CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Portugal Maut Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid-19 Pfizer

6-1-2021 12:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10658| Komen: 86

Sonia Azevedo. - Foto Media sosial



PORTO: Pihak berkuasa kesihatan di Portugal sedang menyiasat kematian mengejut seorang pembantu pembedahan pediatrik di Porto, yang dilaporkan 'sangat sihat' ketika dia menerima vaksin COVID-19 Pfizer.

RT.COM melaporkan, Sonia Azevedo, 41, ibu kepada dua anak bekerja sebagai pembantu pembedahan di Instituto Portugues de Oncologia (IPO), sebuah hospital onkologi di Porto.

Dia antara 538 petugas kesihatan di IPO yang menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech Rabu lalu.

Azevedo sempat makan malam bersama keluarga pada malam tahun baharu, dan ditemui mati di tempat tidur keesokan hari.


"Saya ingin tahu punca kematian anak perempuan saya," kata ayahnya Abilio kepada tabloid Portugis, Orreio da Manha.

Dia menggambarkan mendiang sebagai 'baik dan periang' serta 'tidak pernah minum alkohol, makan sesuatu istimewa atau pelik'.

Azevedo bangga menjadi antara yang terawal menerima vaksin itu, dia menukar profil Facebooknya untuk menggambarkannya.

"Sudah menerima vaksin COVID-19," kapsyen swafoto mendiang dengan pelitup muka.

Anak perempuan mendiang, Vania Figueiredo, berkata dia tidak tahu mengenai kejadian itu dengan ia berlaku dengan pantas dan tanpa penjelasan.

"Saya tidak nampak perubahan pada ibu. Dia baik sahaja. Dia menyuarakan rasa sakit di tempat suntikan, tetapi itu normal…," katanya.

Vaksin Pfizer-BioNTech bagi COVID-19 ketika ini adalah satu-satunya yang diberi kebenaran penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Ia sekali gus membuka jalan bagi penggunaan secara meluas oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan kesihatan transnasional lain.

IPO dalam kenyataannya mengesahkan kematian Azevedo dan mengucapkan 'takziah' kepada keluarga dan rakan mendiang.

"Penjelasan mengenai punca kematian akan dibuat mengikuti prosedur biasa bagi keadaan seperti ini," katanya.

Proses bedah siasat Azevedo dijadualkan semalam.

Portugal mempunyai hampir 10 juta penduduk, setakat ini melaporkan lebih 427,000 kes dan lebih 7,100 kematian akibat COVID-19. 



Sumber : AGENSI/BeritaHarian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 6-1-2021 12:49 AM
Hahhh..  Massokkkkk!

Provaksin diperlukan di tred ini..
Quote shark 6-1-2021 01:00 AM
personally aku bukan antivak sebab aku pun pernah ambil vaksin tapi vaksin covid ni macam pelik dan too rush..boleh sape2 jelaskan kenapa rush sangat sedangkan katanya bila cucuk vaksin sop tetap kena jaga. maksudnya baik jaga sop je dari risiko kan diri cucuk vaksin ni
Quote sarah82 6-1-2021 01:23 AM
Aku harap jgn ada cover up tapi kebenaran.. Kami semua bukan antivaksin.. Aku ni pro vaksin.. Tapi aku nak tau asbab musabab kematian nurse ni.
Quote airfilterkotor 6-1-2021 01:31 AM
Telus takde selindung.
Quote cepheid 6-1-2021 01:54 AM
Edited by cepheid at 6-1-2021 02:04 AM

Soalan serius. Vaksin Covid ni ada kesan pada alergy jenis apa?
Quote 3480 6-1-2021 01:57 AM
Aku pon bkn antivaksin tp vaksin covid ni blom berani
Quote airfilterkotor 6-1-2021 02:01 AM
cepheid replied at 6-1-2021 01:54 AM
Soalan serius. Covid ni ada kesan pada alergy jenis apa?

Vaksin, ubat dan makanan.
Quote cepheid 6-1-2021 02:04 AM
airfilterkotor replied at 6-1-2021 02:01 AM
Vaksin, ubat dan makanan.

Alamak tertinggal ayat vaksin. Soalan aku nak tanya vaksin covid ni tak sesuai dengan alergy apa?
Quote airfilterkotor 6-1-2021 02:05 AM
cepheid replied at 6-1-2021 02:04 AM
Alamak tertinggal ayat vaksin. Soalan aku nak tanya vaksin covid ni tak sesuai dengan alergy apa?

Yang ada alah dgn vaksin, ubat dan makanan.
Quote airfilterkotor 6-1-2021 02:07 AM
Pekeliling ni dah dimaklomkan awal lagi.
Dalam kes yg meninggal ni, tunggu result bedah siasat senin yg lepas kuar apa citernya.
Quote airfilterkotor 6-1-2021 02:22 AM
As of yesterday, 13 million vaccine doses at 13 countries have been administered.
Portugal: 32,000 doses (1 death punca belum tau secara rasmi)

Antara lain negara...
Emrika: 4.7million
China: 4.5 million
UK: 1.3 million
Yang 3 negara yg banyak ni, tak dengar lagi citer. Severe cases ada, tapi recovered.
Quote wnwa05 6-1-2021 02:28 AM
nak tau gak..negara2 islam lain macam turki, saudi arabia dan lain2 ada ambil vaksin tak?
Quote airfilterkotor 6-1-2021 02:33 AM
Oman: 11,000
UAE: 826,000
Bahrain: 62,000
Kuwait: 2,500

dan tak lupa negara yehudi Yesroel: 1.4 million shots.
Quote kakikuDibibirmu 6-1-2021 02:35 AM
Vaksin pembunoh manusia!
Quote FOTHER-MUCKER 6-1-2021 02:44 AM
wnwa05 replied at 5-1-2021 10:28 AM
nak tau gak..negara2 islam lain macam turki, saudi arabia dan lain2 ada ambil vaksin tak?

Arab saudi dan Bahrain menggunakan vaccines dari China.
Quote Jiyongie88 6-1-2021 04:18 AM
Pro vac tp iols tak berani amik la. Husband pulok mcm bakal dipaksa amik shot ni
Quote hanakikan 6-1-2021 04:24 AM
kat Norway pun ada kes 2 mati lepas ambil vaksin. tapi orang tua lah. kerajaan tengah siasat ada kaitan dengan vaksin ke tak.
Quote mbhcsf 6-1-2021 05:18 AM
Ini adalah youtube  link :https://www.youtube.com/watch?v=9mWQDrQx0f8

bicara naratif TV1  yg diULANGtayang semalam berkenaan PROSEDUR VACCINE dan pengambllannya serta perihalan terhadap

kajian
dan status pemberan vaccine
pendirian KKM dalalam isu ini

anda boleh bertanya KKM[youtube]9mWQDrQx0f8[/youtube]

Quote mbhcsf 6-1-2021 05:21 AM



Fact check: Clarifying claims around Pfizer vaccine deaths and side effects

bacaan lanjut tentang ulasan dan dakwaan palsu dan kes sebenar serta penjelasan di pautan di bawah :

pautan asal:
https://www.reuters.com/article/ ... cerns-idUSKBN28K2R6

Fact check: Clarifying claims around Pfizer vaccine deaths and side effects
By Reuters Staff

8 MIN READ


Social media users have been sharing a post that makes several claims of serious negative health effects from the Pfizer-BioNTech COVID-19 vaccine, including that 6 people died during late-stage trials. These claims are partly false. Six people did die during the Pfizer-BioNTech vaccine trials, but only two of them were given the vaccine. The other four were given a safe placebo solution of salt and water. No causal relationship was established between the vaccine and the two deaths, which occurred in line with the normal death rate for the general population. The first person to get the vaccine in the UK is not in critical condition. Four cases of Bell’s Palsy (partial facial paralysis) were also not considered to necessarily be caused by the vaccine but the symptom will be under surveillance when the vaccine is distributed. Precautions have also been added for allergic reactions.

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.054491 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top