemar sungai. takyah cover lg dh negeri sskjp mmg pengotor
Quote Normabaru 6-1-2021 02:39 AM
Ni kes cover pakai alasan memes puaka sindir depa..

Saka buang sampai dua plastik penuh. Tak payah la nak membohong.Allah izin bagi nampak sebab mmg penipu besar. Tu mmg sampah!
Quote zehra2 6-1-2021 02:46 AM
pembela saka rupa nya.. satu keturunan saka ke.. byk gitu dlm plastik?
Quote sarah82 6-1-2021 02:55 AM
Setahu la kan.. Mmg ada buang saka mcm ni.. Tapi bukan himbau dari dlm kereta.. Ada caranya.. Salah satu kena lepas kat kwsn sungai yg airnya mengalir..
Quote supernaturalee 6-1-2021 02:57 AM
clarizsa replied at 6-1-2021 01:59 AM
Bodolah alasan buang saka
Full of Bsht laaaaaa
Saka palahotak dia

Ayat last
Oh my my
Hahahadoiiii

Quote depresio 6-1-2021 03:10 AM
Dah agak dah..alasan buang saka la.. tgh2 org ramai gitu..
Quote faraway1 6-1-2021 03:18 AM
Mesti ada alasan, saka kali ini..
Next entah apa..

Quote Nenolen 6-1-2021 03:57 AM
Mentality ppr buang sampah merata2...rugi pi sekolah tapi takleh terapkan nilai2 murni yg cikgu ajar...jgn buang sampah merata2...beratur dlm barisan dan jgn potong barisan...2 benda nie mmg org Mesia masih gagal utk disiplin wpun dah thn 2021
Quote lattehazelnut 6-1-2021 03:59 AM
Mcm2 alasan..
Quote SiMontel 6-1-2021 04:05 AM
alasan bodo giler...buang saka atas jambatan pastu plastik besar and penuh lak tu...tak masuk akal...
aku rasa dorang ni yg saka sebenarnya...

setau aku lah..kalau nak buang benda tu ..kena bukak plastik and  taburkan brg2 tu atas air yg mengalir..ni kawan aku yg cerita sebab dia penah buat... and aku pun penah tgk sekali lah dia buat camtu...
Quote Miss.H 6-1-2021 06:29 AM
Alasan je tu ha. Almaklumlah lepas baca komen natizen di fb. Kalau betul saka, tak boleh ke p cri port yang elok untuk buang bukan main baling ikut tingkap je
Quote Dwdrum 6-1-2021 06:39 AM
Mahu buang saka perlu cemar sungai?... Tiada method lain?....
Quote najib888 6-1-2021 06:44 AM
Betul.. memang ada proses membuang sihir/saka dengan cara menghanyutkan kain batik/pelikat berserta sihir/saka ke dalam sungai..
Tak ada special ritual pun. Cuma perlu dihanyutkan bahan sihir ke dalam sungai..

Lihat semua komen(225)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.053814 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top